http://missgaban.blogspot.com/
Buat pengetahuan , aku biasanya memilih blog untuk dipromosi berdasarkan komen komen pembaca ...
http://missgaban.blogspot.com/
Buat pengetahuan , aku biasanya memilih blog untuk dipromosi berdasarkan komen komen pembaca ...
Ada tak baca entri entri dari blog , hurm.. dari blog blog yang popular yang lain ? Apa cerita mereka ? Pasal baju.. mekap.. kereta .. bola .. pergi sana.. pergi sini .. Maka mereka pon popular .. kan kan ? Entri mereka semua best best belaka .. Yelah , cerita pasal diri mereka... kena tulis yang best best belaka .. Persoalannya , berapa ramai diantara mereka memandang belakang ? Memandang blogger blogger yang baru merangkak lalu berpatah balik untuk menghulur tangan ?
Aku tak kata aku bagus.. aku tak kata aku baik ... tapi apa yang aku cuba buat bedasarkan pengalaman aku pernah berada di situ .. Aku tau peritnya .. Aku boleh berjalan terus ke depan.. Ada aku kisah tentang mereka ? Aku pedulik apa kan ?? Setiap hari pembaca setia blog aku lebih dari 3 ribu ... So what ?? Eceh.. omputih gitu..
Hurm... ada lebih berjuta juta blog dalam Malaysia ni .. kalau tak cukup dalam malaysia , tuuu.. kat luar negara .. berapa banyak ? Peliknya kenapa ada antara mereka dok mempersoalkan blog blog yang buat segmen/kontest/GA ??
Masalah sebenar mereka ialah , mereka dok pusing keliling tang tu jer .. bila blogwalking , balik balik g blog tu.. balik balik g 'taman' tu.. Maka itu je lah yang diorng nampak ..
Aku ? Pusing dan nampak gak semua tu.. Tapi terpulang pada jari aku.. nak klik ke tak.. nak baca ke tak .. Itu jer.. ada perlu aku nak persoalkan apa hak mereka ?
Hurm.. aku malas nak bicara panjang isu mengarut ni .. Macam aku kata dulu .. bila kita dah naik , jangan perlekehkan mereka yang baru nak merangkak.. Kalau rasa dah bagus sangat , g la hulur tangan ... Tolong mereka.. tapi ni tak .. korang dah naik .. pastu berlari lari gembira .. sebab apa ? Sebab blog korang dah ada pembaca setia.. dah ada peminat setia .. pedulik la orang lain kan ? Apa aku kisah kan ?
Kalaulah aku mampu buat cam korang buat .. Suka sungguh aku.. Aku tak perlu pk apa segmen setiap hari untuk bantu blogger baru untuk memperkenalkan diri mereka di kalangan blogger blogger ..
Cuba fikir.. korang masuk IPTA , berapa lama sessi orientasi ? Apa pandangan junior terhadap senior bila senior berlagak ? Fikir fikirkan ...
Aku dah puas fikir ..
P/ S: Setiap hari ada saja mail untuk aku mintak aku tolong mereka promote entri / blog atau buat entri undi mereka .. Kalau aku tak layan , aku sombong.. kalau aku layan , lagi 10 datang lagi ..
" bro saya nak tnye la bro.. sy agak kecewa la..knapa entri saya tidak dikomen.. hurm ramai jadi silent reader jer..ada tips tak nk tingkatkan komen di entri ? " - pendambamawar.blogspot.com
Hurm... komen bagi blogger adalah sangat penting ... dari situ mereka akan dapat tau samada penulisan mereka memberi impak pembaca atau tidak .. Jika tiada respon , mereka tidak tau apakah entri mereka itu ok atau tidak ..
Ada blog yang punya belasan ribu pembaca tapi komen sikit jer .. Ini bermakna ramai pembaca tidak semestinya menghasilkan komen yang tinggi ..
Kenapa perlu tinggalkan komen ? Pendapat aku ..
