Isu artis Melayu beragama Islam bela anjing .. boleh ke tidak ?

by - Ahad, Ogos 21, 2011

 

image image

Gambar : DezamanCottage ..

Gamaknya mesti dia cari dalil untuk membolehkan dia membela anjingkan ? Tapi dia terlupa sesuatukah ? Auratnya .. terang terang adalah wajib menutup aurat .. Yang penting , pandang ringan .. yang mengarut ?

Sekian ..

Pemeliharaan anjing sebagai hobi atau pet.

Penjelasannya boleh saja ditemui dalam kitab yang masyhur, alHalal wal Haram fil Islam oleh Prof Dr Yusof alQardhawi yang telah lama diterjemah dan beredar dalam pasaran.

Kata alQardhawi, hukum membela anjing sebagai pet (hobi) adalah haram, yakni diharamkan oleh RasuluLlah saw. Dalilnya: Dari Sufyan bin Abu Zuhair, bahawa Nabi saw bersabda,” Barangsiapa mmelihara anjing bukan utk menjaga ladang atau ternak, maka setiap hari pahalanya bekrurangan satu qirath.” [Bukhari-Muslim dan semua ahli hadith yg lain] Inilah juga pendapat majoriti madzhab, antaranya Syafi’iy, Hambali, Maliki dan Zahiri ( alMajmuu’, IX/234)

Antara alasan-alasan fuqaha’ seperti Ibn Hajar ialah:
1. Ia menakutkan jiran-jiran dan orang lalu lalang di luar rumah kita atau orang yg mengunjunginya
2. berkurangnya pahala kepada pemeliharanya
3. Keengganan Malaikat masuk rumah yang ada anjing
4. Ada anjing yang menjadi dari jelmaan anjing (anjing hitam pekat)
5. Tabi’at anjing yang suka menjilat dan kenajisan jilatan itu mungkin menyukarkan pemeliharanya. (al-Fath, X/395)

Ada pendapat yang mengatakan ia makruh sahaja kerana tiada larangan yang tegas dan lugas, demikian kata Ibn Abdil Barr (atTamhid, 14/221).

Kata al-Qardhawi, walaupun majoriti fuqaha’ mengatakan haram, hakikat sebenarnya Islam tidaklah melihat anjing dengan keras, kasar dan harus membunuhnya. Dalil: hadith Jabir ra, ” kalau bukan kerana anjing-anjing itu satu ummat di antara umat-umat yang lainnya, niscaya aku perintahkan membunuhnya. (HR atTermidzi dan Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani dalam Ghayatul Maram)

Rumusan:

1. Berdasarkan dalil-dalil yang banyak, maka pemeliharaan anjing sebagai hobi adalah dilarang oleh RasuluLlah saw dengan berita-berita yang tidak menggembirakan kepada pemeliharanya.

2. Walaupun anjing ditegah menjadi hobi, Islam tidaklah bersikap keras kepada anjing jika ada keperluan seperti unit anjing di jabatan kepolisian, menjaga ternakan dan tanaman.

sekian

al-ahkam

 

Dah dengar dan baca ? Nilaikan sendiri ...

You May Also Like

49 comments

  1. aku pernah tengok,
    melayu bela anjing.but not sure tu melayu islam ke ape.
    time tu malam,dekat area rumah,cakap melayu fasih bukan main.

    harap dia tahu bela anjing tu haram.

    BalasPadam
  2. Perlu segera didik jiwa anak2 dengan agama supaya tahu halal haram.Kalau tidak, tak taulah apa jadi generasi akan datang.

    BalasPadam
  3. Memang ada hadis cakap sentuh anjing takder masalah...hanya jilat pada anjing yang perlu disamak dengan 1 air tanah dan 7 bahagian air biasa.....penjelasan dari Dr Asri memang cukup jelas dalam aspek tersentuh atau pegang anjing....hanya jadi persoalan adalah dalam konteks bela anjing sebagai binatang peliharaan.....ikut penjelasan dari Prof Dr. Yusof Al-Qardhawi jelas mengatakan bela anjing sebagai haiwan peliharan memang haram....maybe ulama dalam Malaysia spt Dr. Asri boleh terangkan perkara nie supaya umat Islam di Malaysia lebih jelas dan tidak hanya berlandaskan kepada andaian semata-mata.....

