Maaf .. aku tak beli baju raya tahun ni ..
Ada kawan tanya aku ..
" Berapa pasang baju raya tahun ni , Ben ? "
" Tak beli.. Yang lama masih ada.. Baju menikah yang berharga beratus ringgit tu masih boleh dipakai malah cantik lagi .. "
Aku menjawab dengan selamba .. Asalkan cantik , kemas dan bergaya di pagi raya , sudah memadai bagi aku .. Menghidupkan pagi Aidilfitri dengan bermaafan sesama ahli keluarga itulah yang penting ..
Berpakaian cantik , biarlah berpada pada .. Mengapa perlu berhabisan semata mata untuk beraya ? Apakah tidak beraya jika tidak memiliki baju raya yang berpasang pasang ?
Apakah erti Aidilfitri bagi kita sebenarnya ? Mari kita baca kisah mereka sebagai pedoman buat kita semua ..
“Ketika orang lain sibuk mengadakan rumah terbuka sempena Aidilfitri, kami mengadakan kenduri tahlil untuk arwah,” kata Norbitah Arshad, 37, kakak Muhamad Nur Aiman, 16, yang terbunuh dalam kemalangan selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan motosikal lain di Jalan Kampung Kempadang, malam kelmarin." - HMETRO
Apakah kita tidak bersyukur ? Syukur hanya di mulut sajakah ? Kawan , setiap saat adalah nikmatNYA ... Hayatilah .. Mana tau inilah Aidilfitri kita yang terakhir ...
12 comments
"syukur, masih bernafas lagi" altimet
BalasPadam1ST NAK KOMEN!!!!!
BalasPadamsaya pun baju raya 1 je tu pun hitam...ngeeee
syukur masih ada baju yg boleh dipakai lagi.dan yg paling penting syukur kerana ahli keluarga cukup untuk menyambut hari raya ni.simpati kpd mereka yg kehilangan ahli keluarga..
BalasPadambersyukur dgn ape yg ada..itu da cukup....kadng2 pelik bile tgk org shuping raya beli smpi 10pasang bju....
BalasPadambaju raya yg nk pakai tu warna ape?.. hehehe
BalasPadamBagi yang dewasa mcm kita ni, mmg x payahla nak beria2 sgt... tapi kalau yang ada anak2 kecik...dah tentu kena jugak beli sepasang dua.... masa kte kecik2, mak kte pon ada beli baju raya... walaupun kami bukannya orang senang...
BalasPadamInfo speed trap di musim perayaan http://hotkebaya.blogspot.com/2011/08/senarai-speed-trap-sepanjang-musim.html
saya pun x beli baju raya tahun nie..
BalasPadamsyukur boleh beraya lagi dgn baju yang ada .
BalasPadampengisian aidilfitri tu yg penting, tak berbaju baru tak bermakna kita tak sambut raya
BalasPadamtetap bersyukur abg ben!
BalasPadamtapi beli baju raya pun untuk tengok anak2 gembira, manalah tau tahun ni terakhir beraya dengan mereka..
berbaju baru boleh tapi biarlah ala kadar dan ikut apa yang termampu!
baju raya......akak dah 5 tahun x wat baju rayer,baru tahun ni buat...tu 2 pasang jer..
BalasPadamsaya takde mood raya sbb nenek moyang sy dah xde. sejak tu dah xde feel nk raya. so baju raya ke apa ke mmg tak minta nk beli. mama yg bising suruh beli. selamat hari raya ben . maaf zahir batin :)
BalasPadam