Mmg pon .. kata la apa pon .. Dalam hati ada taman ke.. jiwang ke.. lembik ke.. pondan ke.. Yang pasti hati aku ni mudah terusik ... Pantang tengok orang tua , aku teringat kat orang tua aku .. Pantang tengok orang mengemis , aku pasti bayangkan aku ditempatnya... hurmm ..
Dalam cerita CARS tadi petang aku layan di ASTRO ( entah bila wife nak potong pon tak tau.. dia chief de mission di rumah aku ) ..ada satu dua babak membuatkan aku insaf seketika ..
Babak pertama ... yang mana satu kereta ni dipanggil Doc Hudson ( dia adalah legenda perlumbaan tapi dilupakan setelah mengalami kemalangan ) , memberitahu pada pelumba hebat dan juga watak utama , Lightning McQueen , bahawa piala perlumbaan itu adalah kosong semata mata .. Hakikat kejayaan sesebuah perlumbaan sebenarnya adalah kerjasama berpasukan bukannya individu .. Namun walaupun bergelar lagenda , mereka akan lupakan si pemenang jika terjadi apa apa padanya.. Cepat benar dilupakan ..
Yang kedua , satu babak dimana perlumbaan menghampiri kemuncak dan salah sebuah kereta mengalami kemalangan .. Dan Lightning McQueen memberhentikan keretanya pada mana dia sepatutnya mengecapi kejuaraan namun dia berpatah balik untuk membantu kereta yang mengalami kemalangan tadi ...
Hurm... tu la dia .. walaupun kartun tapi penuh moral ... Filem kita ? gaduh tu la moral dia .. hahahah .. lalalallaa...
Aku peminat kartun 3d .. Kenapa aku suka tonton kartun 3D ? Setiap ceritanya bukan sekadar cerita .. Penuh mesej ! Mesej yang senantiasa berlaku pada kehidupan kita .. Samada kita sedar atau tidak saja mesej itu cuba disampaikan ..
Hurm... setiap hari ada je dugaan yang Allah bagi kita .. Ada yang dalam bentuk penghargaan dan ada juga dalam bentuk kesengsaraan .. Kita leka , kita lalai , kita kecundang walaupun pada hakikantnya kita nampak kita berjaya dalam kehidupan ini ..
Fikir fikirkan bersama yer .. hehehe .. Tak caya .. Cuba layan CARS ..
" Ianya cuma sekadar piala .. " :)
DIGI WWWOW telah berakhir namun masih ada suara suara berbunyi termasuk aku.. Yelah , aku kecewa tak dapat tunaikan apa yang aku hajat iaitu open table pada rakan rakan blogger yang menghabiskan masa mengundi dan berkempen untuk aku ..
Bukan tergila sangat nak menang pon.. kalau menang sekali pon akan aku kata , award tu adalah milik blogger kerana mereka yang mengundi .. aku cuma wakilkan saja .. Tapi bukan rezeki aku malam tu ..
Kekalahan tu membuka mata aku .. Aku semakin mengenali dunia maya ini.. Sapa kawan .. sapa yang bukan kawan .. Yang bukan kawan ni , tak semestinya lawan kan cuma mereka ni umpama lalang saja ..
Pertandingan tu memberi banyak kenangan pahit dan manis .. Masing masing cuba menjadi yang terbaik termasuk aku .. Namun jika dikenang kembali , betapa bodoh gak aku masuk kerana pertandingan tu meminta mereka mengundi hari hari ! Macam meraih simpati pon ada .. Iskhhh... sampai gitu sekali ..
Dan ada juga rakan blogger yang terasa hati dengan aku yang mana mungkin aku ada mengeluarkan entri yang menguris hati mereka ( namun sebenarnya double meaning ) dan juga kawan kawan yang lain .. Nadea dan Mia , antara pesaing aku tika itu .. Mereka blogger yang bagus dan hebat samada dalam entri dan juga berkempen .. Sememangnya aku bukan saingan mereka ..
Pada kedua blogger tersebut , andai ada terasa hati dengan aku tika pertandingan tu , ampun maaf seikhlas hati dari aku .. Tamo dah bersaing ngan korang ! Sure aku kalah .. hehehe..
InsyaAllah , aku tak nak masuk dah .. Kalau masuk pon sekadar suka suka untuk curi trafik orang ! hahaahha ... Tolong ingatkan aku andai aku terlupa ...
Alamak ... aku buat silap dalam entri aku .. Terlupa aku kerana sedap benar mengkritik tanpa memikirkan batasannya .. Entri aku pasal gay dan lesbian dimana aku letakkan gambar dua gadis melayu seolah berkucupan ditegur oleh seorang rakan blogger yang mana dia menghantar email pada aku ..