    BalasPadam
  4. Memandangkan anjing antara binatang paling glamour selepas b***! maka ramai la artis yang nak bela anjing, mungkin untuk meningkatkan aura glamour mereka kononnya la..kesian mereka.Kan?

    BalasPadam
  5. info yg sgt berguna :) thanks

    BalasPadam
  6. ya ampun
    banyak2 binatang berbulu yg comei
    asal la nak bela anjing gok
    aiyaakkk
    abg ben,.tanx 4 info! =)

    BalasPadam
  7. minta share.. actually dorng niyh tak sedar agknyew banyak lagi kucing jalanan yg bersepah dan memerlukan rumah serta tuan.. sedangkan kucing adalah haiwan kesayangan nabi.. mengapa ambil anjing jugak??!

    BalasPadam
  8. inilah umat. mana yang dilarang itu yang dibuat.. bukan ja pelihara anjing, umat islam hari ini mostly cenderung ke arah yang haram spt berzina, minum arak dll tu...

    BalasPadam
  9. Ya Allah..
    mcm x de haiwan comel yang lain..
    anjing juga jage pilihannye..
    pelik tol..
    thx 4 da info ye BA..:)

    BalasPadam
  10. ouhh..nanu kee, ermm haihh bila hadis dan sunah tak dijadikan pegangan hidup mcm tu laa..

    BalasPadam
  11. sad to hear..sad to see..sad to know..

    pathetic :/

    BalasPadam
  12. xkira ar ko tu retis ke, org kenamaan ke, org biasa ke, da nama islam... mmg patot tahu ar yg mna haram... yg mna halal...

    BalasPadam
  13. sangat2 bersetuju...
    macam kes Sharifah Sofea yang kecoh bile gambar dia bermesra dengan anjing dulu...
    seperti yang tertera di atas artikel tu...
    anjing memang diperlukan malah dibolehkan cthnya dalam bidang kepolisan..ceh mentang2 saye ni keje dengan polis...huhuhu

    BalasPadam
  14. uiks...macam2 la skang

    BalasPadam
  15. pelikla segelintir manusia ni..kenapa perlu bela anjing walhal bnyak lagi binatang yang comel2..bela la hamster ke,kucing ke or kura2 macam yang aku bela dulu2..hehehe

    BalasPadam
  16. disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga..

    macam mana kaum lain nak hormat kan kita kalau kita buat macam ni..=(

    BalasPadam
  17. sampai menjadi perbuatan syak wasangka dan perasangka buruk..lebih baik jauhkan..bela kucingkan lebih comelkan?...nak kesian dan sayang anjing tak salah,memang di ajar untuk sayang pada binatang, kalau ikut mazhab lain boleh pegang anjing tu..tapi ni kat malaysia berpegang pada mazhab syafie hmmm.....

    BalasPadam
  18. Perkara seperti ini jika tidak di bendung dan di larang, akan menjadi ikutan. Hancurrrr.

    BalasPadam
  19. Selain kucing, anjing memang sangat comel....saya pun pernah bela anjing suatu masa dulu siap buatkan pondok lagi kat anjing sebab anjing tu bijak leh harap jaga kebun pisang.

    BalasPadam
  20. bela anjing tu boleh tap untuk jaga dusun ja la hahahha....tp diharam untuk memegangnya... renung2kan ayat ni no

    BalasPadam
  21. salam. isu ini memang elok untuk dibincangkan. tapi lebih elok skirenye tanpa gambar. mcm bukak aib orang ni plak :)kan?

    takot nanti kang ade pulak yang kluar ayat kutuk2 ke ape ke. tak pasal2 dapat 'saham' nanti. :) tp explanation tu bagus. harap2 ramai org dapat paham betol2 :)

    p/s: peace. hehe. selamat beribadat pada 10 malam terakhir ramadhan! salam:)

    BalasPadam
  22. bela anjing memang menyusahkan la..
    najis.. xkan la nak samak hari2 (bg yg suka bela tu)

    then menakutkan orang.. betul.. keje anjing ni menyalak je kalau orang lalu.. Ada yang siap nak mengejar orang dan gigit orang (anjing ganas)

    so apa hal? Anjing ni memang aku xsuka.. dia boleh cederakan manusia yang tak bersalah. Teringat kes anjing menggigit mati pelancong asing. My mom pun pernah kene gigit anjing sampai trauma dengan anjing

    jiran2 aku semua bela anjing (mereka bukan islam) anjing2 kerap menyalak dan mengganggu ketenteraman saya)

    BalasPadam
  23. bagi saya senang je. mereka suka tiru apa artis omputeh buat, nak cipta glamour lah konon. Kan best jadi macam paris hilton bwak anjing chi hua hua dia kemana pergi.. agaknya lah kan.