Sebelum itu , camana nak buatkan pembaca meninggalkan komen di blog kita ? Blogger itu sendiri perlu mendedahkan diri mereka pada dunia blog .. Dengan cara itu , kredibiliti blogger itu akan dinilai dan dikenalpasti .. Apakah pandangannya itu datangnya dari dia , atau sebaliknya ..
Entri bagaimana yang mampu membuatkan pembaca meninggalkan komen ?
Tu je la kot pandangan aku ... Kalau ada sebarang pandangan atau penambahan , silalah berkongsi .. Okeh ?? Makasih wak !
sumber - BERITA HARIAN
GAMBAR atas, Pengantin termahal Seemanto dan Sushanta Roy bernilai RM386 juta pada tahun 2004. Gambar bawah, Pasangan Sheikh Mohammed Rashid dan Sheika Hind bernilai RM300 juta pada 1981.
Hadiah siling emas, 10,000 tetamu termasuk pengemis pelengkap majlis kahwin RM386 juta
TANYALAH siapa saja mengenai impian perkahwinan, pasti jawapan yang diberi hampir sama. Semua impikan perkahwinan serba sempurna, mewah dan meriah. Tidak kurang yang mahu menobatkan majlis perkahwinan masing-masing sebagai 'Wedding of the Year.'
Malah, demam perkahwinan ‘Wedding of The Year’ itu kian terasa berikutan semakin hampirnya detik perkahwinan kerabat diraja Britain yang tidak kurang popularnya - Putera William dengan pasangannya, Kate Middleton, Jumaat depan.
Ketika pasangan diraja itu dilaporkan lebih mengamalkan sikap berjimat, tetapi sudah ada laporan menyatakan anggaran kos keseluruhan perkahwinan itu hampir RM160 juta biarpun jumlah sebenarnya tidak dapat dipastikan.
Namun, timbul pertanyaan, perkahwinan siapakah yang selayaknya dinobatkan paling hebat atau mahal di dunia setakat ini? Sempena ‘mood’ perkahwinan diraja yang diikuti rapat ramai, apa kata kita selami kehebatan perkahwinan yang dinobatkan majlis perkahwinan paling mahal di dunia, setakat ini.
Pasti ramai yang terkejut kerana status hebat itu dimiliki bukan seorang kerabat diraja dan bukannya rakyat negara maju sebaliknya dari dunia ketiga.
Ringkasnya, ‘mahkota’ gelaran perkahwinan termahal menjadi milik Seemanto dan Sushanta Roy - anak ahli perniagaan terkenal India, Subrata Roy yang mana perkahwinan bertarikh 14 Februari 2004 itu kekal menjuarai carta majlis perkahwinan termahal dunia dengan kos sebanyak RM386 juta untuk tetamu seramai 10,000 orang!
Majlis berkenaan turut memberi manfaat kepada peminta sedekah apabila makanan diedarkan kepada lebih 140,000 pengemis di seluruh negara.
Pada majlis yang diadakan di Lucknow, India itu, sebanyak 110 jenis makanan termasuk India, Mexico, Itali, Mongolia, Lubnan dan Amerika dihidangkan. Antara tetamu yang turut hadir memeriahkan majlis yang dirujuk sebagai Perkahwinan Abad Ini ialah bintang Bollywood terkenal, Amitabh Bachchan dan Aishwarya Rai.
Setiap tetamu dijemput dari rumah dengan limosin dan dibawa ke lapangan terbang. Cabutan bertuah untuk tetamu menawarkan syiling emas sebagai hadiah.
Di tangga kedua senarai perkahwinan termahal dunia ialah membabitkan pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed Rashid al-Maktoum dan Sheika Hind Maktoum atau Puteri Salama, bernilai Rm300 juta yang turut disenaraikan antara majlis perkahwinan paling gah dalam Guinness Book of World Records dan paling mahal pada 1981. Ini meletakkannya mengatasi satu lagi perkahwinan pasangan popular - Putera Charles dan Puteri Diana ketika itu.
