" Alhamdulillah ... Ramai teringin gitu kan ? Asal update je , ramai masuk baca .. Pastu , bulan depan update lagi .. Pergh.. Mesti masyu je kan ? "
Dalam kepala , masyuk .. sbb itulah ramai dok 'kejar trafik' ... Boleh, mmg boleh.. Lebih lagi bagi blogger baru .. Nak kejar trafik , kejar la.. Berapa nak ? 10 ribu ? 10 ratus ? 10 ? Tak kisah la.. kejar la.. Selagi kita kejar , selagi tu ianya lari .. Takkan pernah cukup ..
Aku bicarakan ni sbb aku pon dulu kejar trafik.. Mmg takkan cukup !! Jiran aku tu , Mat Gebu.. Ramadhan ni , lebih 8 ribu UV sehari .. Dia tak hairan dah.. kenapa ? Tu bukan tujuan dia berblog.. Tujuan dia berblog adalah untuk berkongsi ilmu pengetahuan dia ..
Betul .. kalau korang tengok kenapa aku punya entri ni berbelas belas hari hari .. Pastinya aku jawab , aku mmg kaki bercakap dengan keyboard.. Aku mmg gemar bercakap dengan hati lalu aku luahkan ke blog ini .. Walaupun trafik tinggi , tapi itu bukan dah sasaran aku .. Sasaran aku apa ?
Sasaran aku adalah .. " Betul la tu Ben .." .. " Aah.. saya setuju " atau " Ben , saya rasa pendapat awak tu tak berapa betullah .. " .. Itu yang aku mahu.. perkongsian pendapat.. Perkongsian ilmu.. Perkongsian cerita ..
Aku dah cukup popular ? Kalau aku dah cukup popular , apakah entri aku satu sebulan ? Apakah jumlah follower aku berpuluh ribu ? Apakah aku dipanggil temuramah ? Kalau benar aku cukup popular , biarlah korang je yg tahu.. aku tak nak tau .. Bagi aku , aku baru berblog semalam.. Jadi aku senantiasa berusaha untuk menyampaikan .. berkongsi ..
Buat blogger baru .. korang boleh cari setinggi mana pon trafik korang.. atau duduk dalam ranking top 10 , dalam malaysia .. tapi aku nak korang fikir semula , berapa ramai yang mampu korang buat mereka tersedar dari lamunan mereka ?
Aku sendiri masih berusaha untuk menjadi manusia .. manusia yang benar benar membantu manusia lain .. Apa guna aku punya trafik yang tinggi tapi mereka cuma ketawa ketika membacanya ?