Fida mengaku jatuh hati dengan Mamat ..

by - Isnin, Ogos 15, 2011

imageAku sebenarnya malas nak cerita pasal artis dalam blog aku ni tapi cerita Mamat ngan Fida ni mmg buat aku ternganga 2.5 saat .. Sapa sangka kan ? Ni namanya jodoh .. Semoga berkekalan yer Mamat .. Bukan senang nak dapat gadis yang baik ...

Buat anak muda skang ni , belajar belajar la menulis dalam jawi .. HELIZA HELMI single lagi tu.. hehehe

"Saya mula tertarik pada Mamat sejak melihat dia menandatangani autograf dalam tulisan jawi kepada peminatnya sewaktu sama-sama mempromosikan filem "Man Sewel Datang KL," ujar Fida Ibrahim kala diminta berkongsi kisah bagaimana hatinya boleh terpaut pada jejaka bernama Mamat dari kumpulan pelawak, Sepah.

Fida Ibrahim atau nama sebenarnya Rafidah Ibrahim, 25, yang juga bekas juara "Pencarian Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene 2007" tanpa berselindung mengakui dia dan Mamat kini dalam proses mengenali hati budi masing-masing kerana hubungan mereka baru sahaja menginjak enam bulan.

Ketika diminta bercerita lebih lanjut perihal Mamat di matanya, Fida menjawab, "Mamat sememangnya seorang yang kelakar, tetapi pada masa yang sama seorang yang manja, sensitif dan tegas orangnya."

"Salah satu sebab lagi yang membuatkan saya jatuh hati padanya adalah sikap penyayang dan mengutamakan keluarga. Selepas menjuarai pertandingan "Maharaja Lawak", Sepah memang sibuk dengan aktiviti promosi dan latihan namun walau sesibuk manapun dia terlebih dahulu balik kampung untuk meluangkan masa bersama keluarganya. Dari situ saya mula perasan yang Mamat seorang yang bertanggungjawab." jelas Fida sambil menguntum senyuman.

Berbicara soal jodoh pula, apakah cinta yang baru bersemi ini akan disusuli dengan ikatan pertunangan seterusnya perkahwinan dalam masa terdekat, Fida mengatakan ia masih terlalu awal untuk dibicarakan.

"Biarlah kami mengenali hati budi masing-masing dahulu. Terlalu awal untuk membincangkan perkara tersebut. Apatah lagi kami berdua baru hendak menapak dalam industri ini. Biarlah kami masing-masing fokus pada kerjaya, stabilkan karier sebelum berfikir ke arah itu. Walaubagaimanapun sekiranya ada jodoh, saya tidak akan menolak," akhiri Fida. - YAHOO

You May Also Like

42 comments

  1. aku pom ada tandatangan tulisan jawi ben..haha..

    BalasPadam
  2. untunglah,


    harap lepas ni sanggul fida takla tinggi sangt.

    BalasPadam
  3. siapa sangka kan?? kalo kita berjaya pon org akan cakap... sape sangka kan? hehehe..

    BalasPadam
  4. cantik dia nie..tapi fida oi..haram tue sanggul tinggi2..better tak pakai tudung dari sanggul tinggi2..

    Entri Terhangat!! :
    Muka Baby Masa Pertama Kali Makan Lemon!!
    Video Kenakan Kawan..LAWAK GILER!!

    BalasPadam
  5. bukan fida ni dah kawin ke dengan pembaca tv3, saiful ....??????

    BalasPadam
  6. kalau dah ditakdirkan mereka bersama, doakan mereka bahagia hingga akhir hayat...aminnnn :D

    BalasPadam
  7. inilah namanya jodoh!
    moga berkekalan hendaknya..

    BalasPadam
  8. Tulah...ni namanye jodoh. Tak sangka pun ade. hey jejaka luar sana, cepat2 buat tanda tangan dalam jawi. HEHEHE...

    BalasPadam
  9. wah, hanya kerana tandatangan bley jatuh cinta... ^__^

    BalasPadam
  10. hahaha..yg kawin dgn saiful tu aida
    dah jodoh fida dgn mamat, semoga kekal akhir hayat..