Hebat atau tidak, perkahwinan Sheikh Mohammed Rashid itu bukannya di hotel atau villa mewah sebaliknya stadium yang dibina khas oleh Sheikh Mohammed bagi menampung sehingga 20,000 tetamu untuk majlis berkenaan yang berlangsung selama tujuh hari tujuh malam! Malah ada laporan yang menyatakan majlis bersempena perkahwinan itu berlangsung dalam tempoh tiga bulan.
Pada majlis itu, semua putera diraja Arab, barisan sheikh dan VIP lainnya dibawa ke lokasi dengan menaiki 34 jet peribadi. Elemen kebajikan tidak diketepikan apabila Sheikh Mohammed turut menunggang kuda ke setiap kampung memberi makan kepada semua penduduk sempena majlis perkahwinannya itu.
Satu lagi perkahwinan disifatkan perkahwinan diraja terhebat membabitkan Charles dan Diana, yang dilaporkan menelan belanja kira-kira RM148 juta dengan ribuan pengawal dikerah menjaga keselamatan. Malah, harga baju pengantin Diana saja lebih RM50,000 selain aspek lain termasuk kos kawalan keselamatan dan bilangan tetamu yang ramai.
Satu lagi perkahwinan perkahwinan paling mahal dipegang seorang lagi hartawan India yang bermastautin di London - Lakshmi Mittal yang juga hartawan besi dan menduduki tempat kelapan orang terkaya dunia. Beliau memperuntukkan RM211 juta untuk majlis perkahwinan anak perempuannya, Vanisha Mittal dengan Amit Bhatia pada 2006.
Acara selama enam hari itu diadakan di Versailles dengan persembahan oleh Datuk Shah Rukh Khan dan Kylie Minogue. Kemewahan majlis berkenaan dapat dilihat sejak awal dengan kad undangan saja setebal 20 muka surat dan diletakkan di dalam kotak perak.
Penginapan mewah disediakan untuk 1,000 tetamu yang majoritinya ialah ahli politik, ahli perniagaan dan selebriti.
Tidak kurang meriahnya ialah majlis perkahwinan hartawan Russia, Andrei Melnichenko dengan bekas Ratu Yugoslavia, Aleksandra Kokotovic, di Perancis pada September 2005.
Dengan kos RM90 juta, perkahwinan mereka diserikan dengan persembahan Whitney Houston dan Christina Aguilera, yang diterbangkan ke Cannes dengan jet peribadi.
Perkahwinan tahun ini yang disenaraikan mahal, berlangsung bulan lalu membabitkan satu lagi pasangan India. Perkahwinan bernilai RM69 juta milik pasangan Lalit Tanwar dan Yogita Jaunapuria yang juga anak hartawan dan ahli politik terkemuka negara membangun itu - Kanwar Singh Tanwar.
Dengan catatan 18,000 tetamu di lokasi menyamai binaan Istana Rajahstan, pengantin lelaki dihadiahkan helikopter bernilai lebih RM10 juta dengan tetamu dibawa dengan kenderaan mewah. Lebih hebat lagi, setiap tetamu tidak pulang tangan kosong apabila diberi wang kira-kira RM150 seorang, selendang bagi wanita dan sut untuk lelaki dan cendera hati sekeping duit siling perak sempena majlis itu.
Hakikatnya, mungkin pelik bagi kita melihat bagaimana masih ramai yang sanggup berhabisan wang bagi perkahwinan yang berdasarkan kelaziman ketika ini, sukar bertahan. Namun, itulah keadaannya apabila ada yang mengutamakan pepatah ‘tepuk dada, tanya selera’ dan sanggup berlumba-lumba demi mencatat sejarah antara perkahwinan terhebat dunia.
Debaran perkahwinan diraja Britain
DENGAN semakin hampirnya majlis perkahwinan pewaris kedua takhta Britain, Putera William dengan Kate Middleton, semakin hampir, pelbagai rentetan kisah berkaitan kedua-duanya semakin rancak ditayangkan di televisyen.
Pelbagai spekulasi kedengaran dan pastinya perbandingan perkahwinan kedua-duanya dengan perkahwinan ibu bapa William, Puteri Diana dan Putera Charles pada tahun 1981 tidak dapat dielakkan.
