Akhirnya.. setelah sekian lama aku tunggu , baru aku boleh katakan aku amat berbangga sekali dengan mereka yang terlibat dengan dunia animasi ... Kalau Upin dan Ipin pembuka tirai dan kini , animasi IBN BATTUTA mmg setanding dengan animasi luar negara terutamanya Hollywood ..
Aku pernah terlibat dengan dunia animasi 2D dan 3D pada sekitar penghujung tahun 1999 , sbb tu aku tau kesukaran membuat animasi tak kira 2D dan 3D ni .. Bukan senang wooo.. Terlalu makan banyak kos dan masa ... 24 jam kat pejabat .. huhu..
Sempat aku belajar ketika itu mengenai perisian perisian untuk membuat animasi seperti 3D Max , Lighwave , Motion Capture , dan beberapa lagi perisian .. Kira sangat berbaloi la.. hehe..
Kali pertama tonton di TV AL HIJRAH ... pergh.. jalan cerita , pergerakkan .. semua mmg best ! Mmg da boommm.. hahaha ...
Tapi rasanya ada kerjasama gak dari syarikat luar negara .. tapi tak kisah la , segalanya bermula dari situ .. belajar dan terus belajar .. akhirnya , kita mampu berdiri sendiri .. InsyaAllah ..
Buat IN-FUSION , karya syarikat anda membanggakan rakyat Malaysia ..