    BalasPadam
  11. secocok dan sepadan mereka berdua ni.. :)

    BalasPadam
  12. bagus lah mcm tu kan, hope ade jodoh la dorg

    BalasPadam
  13. wah,semoga bahagia ke akhir hayat.suke tgk fida cz dy comel sgt tapi xminat tgk sanggul dy yg tinggi sgt..dah mcm cina opera,hehe >.<

    BalasPadam
  14. mintak ini jodoh yang betul bagi mereka berdua , Amin !

    BalasPadam
  15. wah...betol2 menganga la baca berita ni.papepon moga bekekalan la..

    BalasPadam
  16. wah! fida n mamat sepah? x sangkee..

    BalasPadam
  17. comel..tapi bukan mamat ni bercinta dengan adik rudy kristal ke? hmm~

    BalasPadam
  18. wow...mamat ada tandatangan dalam tulisan Jawi...nak kena praktis buat nie...

    Entri Menarik Di Sini:
    1)Menarik!! Gambar Rusuhan Di UK Apabila Diphotoshopkan..
    2)Octove.com Bagi Hadiah Iphone 4

    BalasPadam
  19. Agak terkezut. Alhamdulillah. Moga berkekalan mereka hendaknya.

    BalasPadam
  20. ben,

    tetibe nk komen kat sini. jarang jadi penkomen blog BA nih. tapi entry ni, sentapp mak..ingatkan Fida ni taste tinggi kan. rupanya, yg biasa2 aja. Erm, bukanke dia bercinta dgn Adda adik Rudy?
    Tapi korang kena tgk tweet si Adda ex-Mamat ni...mcm rasa kasihan pulak dgn Adda ni. Inilah nasib org perempuan kan...humm, org lelaki ni tabur ayat manis je pandai. Apapun, semoga perhubungan diorang ni berjaya lah. Kita kena doakan kebahagiaan org lain, betul dak??

    BalasPadam
  21. memang terkezut..ari tu rasanya si mamat ni gosip dengan orang lain..dah tukar ke????..:-)

    BalasPadam
  22. cinta xkenal rupa...=)pas ni jejaka malaya lain, berlatih la tulis jawi yer..

    BalasPadam
  23. moga mereka berkekalan..amin...

    kamu2 nk suami mane?
    jom bace entry fyza...

    http://ceriterahafizah.blogspot.com/2011/08/suami-pilihan-hati-kamu-macam-mane.html

    BalasPadam
  24. salam En.Ben...cinta itu datang tanpa di duga dan cinta itu pergi pun tanpa diduga....

    cinta itu buta tapi cinta rafidah pada mamat x buta sebab rafidah nampak mamat sign guna tulisan jawi...hehehe mama gurau je yer...

    ye lah perasan cinta itu lahir dr jiwa n perasaan seseorang, kita x boleh memandang rupa je...paras rupa x akan menjamin kehidupan di masa hadapan...kalau cantik n handsome je x baik perangai nak buat apa kn...oleh itu jgn pandang pada paras rupa seseorang pndanglah pada hati budinya barulah cinta itu mekar dan mewangikn...

    bukan mama ckp yg handsome n cantik tu x baik perangainya tapi ini sebagai pedoman kita utk mncari pasangan yg sempurna...:)

    BalasPadam
  25. tak sangaka sbb tu rupanya.bagus 2..pilih la lelaki yg ada agama,tu br tandatangan,lum tulis surat cinta dlm jawi lagi tu

    BalasPadam
  26. tu nama nya jodoh...haish...sapa la jodoh aku ya..buat tanda tangan korean la...

    BalasPadam
  27. haishh...sapa la jodoh aku ya..hmm..buat tanda tangan korean la..

    BalasPadam
  28. wah.... tandatangan main peranan gak ek... tq tq tq.. ini tips baru ni.. lol.....................

    apa apa pun.. kalau dah jodoh.. tandatangan bahasa rekaan korunk sendiri pun... terpaut woo.... tak gitu?

    hehehhe... cham alik but... cabut........

    BalasPadam
  29. terkejut dapat taw gosip ni..ape-ape pun kena belajar tulis jawi lepas ni..:)

    BalasPadam
  30. Hanya krn tanda tgn jawi pon manusia bleh terpaut, aptah lgi sifat2 manusia yg lain yg kita xtaw..

    Hehe..agk2nya ap yg akn sy terpikat dgn bkl suami saya yek hu3..

    BalasPadam