Namun, William awal-awal lagi seolah-olah menampakkan tiada istimewanya majlis perkahwinan dia dan Kate dengan menjadikan cincin tunang mendiang ibunya sebagai tanda pertunangan mereka berdua selain cuma ingin berbulan madu di Isles of Scilly.
Malah pasangan kekasih itu juga dilaporkan memilih untuk tidak berlebih-lebih dalam merencanakan perkahwinan diraja yang sudah tentunya bakal menjadi program pilihan di kaca televisyen seluruh dunia.
Kos sebenar perkahwinan William dan Kate masih belum diketahui tetapi sama ada ia betul-betul tidak terlalu mewah atau bakal mencatat sejarah menjadi perkahwinan diraja paling mahal, cuma masa yang akan menentukan.
Mengimbau sejarah perkahwinan diraja, majlis yang mengikat Diana dan Charles sebagai suami isteri menelan belanja sebanyak RM19.6 juta dengan cincin tunangnya yang kini tersarung di jari manis bakal menantunya berharga RM138,000 pada masa itu manakala gaun pengantin rekaan David dan Elizabeth Emmanuel dilengkapi pula berharga RM44,000.
Tidak kurang meriahnya ialah perkahwinan Putera Mahkota Brunei, Putera Al-Muhtadee Billah, dengan Sarah Pengiran Salleh pada tahun 2004.
Majlis yang dilaporkan menelan belanja RM15 juta itu dihadiri ramai pemimpin dunia dan kerabat diraja diadakan di Istana Nurul Iman dengan membabitkan perayaan yang memaparkan tradisi negara kaya minyak itu.
Dalam apa yang menjadi antara majlis perkahwinan paling mengagumkan pernah disaksikan di London, Putera Mahkota Greece, Putera Pavlos, mengahwini gadis elit Amerika Syarikat, Marie-Chantal Miller, pada Julai 1995, dalam keraian yang berharga RM5.7 juta.
Kos termasuk menerbangkan pakar gubahan bunga diraja Denmark untuk menghiasi Gereja St Sophia, dan gaun pengantin daripada sutera gading bersulamkan pertama yang berharga RM723,000.
Namun, perkahwinan diraja paling terkenal dan kerap diperkatakan selain ikatan Charles dan Diana ialah ketika pemerintah Monaco, Putera Rainier III mengahwini aktres Hollywood, Grace Kelly, pada tahun 1956.
Akhbar menggelar majlis itu sebagai Perkahwinan Abad Ini, dengan 600 tetamu memenuhi Gereja Besar St Nicholas di Monaco. Dalam persiapan untuk perkahwinan itu, Istana Monaco dicat dan dihiasi semula keseluruhannya. Pengantin perempuan sendiri membuat penampilan istimewa untuk hari bersejarah itu. Meninggalkan Pelabuhan New York, Kelly, yang disertai keluarga, pengapit, anjing peliharaan dan lebih 80 bagasi, menaiki kapal SS Constitution ke Monaco.
sumber - BERITA HARIAN
Ketagihan seks jadi punca walau berteman isteri jelita
SENARAINYA panjang dan seakan tiada titik noktahnya. Senarai ‘beracun’ yang bukan setakat mengaibkan si pelakunya tetapi turut menjejaskan rumah tangga serta boleh melenyapkan karier cemerlang yang dikemudi.
Inilah senarai ‘kelab suami curang.’ Namun, bukan sebarang suami, sebaliknya mereka bergelar insan ternama daripada pemimpin politik, badan berpengaruh, bintang filem sehinggalah yang bergelar ahli sukan bertaraf bintang mega.
Ahlinya - termasuk bekas Presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton dan bintang golf, Tiger Woods. Dan seakan tiada hentinya, senarai asmara terlarang itu terus bertambah apabila tahun ini kita dikejutkan dengan nasib menimpa Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi; Pengarah Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF), Dominic Strauss-Khan; bintang filem popular dan bekas Gabenor California, Arnold Schwarzenegger dan wira bola Manchester United, Ryan Giggs.
