Cik Qila , pinjam sat keratan akhbar ni yer ..
Dari dulu .. selalu begitu .. Mungkin bukan rezeki aku ... Tak per la , tapi kena bukak mata kali ni .. Tak kira kerajaan ke atau CUEPACS ke.. Jgn dok tengok 'tang tu' jer ...
Nasib penjawat awam yang bertaraf kontrak , dengar cerita akan ditamatkan kontrak penghujung tahun ini .. Bayangkan mereka yang dah berkhidmat bertahun tahun lamanya , dengan pengalaman serta skill yang ada , 'diketepikan' begitu saja .. Masalahnya bukan dah taraf OLD TIMER tetapi masih muda ...
Tak ke rasa rugi bila mereka yang dah berjasa selama ini serta punya pengalaman dilupakan begitu jer? Kemudian buat lantikan baru ,dan hantar gi kursus..
CUEPACS ni pon satu hal.. dari dulu tak habis habis dok mintak bonus itu ini .. bab lain diorg tak pandang ke ? Apakah CUEPACS ni hanya mementingkan yang tetap saja ? Yang kontrak ni camana ? Tidak berkhidmat untuk negara ke ? Kena maki , sama sama .. Kena marah , pon sama.. Bezanya , bila tak diperlukan , 'KONTRAK ANDA DITAMATKAN ' berbanding yang tetap , 'ANDA DITUKARKAN' ..
Seperkara lagi , yang kontrak ni takkan merasa ANUGERAH KHIDMAT CEMERLANG .. kenapa ? Sebab kontrak ... Haih... Mmg la gaji dibayar tapi jangan lupa mereka ini pon WARGANEGARA MALAYSIA ... bukan pendatang asing yang bekerja kat sini ..
Tu je la aku nak bagitau .. Makin bosan ngan CUEPACS .. Tiap-tiap tahun , mintak bonus .. bagus la.. yang memerlukan dapat bantuan .. Yang dah melimpah ruah tu , tak payah dah la ..
Jangan lupa , ada beribu ribu penjawat awam berstatus kontrak .. Susah sangat ke nak diserapkan tetap atau bagi peluang untuk diserap .. Ni habuk pon tarak .. Asyik asyik janji.. Lagi 10 tahun baru nak tunaikan ?
Mungkin aku tulis ni akan memberi risiko .. tapi sampai bila kan ? Ikut saluran ? Bukak mata laaaa.... G turun tengok 'anak buah' tuu...