Geram ? Bengang ? hahahaha... Kalau dapat ?? Macam nak flying kick ek ? Hahaha.. sabar je la yer.. Tamo tensen tensen yer .. hehhe..
Tu geram ke tahan berak tu ?
Geram ? Bengang ? hahahaha... Kalau dapat ?? Macam nak flying kick ek ? Hahaha.. sabar je la yer.. Tamo tensen tensen yer .. hehhe..
Tu geram ke tahan berak tu ?
Senarai ni aku jumpa di blog rakan .. Dinasihati mendapatkan khidmat nasihat dengan Kementerian Kesihatan bagi mendapatkan kepastian .
Berikut adalah senarai kopi yang dikatakan mengandungi racun.
Sumber - SINI
Oh ya.. ada satu lagi ... 40. Kopi pow kawan kawan .. Ni pon kira racun gak.. Racun hati kawan kawan .. asik nak pow jeee.. tensen laa...
Mamat .. kalau suka , baik selesaikan jer.. Maksud aku , masuk minang .. pastu kawin .. Dapat anak , kasi besarkan .. pastu antar g sekolah .. Belajar rajin rajin .. Pastu jadi anak bangsa yang berjaya .. Jangan kasi jadi ahli politik atau pelakon... Tamo ok ? Kasi dia berbakti pada negara dan agama ..
Maaf la yer .. aku mmg tak gemar isu artis ni tapi tipulah aku tak minat tengok tv.. Dan aku antara ribuan peminat kumpulan Sepah pastinya gembira dengan perkhabaran ini ..
Tapi dengarnya Mamat bercinta dengan orang lain sebelum ni kan ? Ada yang kata Mamat lupa daratan ? Neh.. kalau dah bukan jodoh nak kata apa kan ? Segalanya adalah ketentuan Ilahi .. Jangan menuding jari , nanti kena kat kita balik.. Bahaya tu ..
Kisah mereka ..
Mula 'kenal' setelah sama-sama mengadakan promosi untuk filem "Man Sewel Datang KL", kini selepas hampir 6 bulan berkawan rapat, Mohd Noor Murad atau lebih dikenali dengan nama Mamat daripada kumpulan Sepah mengakui dia dan aktres Rafidah Ibrahim atau Fida sedang berkawan rapat tapi serius.
"Ya, kami dalam tempoh mengenali satu sama lain. Bukan tidak mahu mengaku bercinta tapi lebih baik bersikap sederhana kerana risau sekiranya terjadi apa-apa memandangkan kami baru saja berkenalan. Saya percaya pada jodoh dan takdir, kalau ada jodoh, tidak akan ke mana," ujar Mamat mengenai status hubungannya bersama bekas Juara Pencarian Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene 2007.
Mamat tanpa berselindung turut menceritakan ciri-ciri Fida yang membuatkan dia terpaut sayang pada sepupu penyanyi No.1 negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin.
"Walaupun karekter Fida dan saya berbeza, tapi terus terang saya senang berkawan dengannya. Pada pendapat saya Fida seorang yang tenang, baik dan cantik. Saya serius berkawan dengannya malah, mengenalinya saya mula berubah kepada seorang yang lebih penyabar dalam apa jua keadaan,"akui Mamat ketika yang ditemui di Rakaman Melodi Raya 2011.
Menyentuh tentang adakah dia bercadang membawa Fida berjumpa dengan ahli keluarganya di Kulai, Johor kelak. Mamat menyatakan dia bercadang untuk membawa Fida berjumpa dengan ahli keluarganya bila tiba masanya kelak.
"Kami berdua masih belum berjumpa keluarga kedua-dua belah pihak. Tapi saya memang bercadang untuk membawa dia bertemu keluarga saya. Saya juga ingin berjumpa dengan ayah Fida, untuk berkenalan dan meminta izin berkawan dengan anak dara orang," jelas Mamat dengan girang. - Yahoo ( 12hb Ogos 2011 )
Dan kata Fida lak , boleh baca kat SINI
Kena lagi ? Muhehehe... Tak pe la .. anggap je sedekah .. Aku tak kisah .. Rezeki yang Allah beri pada aku selama ni , aku rasa lepas dah untuk beri pada wife , parents aku serta belanja kawan kawan dan juga bersedekah .. Tak perlulah aku kejar sampai tak muat poket aku ni .. Syukur , Alhamdulillah ..
" Nanti saya bayar yer ... "
Aku sedar .. aku akan kena ' kencing ' berdasarkan pengalaman aku sekangkang kentut aku di dunia maya ni .. Terpulanglah pada dia .. Kalau dia percaya pada Allah , dia takkan lakukan.. Maksud aku ialah , jika dia tau kewujudan syurga dan neraka , maka dia takkan berani nak melakukan dosa .. Sama gak ngan aku ..
" Kita akan untung beratus ribu dalam masa beberapa bulan ! "
Bukan tu jer.. malah banyak lagi janji manis ditaburkan pada aku sejak aku mula berblog ni .. Banyak bhai .. Aku ? Senyum.. Baiklah , kau melayu aku melayu.. Kalau bukan percaya pada bangsa sendiri dan tolong sesama sendiri , sapa lagi kan ?