Bukan soal hidung belang yang menjadi bualan, tetapi hakikat kesemua lelaki berpengaruh itu berimej baik dan mempunyai isteri cantik menawan, berkerjaya dan bijak. Malah ada yang terus sanggup berdiri kukuh menyokong suami mereka yang terpalit dengan skandal memalukan itu seperti dipamerkan Hillary Clinton, Stacey Giggs dan Anna Sinclair Strauss-Kahn. Anehnya, sebahagian besar wanita yang menjadi teman ranjang mereka ini pula mempunyai wajah atau ada iras dengan isteri mereka.
Tindak tanduk lelaki curang ini membuktikan walaupun beristerikan jelitawan, gelojak hubungan terlarang itu bukan mudah disanggah. Tepatlah kata-kata sinis bekas Presiden Amerika, Abraham Lincoln: “Hampir setiap lelaki mampu menempuh kesukaran. Tapi, jika anda ingin menguji karakter sebenar seorang lelaki, berikan dia kuasa.”
Pakar Masalah Seks Amerika Syarikat, Robert Weiss yang juga penulis buku ‘Why Men In Power Act Out,’ berkata hakikat lelaki berpengaruh atau di kemuncak kuasa yang curang, bukanlah sesuatu yang menghairankan.
“Lelaki berpengaruh bergelar pemimpin atau idola bidang berbeza ini mempunyai kerjaya yang hebat. Mereka berdepan tekanan tinggi hingga mereka memerlukan keseimbangan dalam emosi masing-masing,” kata Weiss yang turut mengasaskan Institut Pemulihan Seksual lebih sedekad lalu.
“Ketika bekerja di tahap intelektual yang sangat tinggi, rasa kekebalan, kurang kawalan diri dan tekanan yang berterusan untuk menunjukkan prestasi cemerlang boleh membuatkan emosi mereka terdedah kepada perkara yang boleh meruntuhkan apa yang mereka kecapi selama ini,” katanya merujuk Clinton dan Woods sebagai contoh.
Seorang lagi pakar, Patrick Carnes menyatakan lelaki yang berada di puncak dan berkuasa selalunya terdedah kepada ketagihan seks.
Golongan dimaksudkannya itu adalah individu bekerja 16 hingga 18 jam sehari, sering mengembara jauh daripada insan tersayang dan mempunyai hanya beberapa individu yang betul-betul boleh dipercayai.
“Antara punca ketagihan seksual ini adalah kurangnya sokongan emosional dan keintiman, ditambah dengan trauma emosional silam yang tidak dirawat. Mereka ini kurang berehat, menjaga diri dan keintiman emosi. Setiap manusia memerlukan kehidupan yang sihat secara menyeluruh,” kata Carnes.
Berikut VIP yang curang biarpun diketahui memiliki isteri jelita:
Ryan Giggs, 37
Bintang bola Manchester United ini mengahwini Stacey Cooke, 32, pada September 2007. Pasangan ini mempunyai dua anak - Liberty Beau, 7, dan Zach Joseph, 4 tahun. Malangnya, rumah tangga mereka goyah berikutan pendedahan skandal seks Giggs dengan sekurang-kurangnya tiga wanita termasuk adik iparnya sendiri, Natasha dan bintang program realiti televisyen, Imogen Thomas.
Hubungan sulitnya dengan Thomas di sebuah kelab di London, September lalu.
“Kami tidak mengambil masa yang lama untuk menjalinkan hubungan kerana kami mempunyai banyak persamaan,” akui Thomas dalam satu temubual dengan sebuah tabloid Britain.
Bintang bola sepak yang dianggapnya kekasih itu membawanya ke bilik penginapannya di hotel dan menghubungi Thomas untuk memeriksa sama ada wanita itu sudah sampai ke rumah dengan selamat. Sejak itu Giggs sering menghantar mesej menggoda kepadanya.
Bapa dua anak ini sebelum ini tidak pernah terbabit dengan kontroversi, malah terkenal dengan imej lelaki baik, mementingkan keluarga dan selalu membawa anaknya ke perlawanan yang disertai.
