Alhamdulillah, Seri Najwa Ferda Binti Hassan yang hilang baru baru ini , akhirnya ditemui oleh pihak polis .. Korang leh baca selanjutnya mengenaiya di DEZAMAN COTTAGE ..
Alhamdulillah, Seri Najwa Ferda Binti Hassan yang hilang baru baru ini , akhirnya ditemui oleh pihak polis .. Korang leh baca selanjutnya mengenaiya di DEZAMAN COTTAGE ..
Klik > Aidilfitri Sale : RM28 only
Pelik menyelebungi isteri aku setelah melihat perubahan pada aku kebelakangan ini .. Huhu.. aku sendiri pon pelik .. Apakah kerana dek syaitan di dalam diri aku ini semua sudah dibelenggu maka , BEN sebenar dah wujud ?
Serius .. aku tak pernah jadi secool begini ..Suruh je la buat apa pon.. aku buat jer .. Kalau dulu , sambil buat tu mulut terkumat kamit la gak .. Apakah aku sedang mengalami perubahan hormon ?? Muhahaha..
Tak la.. aku kesiankan wife .. Bukan sebab dia mengandungkan anak aku je tapi dia sendiri pon penat .. Berusaha keras dia untuk mendapatkan zuriat.. Kalau ikutkan peratusan , usaha dia 90% berbanding aku cuma duk nganga je tau ! Itu semua dalam kepala aku ..
Ni baru 7 minggu .. Bayangkan saat saat dia bakal melahirkan anak .. Camana ? Bertarung nyawa tau.. Tuu.. tanya ibu ibu yang dah melahirkan anak tu.. Camana kepayahannya ? Mengandung.. Melahirkan .. Menjaga .. Perghh .. Serius , tabik hormat pada ibu ibu di dunia ini ..
Aku baru pikir je tau .. Dah pening .. Belum mengalaminya lagi.. Berdua ni skang ni pon tak cukup tidur , bayangkan nanti bertiga ! Dan mereka yang da ber ber tuuu.. Haa.. Bila dapat tidur pasti seolah olah dapat emas sekontena punya ! Kan kan ?
Buat mereka terutama lelaki yang bakal bergelar suami , bersedialah untuk menghadapi rumahtangga.. Jangan fikirkan saja malam pertamaa kedua ketiga dan malam malam berikutnya tetapi fikirkan pengorbanan mereka itu ..
Dan buan ayah ayah di dunia , aku tabik hormat atas kesabaran korang semua ! Buat yg kaki pukul anak dan isteri , janganlah lupa hukuman akhirat .. Ada bahagian korang gak ..
Terima kasih atas keprihatinan rakan blogger sekalian .. Pelbagai nasihat dan cadangan diberikan kepada aku .. Aku harap segala padangan ini dapat dikongsi bersama rakan yang lain seperti UJANG dan PEMBACA WACANA yang mana mereka sama bakal bergelar ayah (insyaAllah.. doakan kami ) dan juga ramai lagi rakan blogger yang sedang mengandung ( doakan kesejahteraan mereka yer ) ..
Mula mula aku nak bagitau , aku ceritakan segala di dalam blog ini adalah isihati aku dan bukannya sbb nak berlagak atau nak riak .. Mintak dijauhkan perasaan itu , Ya Allah .. Aku sedar risiko bila bercerita dalam blog ini .. Serius aku katakan ada yang tak suka .. Betul ! Jangan terkejut ..
Dulu masa mula mula aku berblog , ada sekumpulan geng geng yang bengang dengan entri aku dan wife ( ada isu blog masa tu dan dah disettlekan tapi tetap dipanjangkan oleh 'mereka' ) , siap tulis doa yang cukup menyayat hati seorang wanita jika membacanya dan ianya ditulis sendiri oleh seorang wanita yang cukup angkuh dengan kejayaanya sebagai seorang ibu ..Baru ada sorang anak tu.. Dah cukup riak .. Astagfirullah al a'zim.. Aku tak tau dah mana dia g.. tutup blog atau dah jadi blogger popular kot ?
Ok tinggalkan yang itu.. Berkenaan dengan isu aurat isteri ... Buat pengetahuan , aku seorang yang cukup cemburu .. Cemburu aku ni boleh menjadikan aku seperti HULK bila datang .. Haa.. jgn tak tau .. Bila bab aurat ni , kalau baju jarang pon aku dah hangin ni kan pulak bab nak kena bukak baju ??
Buat pengetahuan , Dr.Hamid Arshat sangat pentingkan semua ni.. Dari mula masuk ke kliniknya , hinggalah ke pembantunya , semuanya wanita kecuali yang melibatkan lelaki, dia ada seorang pakar lelaki ..
Dan wife aku juga seorang yang sangat pentingkan auratnya .. Kenapa kami ke sana ? Setelah bertanyakan rakan rakan yang pernah ke sana ( adik ipar aku sendiri ke sana ) ,mereka kata Dr.Hamid sangat peka dlm isu ini dan juga pakar dalam memberi khidmat nasihat ..
