Fenomena Aneh di LABUAN . Matahari terbenam jam 1 tengahari !

by - Ahad, Ogos 21, 2011

 

imageGambar ini gambar tahun lepas .Milik Harian Metro yang mana ada kes mereka saksikan matahari terbenam lebih awal dan menyebabkan ramai berebut g membeli juadah berbuka puasa pada jam 1 tengahari..

Dan kali ni berlaku di Labuan .. 

LABUAN : Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan (JAWI) sehingga kini menangkap 11 individu kerana kesalahan makan dan minum di tempat awam di bulan Ramadan dan sepasang kekasih kerana disyaki berkhalwat.

Ketua Penolong Pengarah JAWI Labuan, Ghazali Saad, berkata operasi dimulakan

sejak minggu pertama bulan puasa dengan tumpuan kepada kedai makan yang beroperasi pada siang hari.

"Tangkapan itu bukan bertujuan memalukan seseorang tetapi sebagai pengajaran kepada masyarakat Islam untuk menghormati bulan Ramadan," katanya hari ini.

Beliau berkata, mereka yang tidak berpuasa boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Bagi kesalahan kali kedua, pesalah boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM2,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.
Ghazali berkata, pesalah khalwat boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau
penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya. - BERNAMA 

( Bharian)

You May Also Like

20 comments

  1. memang fenomena aneh di bulan poso nih.. tentu byk jugak kereta jenazah merata2 kat jalan kan? huhu...

    BalasPadam
  2. apa la nak jadi dah tua2 pun tak pose...haish..

    BalasPadam
  3. hahahahha,,simbolik gila tajuk post

    BalasPadam
  4. tajuk lain.. is lain.. hehe.. tadi saya nampak orang hisap rokok.. islam. tak malu langsung.. teruk!

    BalasPadam
  5. ingat btol2 la matahri jatuh awal...tajuk bikin gempak ha3

    BalasPadam
  6. wakaka...tertipu plak..mati2 igat matahari terbenam betul2...skali orang yg terbenam...

    BalasPadam
  7. sy dah follow blog ni, blogger lain sila tinggalkan jejak anda dalam blog sy, sy pasti akan follow..

    BalasPadam
  8. ingatkan apa tadi .. heee..
    alahai tak mati pun tak makan sehari .bukan 24 jam nape susah bebeno nak pose..aihh pelik

    BalasPadam
  9. haha.. psyco giler tajuk.. naseb cp tak gi kol family kat labuan.. hahaha

    BalasPadam
  10. Pandai ajer cari peluang x nak pose..Budak umo 5-6 thn jiran sebelah pun bersungguh2 lawan berpose...

    BalasPadam
  11. adehhh...bikin gempak je abg ben ni...org dok labuan ni...tkezut gak tengok tajuk tu...tetanya gak...bila masa pulak matahari tbenam...panas gile tghari td....huahuahua....

    BalasPadam
  12. aiyakkkkk! tajuk bikin saspen aje papa benn ni... tapi ada betulnya gak kan tajuk tuuu~

    BalasPadam
  13. org mcm tu bwk aje dlm kete mayat n ikat tgh paang jadikan tontonan umum baru dewang sedar

    BalasPadam
  14. Adusss....tipah tertipu tu laaa

    BalasPadam
  15. Ok diorang nampak bulan turun sejam awal ke diorang npk bende lain turun.

    BalasPadam
  16. Macam2 kerenah manusia ni...
    Apapun, mesti dah kaya raya peniaga tu, almaklum le, perniagaan monopoli di bulan Ramadhan.

    BalasPadam
  17. mcm2 hal lah manusia ni. :)


    http://miszbam2nia.blogspot.com/2011/08/tafsir-dari-segi-raut-muka.html

    BalasPadam