Giggs juga diangkat sebagai contoh pemain bola sepak profesional. Beliau menyertai MU ketika masih remaja, mula diserap ke dalam pasukan pada usia 17 tahun. Pemain ini pernah memenangi 12 gelaran Liga Perdana bersama pasukan MU hingga tersenarai sebagai pemain bola sepak paling berjaya.
Arnold Schwarzenegger, 63
Pertembungan antara seks dan kuasa sekali lagi menjadi fokus apabila hero filem aksi yang juga bekas gabenor California ini mengaku beliau adalah bapa kepada anak luar nikah dengan pembantu rumahnya. Hubungan yang terjalin bertahun lamanya itu akhirnya menjadi pemusnah rumah tangga yang dibina selama 25 tahun bersama Maria Shriver, 55. Malah wanita jelita ini bukan saja jelita tetapi berasal dari keluarga kesayangan Amerika iaitu Kennedy. Ketika berita perpisahan mereka dikesan awal Mei lalu, pasangan ini tidak menyatakan punca permasalahannya. Shriver keluar dari rumah mereka di Brentwood, California beberapa minggu sebelum mereka mengumumkan perpisahan. Menurut sumber, wanita ini tidak bahagia sejak bertahun lamanya dan ada yang mengatakan sikap kaki perempuan suaminya sejak dulu membuatkan perkahwinan mereka terpaksa diakhiri.
Dominique Strauss-Kahn, 62
Sebelum mendaftar keluar daripada hotel mewah yang didudukinya di Times Square, Kahn didakwa tiba-tiba keluar berbogel daripada bilik mandi dan membuat gangguan seksual terhadap pekerja hotel yang mengemas bilik. Wanita berusia 32 tahun yang juga ibu kepada dua anak mendakwa Kahn mencium dan menariknya ke ruang tamu sebelum mencabulnya. Ketua Tabung Kewangan Dunia (IMF) itu ditahan di dalam pesawat selepas membuat panggilan ke hotel untuk bertanyakans mengani satu antara telefon bimbitnya yang hilang. Lelaki berusia 63 tahun ini, Anna Sinclair, 62, adalah wartawan penyiaran yang terkenal dan mereka berkahwin pada November 1991. Sinclair dikenali sebagai wartawan penyiaran jelita berambut gelap, bermata biru dan pernah menemubual ramai nama besar dan program kendaliannya ditonton jutaan penonton. Perkahwinan dengan Sinclair adalah yang ketiga bagi Kahn yang dilaporkan bersikap bermata keranjang sejak dulu lagi.
Tiger Woods, 35
Jalinan kecurangan bintang sukan golf dunia ini dengan 120 wanita dibongkar penghujung tahun 2009 bermula dengan kisah hubungan sulitnya bersama pengurus kelab malam, Rachel Uchitel. Skandal Woods yang satu demi satu menjadi tatapan umum memberi tekanan hebat terhadap rumah tangganya bersama bekal model jelita, Elin, 31. Pasangan ini berkahwin pada 2005 dan dikurniakan dua cahaya mata. Malah, Woods dikatakan berusaha kira-kira setahun untuk mendekati Elin yang bercinta dengan orang lain sebelum menerima Woods. Selepas pembongkaran itu, krisis rumah tangga mereka menjadi bahan berita. Skandal itu turut menjejaskan karier Woods yang hilang banyak tajaan. Woods kemudian mengambil keputusan mendapatkan rawatan pemulihan bagi ketagihan seks yang dialaminya.
Bill Clinton, 64
Pasangan Bill dan Hillary pertama kali berkenalan pada tahun 1970 di Yale Law School. Clinton dikatakan begitu terpikat dengan Hillary dan beberapa kali mengajak wanita itu berkahwin. Selepas beberapa kali melamar, kedua-duanya berkahwin pada Oktober 1975. Selepas sekian lama berkongsi hidup dan meniti peningkatan kerjaya politik bersama, rumah tangga mereka dilanda kekacauan. Pita rakaman yang menunjukkan hubungan intim antara bekas Presiden AS, Bill Clinton bersama Monica Lewinsky membawa kepada kejatuhan kuas Clinton. Hillary mulanya menganggap tuduhan skandal yang dilemparkan kepada Clinton bermotifkan politik. Namun selepas bukti kukuh mengenai kecurangan suaminya didedahkan, wanita tabah ini dikhabarkan marah tetapi terus mempertahankan perkahwinan mereka.
