Hujan emas di negara orang .. Hujang .. Hujang lak.. sasul ganu sat.. Hujan batu di negara kita .. Baik negara orang kan ? Bila dah abis hujan tu , balik la negara kita balik kan ? Bijak tak ? Muhahah...
Ok.. ni isu kat London tu.. Haih.. Tu la.. Suka sangat merusuh .. ni la jadinya bila ada malaun amik kesempatan !! Jahat gila !! Sasaran kedai kedai dan warga asing .. Grrr... Mmg dasar penyangak !
Tapi kesalnya , isu cam ni pon ada gak malaun nak politikkan .. haih... Tak kena kat batang hidung sendiri ...
Video Asyarf Haziq Rosli yang cedera di serang di London
LONDON: Paparan di Internet yang menunjukkan pelajar Malaysia, Asyraf Haziq Rosli, diserang dan dirompak dalam rusuhan di sini, telah mendorong penduduk keturunan Asia untuk bersiap sedia mempertahankan diri dan harta sendiri.
Ketika rusuhan itu merebak, ramai penduduk khusus beragama Islam dan Sikh mengambil langkah berjaga-jaga bagi melindungi nyawa, harta benda dan juga tempat ibadat masing-masing.
Tiga lelaki berketurunan Pakistan terbunuh akibat dilanggar sebuah kereta yang dipandu seorang perusuh yang kemudiannya diberkas oleh polis.
Sambung > BHARIAN