Alhamdulillah ... cara teguran dia menunjukkan tahap pemikirannya yang cukup matang .. Selama ini aku berhati hati dalam membuat entri namun masih ada yang terlepas pandang terutama dari segi ejaan dan syukur masih ada yang sudi menegur dengan cara bijaksana .. :) Tqqqqqqqqq...
Hurm.. sebagai blogger yang dah agak lama tapi belum la lama sangat , aku masih perlukan pemerhatian dan teguran dari rakan rakan blogger terutama yang benar benar prihatin dan ingin melihat aku pergi lebih hauh ..
Perlukah aku bersikap sombong untuk menidakkan teguran tu ? Perghh.. bodoh sungguh la aku kan ? Orang tegur cara baik , kita jangan sombong .. Buka pintu hati dan terima segala teguran dengan penuh keikhlasan dan jangan lupa setiap teguran itu membawa kebaikkan jika kena caranya ..
Itu juga akan elakkan kita buat dosa sekirannya entri kita itu tidak benar faktanya .. Boleh mengaibkan mereka yang sememangnya tidak melakukan seperti yang kita gembar gemburkan di blog kita ... kan kan ?
http://cikreenatan.blogspot.com/
Dalam kebosanan tak tau nak g mana , tetiba ada call masuk .. Bila angkat , dia panggil aku ' BEBEN' .. Mamat mana lak nak kena sula ngan aku nehhh ...
Bila dia sebut ' Broframestone' , niat aku tu aku kensel.. tak sampai hati nak sula dia .. hehehe .. Dia kata dia kat Putrajaya .. Nak g Floria .. Heh.. kalau nk g Floria ni , sah sah bukan keseorangan kan ? mesti ada bunga di sebelah tu ..
Dia ajak lepak sat dan kebetulan dia ada kat Precint Diplomatik .. Aku pon on je la.. Solat , mandi lagi pastu keluar .. Sampai sana , mmg benar sangkaaan aku.. hehe.. ada awek kat sebelah dia ..
Duduk duduk je ,terus keluar gossip ... Apa cerita itu ini dan pelbagai ... hurm.. Macam macam la cerita ada .. aku kutuk kau , kau kutuk aku .. Senang cerita .. Tak de sapa baik sebenarnya dan tak de sapa jahat.. Sama jer semua .. Abis cerita ..
Pastu gerak ke Precint 2 .. ramai gila la pulak orang .. Bro , dapat parking dan aku ? Menghala balik rumah je la.. Panas giler kat situ .. tak tahan aku punya .. kang sahih pening ..
Buat Reena Tan , hehehe.. maaf tak sempat bergambar tadi .. Ingat nak bergambar di samping bunga tapi tu la.. tak de parking lak .. Takde rezeki kita eh .. Tak pe , nanti jumpa lagi.. InsyaAllah ..
N rahsiakan apa yang dengar tadi yer .. Tu la dunia maya kenyataannya.. .. Hampeh banyak dari madu kerana kita dikelilingi lebah dari bunga sebenarnya ..
Layan Berita di Tv3 .. Walaupon berita tah hapa hapa skang ni tapi layankan gak la .. Ada satu yang menarik minat aku .. " Lelaki berdua-duaan dalam kereta ditahan di depan sebuah pusat kesihatan dan setelah diperiksa , dijumpai kondom ".. Gay .. wahahaha.. adoii.. bikin lawak laaa.. dah abis modal ngorat awek ke ??
Mmg akhir zaman .. Di facebook sendiri pon aku beberapa kali dingorat dek sespesis aku yakni lelaki ... Aparaaa.... ingat aku ni apa ? Tu haaa... perempuan yang ada skang ni .. Punya la cantik cantik gitu .. terbiar gitu jer.. Kang dikebas dek lelaki yang dah kawin ( ehem ) , baru nak nyesal atau dikebas dek kaum sejenis diorng .. Ni pon bala gak ni !
Cer bayangkan sat .. Eh ,tak yah bayang aih.. aku letak gambar eh ..
Haih.. tak larat nak tepuk dahi dah.. wat sakit sendiri jer...
Ternganga ketika tengok iklan CANON ni ..
Kembali menutup mulut setelah melihat gambar ni ..
Ayunya kalau gadis melayu tidak menjadi mangsa fesyen kan ? Sememangnya gadis melayu dah cukup jelita dan rupawan ..tapi silap sendiri menyebabkan mereka nampak pelik ... hehhee..