    BalasPadam
  24. makin pelik2 zaman sekarang nie..agak2 lah kalau nak jadik modern sekalipun, jgn sampai membelakangkan hukum2 agama..hurm..

    BalasPadam
  25. Nauzubillah.. jauhnya mereka menyesatkan diri dari Allah..

    BalasPadam
  26. " aku mendengar Rasulullah bersabda yang bermaksud : ' iblis berkata kepada Tuhannya : ' Demi keperkasaan-Mu dan keagungan-Mu, aku akan selalu menyesatkan anak keturunan Adam selama mana roh masih berada di dalam jasad mereka.'
    Allah menjawab : ' Demi keperkasaan-Ku dan Keagungan-Ku, Aku akan selalu mengampuni mereka selagi mereka meminta ampun kepada kepada-Ku.'"

    BalasPadam
  27. memang sedih bila lihat gambar ini di Fb kawan2

    BalasPadam
  28. macam-macam la artis sekarang ni...adoiii

    BalasPadam
  29. kalau xde keperluan, xperlu kot nak sampai peluk2 anjing...

    BalasPadam
  30. bnde da taw haram. tapyh laa na sibuk sibuk bela pula knnnn >.<

    http://yanadimple.blogspot.com/

    BalasPadam
  31. kadang2 sangat2 tak boleh terima bila ada orang Islam yang memuji "kiutnya anjing tuuu..."

    err...salah ke kalau rasa macam ni?

    BalasPadam
  32. hmm... taka fahamlah dgn artis ke org Melayu ke Muslim sekarang ni. Tak boleh tu tak boleh lah! Susah sangat ke?

    Sunah Sakura>> tak salah orang tu nak rasa anjing comel. Binantang. Kita pulak manusia yg memang Allah jadikan suka yg cantik2. Jadi, nak puji anjing tu comel tak salah. Kejadian Allah tu. ;)

    Tapi, janganlah buat sesuka hati macam dalam gambo tu.

    BalasPadam
  33. mcam mana nak solat tu ... kalau dah bawa masuk rumah kompom bulu anjing tu 'berterbangan' ... cth : lepas ambik wudhu' terpijak la bulu2 anjing tu ... batal agaknya ..solat pun x sah ...tpi tu pendapat je la ...mungkin ada yg lebih arif ...

    BalasPadam
  34. Assalamualaikum

    Memelihara anjing sebagai pembantu menjaga kebun tak apa.

    Sungguhpun ia perlu disamak jika disentuh seperti mana khinzir, tapi kedudukannya tidak sama seperti khinzir.

    Anjing dicipta Allah sebagai haiwan yang bijak dan patuh akan tuannya. Berkhidmat penuh setia pada manusia yang memeliharanya.

    Namun Allah uji kita dengan sifatnya yang hebat tu, kita tetap tak boleh pelihara di dalam rumah, dan pegang dengan sengaja kerana kulitnya yang banyak kuman, membahayakan kesihatan kita sendiri.

    Tapi Allah Yang Maha Mulia mengganti larangan itu dengan boleh pelihara sekiranya kita manfaatkan kepatuhan anjing tu untuk jaga kebun atau ladang kita. Tapi tetap tak boleh sentuh sesuka hati.