Kami sendiri pon dah berbincang , bersalin nanti akan ke hospital kerajaan atau ke klinik yang mana doktornya adalah wanita .. Kami fikir semua ..
Dan seperkara lagi ! Ini cumalah antara ikhtiar kami .. Ada juga rakan kami yang pergi berubat dengan Dr.Hamid tapi berjaya.. Jangan lupa , kita mampu berusaha.. segalanya adalah kuasa Allah.. Banyakkan berdoa dan jangan putus asa.. Aku sendiri pon tak tau untung nasib aku.. Apa yang boleh aku buat cumalah berkongsi segala cerita dengan rakan rakan .. Jangan lupa , ini blog.. Bukan sekadar menulis cerita gossip artis atau mengutip duit iklan saja ..
Makin lama makin pelik .. Aku seolah olah berada dalam dunia yang mana wanita semakin terkejar kejar kemodenan dalam berpakaian , gitu .. huhu..
Jangan marah yer .. Lelaki punya fesyen aku rasa lebih pada rambut .. Rambut yang kerap ditiru skang ni ialah fesyen dari negara Korea dan Jepun .. Diorg mungkin sesuai dengan ketinggian , mata sepet dan kulit putih .. Kira nampak sesuai la.. Kita ? Hang pikiaq la sendiri ! Elok elok dah nampak macho , bila tiru .. dah nampak cam pochong..
Bab wanita ni .. Fesyen ... aku tak nak bicara yang soal wanita tidak menutup aurat.. Sememangnya mereka tau akan isu mereka dengan Allah .. Ni haa.. wanita yang menutup kepala mereka ni dengan pelbagai jenis kain di atas kepala mereka ..
Memang benar Islam tidak melarang wanita bergaya .. tapi kot ya pon , jangan la sampai orang yang lalu sebelah tu terpusing kepala cam burung hantu tu haaaa... Bukan cantik tapi nampak cam badut sarkes !
Maaf.. betul .. aku cakap bukan nak malukan mereka tapi nak bagitau apa yang aku rasa bila nampak mereka tu haa... Aku rasa bukan aku sorang je gitu .. Ramai lagi berkata demikian dalam hati tu..
Cemburu ?? Haih.. serius tak.. Korang tu cantik dahhh.. Sumpah!!! Cantik dah dengan tudung biasa tu.. Dengan mekap biasa tu.. Tapi bila dah diserabutkan dengan pelbagai jenis kain tu , nampak macam makcik makcik zaman mak aku tu nak g mandi ke sungai.. Ala style sanggulkan kepala ngan kain basahan tu haa..
Gini la.. Aku tau hak korang nak bergaya .. Aku tak kisah.. Cuma aku nak bagitau apa perasaan aku dan bagaimana pandangan mereka yang bukan sebangsa dan seagama aku terhadap perempuan melayu Islam dalam mengayakan kain di kepala tu ..
Maaf.. mungkin aku ketinggalan zaman... tapi aku puas dah cerminkan diri.. Dan aku rasa , fesyen Wardina tu ayu dah .. Akak Heliza pon kadang kadang ok.. kadang kadang penuh kain gak.. hahahaha.. Sori yer Ija.. Fenin tengok wooo...
Sekali lagi .. ampun maaf.. jika terkasar bahasa , harap dimaafkan .. Jangan buat Fan Page Anti BEN ASHAARI lak .. aku cuma habaq je.. kalau aku tak habaq ,sapa lagi nak habaq ?? Yang lain pakat dok tepuk tangan , puji kata cantik tapi kutuk dalam hati.. wat pe kan ?
Kita bawak perlahan ... dia bawak laju , suka tekak mencelah tanpa tengok kereta .. Bayangkan kalau dia punya salah , kita yang bawak kereta ni terlanggar dia.. Gamaknya , sapa yang kena maki nanti ?
Susah wooo kalau ngan mat motor ni .. Maaf cakap la yer , ni gara gara nila setitik arrrr abis rosak satu kilang !! Letih la nak layan diorng punya cilok tanpa kira jawatan dan umur ... Haihh... Kena langgar , sure gaduh punya ..
Tapi bukan mat motor jer ,mat kereta pon satu hal gak.. Kalau spesis bawak laju tu , kalau boleh nak terbang terus.. Kalau kita dok bawak mengikut had laju , mai diorg tak belakang mesti nak follow rapat.. Ingat blog ke nak follow memfollow ??
Tak kira mat motor atau mat kereta , perbuatan tidak bertimbang rasa di jalan raya ni boleh mengakibatkan mereka yang tidak bersalah ini terkorban atau paling tidak pon cedera !
Tolonglah berhati hati ... Kita atau pon mereka .. bila memandu tu , ingat ingatlah orang yang tersayang ...
Kenapa dia terpilih ? Hehehe.. sbb berjaya meneka maksud gambar pada entri sebelum ini.. :) ... hehehe