Berdasarkan beberapa buah blog hari ini , Dato Siti Nurhaliza telah mengeluarkan kenyataan rasmi yang mana produknya , SIMPLYSITI adalah halal digunakan ..
Sat.. aku nak flashback yang mana terdapat produk yang sebelum ini yang turut dikatakan haram pada mulanya tetapi dinafikan oleh syarikat tersebut .. tetapi akhirnya disahkan haram jua .. contoh terbaru yang butter Golden Churm tu haa..
Beginilah , bagi aku la kan .. Dato Siti berhak kata apa apa saja tetapi seperti yang kita tau , kita ada pihak berkuasa yang mana bertanggungjawab menguruskan soal halal haram sesuatu produk di Malaysia ni .. Jadi biar mereka keluarkan kenyataan rasmi dan baru aku percaya 95% .. Masih ada was was , jadi aku tinggalkan terus.. Selama ni aku pakai gak .. Hahaha.. guwau je laaa...
Akhir kata , sapa yang percaya , sila guna .. Yang tak percaya , berpegang pada hukum agama.. Was was , tinggalkan je.. Tak mati tak makeup kan ?
Aku bukan apa ... Bukan anti Siti Nurhaliza.. aku minat gak suara dan lagu lagu dia .. cuma terkilan .. dia tu idol ramai rakyat Malaysia , Indonesia , Brunei mahupun di Singapura .. Nape la tak pakai tudung tu betul betul .. Aku pasti dia lebih ayu dari macam tu.. jambul terkeluar cam Elvis Presley gamaknya.. Erk .. marah ? maaf yer Dato .. Tapi tu yang saya nampak .. Tak leh marah.. saya pon peminat Dato gak.. Setiap kritikan kena amik kira gak kan ? Kalau dia pakai elok elok , mesti ramai peminat dia ikut sama kan ?
Album baru bila Dato ? Album raya ? Ke bz ngan produk kosmetik ? Patut la makin ramai wanita melayu kita cantik cantik kan ?