Akhirnya ?? Maaflah yer .. " Blog saya dah popular.. tanpa ko pon aku leh hidup ! " .. Mak aih.. gitu sekali ? Sewaktu dok merangkak dulu , pergh.. cakap je apa pon , angguk je ler ..
Maaflah cakap.. Sbb tu aku dan Mat Gebu , sampai sekarang masuk lagi 'berjiran' .. Kadang kadang aku bagi 'juadah' aku.. Tapi kerap dia bagi .. Sebab tu rezeki dia melimpah ruah .. Ada kami kisah nak menikam dari belakang ?? Perlu ke ? Walaupun ramai cemburui dengan keakraban kami , kami berpegang pada satu ikatan yakni , KERANA ALLAH ..
Nasihat aku satu jer .. nak naik dalam dunia maya ni bukan dengan menipu orang lain .. bukan dengan mengambil kesempatan pada kelemahan orang lain .. Mereka tak buta tapi sengaja memberi peluang .. Jangan sampai satu tika , kita hilang segalanya .. Berbaloikah ?
Hurm... Keputusan dah dibuat .. Tahun ni kami akan beraya di KL .. Ikut perancangan , lepas raya pertama aku ngan wife akan balik beraya di Kelantan .. Dua kali raya sebelum ni , mmg kat Kelantan .. Tak kisah la.. sbb Ramadhan kat KL .. Aku tak larat nak travel jauh jauh.. cepat mengantuk.. Aku rabun silau... Maksudnya tak leh kena panas mentari.. cepat berpinar bijik mata dan mengantuk.. Kira penat mata la tu ..
Manakala orang tua aku di KL ni lak merancang nak balik beraya di Pulau Pinang.. Muhehehe.. masak masak ! Bukan pe , wife dinasihatkan banyak berehat kerana boleh membahayakan kandungan .. Masih terlalu awal lagi dan juga disebabkan operation yang lalu .. Jadi doktor suruh rehat kat rumah jer .. Kawan kawan pembaca yang punya pengalaman pon begitu juga , suruh berehat jer.. Terima kasih ... Terharu atas keprihatinan korang semua ..
Dengan ini , aku ngan wife beraya sekitar Putrajaya dan Kuala Lumpur je la.. tu pon tak nak jalan lama lama.. skit skit dah la .. Huhuh.. Skang ni pon dah mula sakit sakit badan .. Camana nak jalan jauh ?
Dan bagi mereka , yang berada jauh di perantauan ... Bersyukurlah.. Jangan terlalu mengenang kampung halaman .. Korang akan kembali jugak nanti.. Nikmatilah Aidilfitri tanpa mengira tempat tapi dengan sapa kita beraya walaupun hanya dengan sahabat handai ..
Tahukah korang ( pelajar di perantauan ) , berapa ramai sanggup bertukar tempat dengan korang untuk melanjutkan pelajaran mereka ? Mereka tak de merasainya tetapi korang ? Sampai masa nanti , korang balik dan berayalah puas-puas dan masa tu korang akan teringat kembali saat saat indah beraya di perantauan sebagai seorang pelajar ..
Aidilfitri adalah hari kemenangan . Bukan saja melibatkan puasa dan keimanan tapi juga melibatkan kecekalan diri , semangat dan juga kenangan hidup .. Jadi , jangan rugikan setiap saat yang datang ... Bila dah pergi , pasti menyesal ..
Ok... Buat pengetahuan mereka yang tak tau , blogger JOHNSON aka LOGORITHM yang cipta logo baru KELAB BLOGGER BEN ASHAARI yang bakal digunakan selepas raya ini dengan rasminya dan juga FAVICON blog ini ... Jutaan terima kasih buat beliau.. Bukan senang nak dapat hasil kerja orang profesional ni.. Buat yang tak tau , dia yang reka logo PERODUA .. Amacam ? Sapa sangka kita kawan dengan orang yang senantiasa merendah diri dalam blognya.. Tak caya ? G baca sendiri blognya .. Nanti nanti la.. bukan skang .. skang kita tengok sapa blogger yang menjadi pilihannya ... :)
Manakala pilihan aku ialah ... Haihh.. susah woo.. semua bagus ! Aku ngan bro John berkali kali kena baca untuk mendapatkan paling kreatif.. Semua kreatif tapi kena cari yang lain dari yang lain..
Maka ... aku dan bro John dah buat keputusan .. Minta maaf yer yang lain .. dia punya lain dari yang lain ..