Jangan marah yer .. ni pendapat aku , seorang lelaki yang tengok perempuan hari hari ... Mana yang buat aku ternganga.. mana yang buat aku mengeleng kepala .. mana yang buat aku meleleh air liur .. dan mana yang buat aku pengsan 3 saat !
Abang abang ni hensem kan ? Cam penah tengok kat tv je..tapi kat mana yer ?
Bila berblog ni , macam macam orang kita akan jumpa .. Serius ! Tapi sayangnya sekarang ni , ramai buat blog kerana inginkan nama dan wang yang tak seberapa tu .. Hurm..
Walaupun jumlahnya kecik tapi mampu mempengaruhi mereka yang baru baru berkecimpung dalam dunia blog ni .. Bahaya gak tu .. Sebenarnya blogger macam aku dan korang yang bercerita tentang isu isu biasa , patut menjalinkan persahabatan kerana majoriti kita ni berbeza bidang/profesion ..
Contoh , ada doctor , pilot ,polis , engineer , pakar IT , pelajar , suri rumah , peniaga , usahawan , penyangak dan banyak lagi .. Haa... Kan ramai kawan dah kan ?
Walaupun sekadar membaca blog tapi kita boleh kenal dah sapa blogger tu.. kan best tu ? Tapi sayangnya , yang berlaku adalah sebaliknya.. Berpuak puak jadinya ..
Jadi sama sama kita fikir.. tak kira blogger atau pon bukan , ni la pintu untuk menjalinkan persahabatan ..
Al- Hakim lagi ???? Waaa.. Juara 2 kali berturut-turut !!
http://pilhanhati.blogspot.com
Tak pe.. jap lagi ada lagi SEGMEN baru ...
Waaarghhh... Tu perumpamaan je la bila guna UNIFI ni.. Ada kawan kawan mintak pendapat camana guna UNIFI ni ? Best ke tak ? Ada gangguan ke time hujan ?
Erk... UNIFI ni bukan cam ASTRO BOY tu haa... Tak terganggu pon siaran kalau hujan .. Tak tau la kalau gempa bumi.. Yelah , kan guna kabel ( fiber optic ) .. Kira laju dari kabel telefon dulu la ( bahasa pasar je )
Camana pulak ngan internet ? Hurm... hurm.. semalam aku test download movie 200mb .. Kira tak sempat terlelap tu , dah siap dah .. hehehe.. Maksud aku laju la berbanding dengan guna broadband biasa tu .. Streamyx , aku tak sure la.. Tapi kalau atas kertasnya , UNIFI ni lagi laju dari Streamyx ..
Harga ? Ada pakej ... Yang tu korang kena tengok kat web mereka la.. Google Unifi Malaysia .. nanti jumpa la ... Setelah seharian menggunakannya , mmg cun ..
Rancangan di tv ? Heheh.. kira tak tertengok gak la.. Banyak gak woo.. Kalau boring , leh amik siaran berbayar .. Ada hari , dan ada bulan.. Murah jeee woooo...
Kesimpulan , mmg berbaloi guna UNIFI .. tu je aku leh kata BUAT MASA SEKARANG !
Aku teringin nak tidur awal .. Tapi aku tak boleh .. Dulu masa muda aku , aku suka tidur .. tidur .. tidur .. tidur .. Bapak aku cakap , orang banyak tidur ni kerugian banyak perkara ..
Waktu tu aku tak endah langsung .. Yang aku tau , bila sedar , dah pagi.. sedap gitu .. Pastu tidur balik ! Mmg best sungguh.. tak perlu nak rasa apa apa.. Maklumlah , harta bapak banyak lagi tak abis ..
Tapi sejak aku kenal dunia blog ni .. aku sedar .. setiap minit aku ada $$ !! Sangat bernilai sehinggakan kalau aku tertidur pon aku rasa rugi ..
Baru aku sedar .. Untuk berjaya dalam apa jua bidang , pengorbanan perlu ada .. Lihat contoh masa belajar .. Ada yang sampai korbankan masa tidur untuk belajar di sebelah malam ..
Walau bagaimana pon , tidur perlulah cukup.. Tidur adalah rehat .. Berehat sebentar dari menghilangkan segala kekusutan kehidupan ini buat sementara waktu ..
Serius aku rugi gila sbb buang masa zaman muda aku dengan tidur .. hurm... Bila aku tua nanti , pastinya akan lebih menyesal lagi kerana tidak menghabiskan masa muda aku dengan beribadat di malam hari ..
Haih .. masa ... Astagfirullah al'azim ... Leka dan lalai kita...