Aku kembali ke satu konsep yang aku buat dulu ... " tinggalkan komen di blog agar pembaca tertarik pada si pengomen tu .. " dan jika bernas , logik serta berhemah komennya itu maka aku akan jadikan dia BLOGGER PILIHAN , sekiranya dia ada blog ..
Kalau takde blog camana lak ? Tu aku tak leh nak kata apa la kan .. Jadi buat mana mana pembaca di blog ini yang ada blog , pastikan di profile korang tu ada isi segala infomasi yer ..
Jadi sehingga skang aku dah pilih 3 blogger pilihan berdasarkan komen komen mereka semalam .. apa yang aku cuba buat ialah menunjukkan tips memikat blogger di dalam komen mereka ..
Tidak ikhlas ? Bagi aku , ikhlas atau tidak , kita tak tau .. Tapi itu lebih baik dari dia drop komen yang tah hapa hapa kan ? Baik dia memikirkan cara untuk pikat blogger tu dengan komen komen dia ..
Puji ? Puja ? Aku rasa blogger tu tau mana satu komen .. dan mana satu nak ... heehhe... masing masing dah bijak..