Silvio Berlusconi, 74
Biarpun usianya sudah mencecah 74 tahun, Perdana Menteri Itali yang juga suami Veronica Lario, 54, lebih cenderung melakukan skandal dengan gadis yang jauh lebih muda daripadanya. Berlusconi sering mengundang wanita, termasuk pelacur bersosial di rumahnya. Pendedahan mengenai minat Berlusconi terhadap model pakaian dalam ketika itu berusia 18 tahun, Noemi Letizia lebih menunjukkan bahawa lelaki ini cenderung kepada gadis muda. Ramai wanita muda yang pernah berdamping dengan Berluconi memberi gelaran ‘Papi’ yang bermaksud ayah kepadanya kerana dianggap penuh kasih sayang. Terbaru, dia dihadapkan dengan dakwaan melanggar pelacur bawah umur membabitkan penari Maghribi, Karima El Mahroug.
Gulp .. terkejut ? Hurm... Aku ada baca beberapa entri rakan rakan yang mana mereka ada senarai blog blog yang bakal dihack tidak lama lagi .. oleh sapa , tu aku tak tau ..
Blog aku ada dalam tu ? Aku check.. Ada benashaari2.blogspot.com .. Aku terkejut ? Tak ... aku tengok asal usul senarai tersebut .. dari GENGBLOGGER.COM ..
Buat pengetahuan semua , baru baru ni GENGBLOGGER.COM telah dihack untuk kali kedua .. Dan senarai tersebut dibuat oleh hackers berkenaan .. Senarai itu adalah senarai blog blog yang tidak popular dan mintak admin GENGBLOGGER.COM mempopularkan blog yang berada dalam senarai tersebut ..
Dari mana aku tau ? Aku sendiri telah hubungi empunya GENGBLOGGER.COM .. Sejak mula aku tengok senarai tu aku dah tau , takkan hackers yang punya teknik serta skill mengodam nak 'merendahkan' diri mereka dengan hack blog blog yang tidak memberi sebarang keuntungan pada mereka ? Baik mereka g hack blog blog politik atau orang kenamaan dari hack blog blog yang ciput cam aku ni ... kan ?
Lagi pon , perlukah hackers nak buang masa dengan mengodam blog blog yang ada dalam senarai tu ? Tak memberi sebarang makna bukan ? Sebaliknya mereka akan membuatkan bloggers mula membenihkan rasa tidak puashati terhadap hackers.. Sedangkan bloggers dan hackers sepatutnnya bersatu dalam dunia maya ini untuk menentang mana mana pihak yang cuba menganggu ketenteraman dunia maya ini ... kan kan ?
InsyaAllah ... apa yang aku harapkan adalah biarlah dunia maya aman dari sebarang gangguan yang tidak sepatutnya .. PEACE BRO !
"Baru baru ni adelah penceramah dari gpms iaitu persatuan apetah argh malas na cite lebih lanjut datang skolah aku bagi ceramah dekat budak form3,4,5 . ha ye aku form5 . oke ceramah pasal pemimpin and pasal blaja . Btw , penceramah tu cakap skang malaysia ketandusan pemimpin yg sebenar . skang ni penuh pemimpin yg suka berdemonstrasi la , gadoh la , and banyak lagi laaa .
so , skang Malaysia cube nak melahirkan generasi remaja kita ni menjadi pemimpin yg berwibawa oke berwibawa . ha sape rasa diri dia layak jadi pemimpin yang berwibawa sila contact aku nantii aku bagi nama korang kat persatuan ni ha HAHA :D oke act , aku tanak cite pasal ni sebenarnye aku nak cite pasal salah satu topik yang penceramah ni bahaskan . sumthink yg aku sendiri pun sedih and terharu ... sebelum tu saksikan video ni "
Sambungan > SINI