1 ) Faridzuan :
" Favicon baru yang comel dan simple. Tetiba teringat dengan logo MAS pula. Macam sama sebab miring ke kanan. Perhatikan semacam simbol dialog di tengah2 yang warna merah. Kemudian huruh b kecil yang seakan-akan 'thumbs up'. Bila digabungkan, dialog itu seperti kita bersosial. Sentiasa bersosial dengan orang lain itu banyak faedahnya, contoh di Facebook. Itu sebab banyak orang LIKE, dah keluarlah logo thumbs up itu. Warna merah dan jingga melambangkan keberanian, ketangkasan, dan kegagahan. Samalah dengan karektor abang Ben Ashaari. Okay tak? "
2 ) CKB
" apa yg sy nmpk kt favicon abg ben tu pertama skali adalah huruf "b" la kan as ur initial Ben. then ade nmpk awan cakap tu tandenye abg ben suke 'cakap' gune blog dlm erti kata lain mesra2 peramah gitu.
warna yg vibrant oren dan merah menandakan abg ben loud n clear serta ceria orgnye. abg ben berani utk wt sesuatu tnpa peduli apa kutukan mnusia lain. cthnye rmai kutuk psl abg ben ske tulis byk2 entri dlm sehari la..segmen2 la kan? tp abg ben berani n lepak je pasal tu. so keep it up abg ben! "
3 ) Sukacuka
" Warna putih yang membentuk huruf 'b' ada kaitan dengan pemilik blog ini.
simbol dialog yang yang dibuat ditengah huruf 'b' menunjukan bahawa pemilik blog ini sentiasa menulis sesuatu yang boleh dikongsi ramai pembacanya.
Bila bercakap mengenai warna yang digunakan, sudah semestinya warna yang sangat secocok dengan laman yang telah ditulis sejak 2001.
Tulisan yang terdapat didalam kotak dialog yang bertulis, 'BEN ASHAARI.COM' merupakan alamat rasmi blog beliau.
Bahkan, pencipta logo ini tak membenarkan apa yang dicipta dimanipulasi oleh orang lain. "
Ketiga-tiga blogger ni akan dipromote esok ... Terima kasih pada semua .. dan juga bro John yang telah memilih blogger yang paling kreatif diantara kreatif.. susah wo... takde klik LIKE LIKE punyaa..
Dan yang selebihnya , boleh baca di SINI
Bila ada orang kata dia baca blog aku , aku jadi segan .. Kenapa ? Entah ... aku cuma segan .. Yelah , tak sebest blog blog lain .. Template pon sekadar 'asal ada jer ' .. Cerita pon bukan guna bahasa yang sempurna .. Entri pon mengarut je kekadang .. Tapi bila diorng kata diorg suka baca , apa yang aku boleh sampaikan , aku amat terharu ..
Aku sukaa bergurau dalam blog.. Kadang kadang aku melepaskan tekanan aku dalam blog tetapi aku pastikan tidak terbabas .. Aku suka bercerita apa saja yang aku rasa .. Walaupun aku kena gigit nyamuk , aku tetap akan cerita .. Kenapa ? Cerita kita berbeza .. Nyamuk yang gigit aku tu takkan gigit korang punya sebab nyawa dia pendek .. Mana aku tau ? Sbb aku buru dia sampai dapat pastu !
Bila ada orang kata dia suka baca blog aku , aku hanya mampu tersengih .. Tersengih sbb tak tau nak buat reaksi camana .. Bangga ? Hurm... tak kot.. aku bukan cipta enjin kapal terbang.. Aku bukan baru sampai dari bulan .. aku cuma bercerita camana korang jugak bercerita ..
Apa kata mereka .. Ini yang terbaru la di postkan di wall FB BEN ASHAARI JR ..
"lain orang..lain cita rasa dia. mr.ben punya simple..tapi dapat tarik ramai perhatian orang...tu yang saya suke.. "
" Blog Ben Ashaari Jr. + Santai Ben Ashaari, selalu follow2, tp xsempat nak register jd follower dlm blog dia.. ada org tnya, apa yg best ttg blog dia? hmm..korang follow la dia, nnt taula kat mana yg best.. Jawapan aku, " stp kali dia citer, mcm xpernah pn kering idea, asyik nak menulis je..." :) "
Serius , aku tak bangga .. aku tak meloncat gembira .. Aku rasa terharu sangat .. Syukur pada Allah .. Bukan nak jadi retis atau popular pon tapi sekadar ingin menabur bakti atau jasa di dalam dunia maya ini .. Ini je yang mampu aku buat .. Nak bina masjid , aku tak mampu .. jadi ini je la aku mampu bina ..
Sempena pelancaran FAVICON baru aku ni , aku nak wat sau segmen blogger kreatif ..
Apa yang aku mahukan ialah , " Apa yang korang nampak dengan FAVICON ni ? " Ceritakan tidak lebih 100 patah perkataan .. ok ? Paling berjaya menambat perhatian aku , akan di promote blognya selepas ini selama sejam .. Cepat .. cepat..
Caranya , mudah saja.. Cam biasa , sila hantar borang permohonan ! Hah ??? Ler , cam biasa laaa.. buat satu entri khas sebagai tanda penyertaan .. Ok ?
Sedia ? Buat satu entri .. Dalam entri mesti ada ,
Tu jer .. ada sejam sehingga jam 11 malam ni.. Tqqqq..