Alhamdulillah ... aku tak sangka sampai begitu jauh sekali kesan blog aku ni kepada rakan rakan pembaca ... Terharu dan terkedu ! Tu saja yang boleh aku katakan .. Bangga tu tak la... Tak de apa nak dibanggakan dengan blog aku ni cuma semangat dan kekuatan yang aku perolehi dengan berkongsi segala-galanya di sini ..
Sapa sangka , yang baca blog aku ni terdiri mereka yang punya kerjaya yang ... hurm.. boleh dikatakan berpangkat laa.. senang cita.. nak kata lebih lebih , kang ada lak yang mencebik.. hehe..
Nak dijadikan cerita .. ada sorang kawan aku di pejabat ni , kena g ke satu tempat ni .. Ada kes mahkamah untuk dia selesaikan .. Berat gak kes dia tu .. Maka kawan aku ni dikehendaki turun ke bandar tu untuk berjumpa timbalan pendakwaraya untuk membuat rayuan ..
Maka sampai harinya .. kawan aku ni pon pergi laa.. hehe.. Maka berlakulah satu insiden yang membuatkan aku tergamam seketika bila dia ceritakan kembali pada aku .. Korang tau apa timbalan pendakwaraya tu tanya kat kawan aku tu ??
" Awak ni adik Ben Ashaari ke ? "
Gulp... dia kenal Ben Ashaari ??? Wargkhhhh.. Pengsan sat wehh.. hhaahaha.. pengsan sebab dia kenal Ben Ashaari .. Aku rasa pasal baju ari tu kot.. hehe.. Dan alhamdulillah ,urusan kawan aku tu jadi sangat mudah .. menurutnya hari tu gak selesai.. hehehe..
Buat timbalan pendakwaraya tersebut , JUTAAN TERIMA KASIH KERANA PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN KAWAN SAYA .. SYUKUR ALHAMDULILLAH ..
http://www.firzaraexclusive.com/
Bukan pe , kawan aku tu cuak gak masa nak g tu.. hahaha.. dok ulang cerita yang samaa je kat aku .. hehehe... Sapa kata buat blog tak berbaloi ? Jangan fikir $$ je tau !! haaa... Dan aku punya kes saman pon ada rakan blogger tolong settlekan.. hehehe.. Thanks bro !
Berbaloi baloi...