    Ada sebuah keluarga ilmuan agama di kejiranan saya, amanahkan seekor anjing menjaga kebunnya yang cukup luas, dan menjaga lembu ternakannya yang banyak. Pagi2 dengar anjing tu bertempik suruh lembu jalan pergi makan rumut, kemudian bertempik suruh balik, seperti mana yang diamanahkan.

    yang seekor lagi di kebun, kalau kita pergi lawat kebun, akan nampak anjing itu sedang berjalan atau kadang2 duduk bersiaga saja. bila di bawa makanan untuk dia, dia mampir untuk makan. tapi tak datang bergesel sebab dari awal sudah diterangkan kepada dia bahawa kita tak boleh sentuh dia, tapi tetap kasih akan dia kerana ketaatan dan amanahnya. anjing ni bijak, bila cakap elok2, dia faham, dia patuh.

    justeru, sungguhpun ia bukan lah sedarjat kucing yang boleh dibelai selalu, tapi tak elok lah untuk kita membencinya dan melayannya seperti khinzir. kerana sifatnya banyak yang mulia berbanding sifat khinzir yang sungguh banyak celanya. berilah ia makan seperti mana kita beri kucing jalanan makanan. cuma tak boleh sentuh saja.

    ada hadis menyebut mengenai seorang pelacur yang boleh ke syurga kerana memberi minum seekor anjing yang haus. betapa besarnya nikmat Allah jika kita berhati mulia.

    semoga bermanfaat. wallahualam

    BalasPadam
  35. Anjing juga di bolehkan untuk menjaga keselamatan daripada binatang buas. Tapi tu untuk org yg tinggal dalam hutan je. Penah pegi ke perkampungan org asli, dan tgk diorang pelihara anjing, padahal diorang Islam. Rupanya, anjing tu untuk menghalau binatang2 buas. Xkan la diorang nak pelihara rimau plak untuk jaga keselamatan diorang. Hehehhe.

    Tapi Nanu ni duk dlm hutan ke?? =.=

    BalasPadam
  36. hmmm....dah pupus ke binatang lain untuk dibela? Kalau kita was2 tentang sesuatu perkara tu, kan lebih elok ditinggalkan...kerana yang 'was-was' tu selalunya menghampiri haram...Waallahualam!

    BalasPadam
  37. Ni la jadinye kalau tak betul - betul faham hukum hakam agama Islam...hancusss jadinye...yang haram jadi halal...

    BalasPadam
  38. nampak sangat cetek nya ilmu agama setengah2 artis kita kan..

    BalasPadam
  39. yg dia igt dia artis jer.. fofular macam paris hilton kot.

    BalasPadam
  40. tidak setuju dengan tindakan artis @ org muslim wat macam tu.. sy setuju dengan komen sutera.

    BalasPadam
  41. kenapa anjing? kan ade jek kucen, rebit, hamster, burong, ikan..........................................KENAPA ANJING????

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kerana anjing bole menjaga keselamatan tuan dan hartanya.bolehkah kucen, rebit, hamster, burong, ikan menjaga keselamatan dan harta tuan mereka? rumah sy telah dirompak 3 kali sebelum ni. Selepas membela seekor anjing baka german sheperd smpai sekarang rumah sy selamat. anjing sy letak bahagian dpn rumah tempat parking kereta. Tak pernah bw msuk dlm rumah pun. Anjing belaan sy ni bkn utk dimanja,ianya utk mnjaga harta benda sy.

      Padam
  42. arwah atuk aku saya bela anjing utk protect rumah..ok jek..as long tahu hukum agama takde masalah..bukan masuk rumah or dok belek2.jaga rumah n kebun je.kalau dah terkena air liur dan badan dia basah..samak je lar..mmg haram,tapi demi keselamatan rasa tak salah..kalau oink oink tu langsung takleh wat keje..

    BalasPadam
  43. gud info.. i share dalil tue yea.. thank you..

    BalasPadam
  44. sesuka sesuki hati die je nk bela binatang tu..dunia2..emm

    BalasPadam
  45. Seorang Ulama dalam perjalanan ke Masjid. Alim ini melalui sebatang jalan berair. Tiba-tiba seekor Anjing muncul disebelahnya.

    Spontan Alim ini mengangkat jubahnya kerana jijik dan risau akan tersentuh Si Anjing.

    Dengan kuasa Allah Anjing berkata2, " Wahai manusia, Najis dibadan ku boleh disucikan seandainya menyentuh jubahmu. Akan tetapi mampukah engkau menyucikan hati mu yang sombong kerana memandang hina Anjing sepertiku".

    Kerana terkejut dan sedar akan kesilapannya si Alim menangis teresak2 lalu segera bertaubat.

    BalasPadam
  46. saya seorang mekanik selalu repair kereta muslim atau tidak.persoalan disini kadang2 saya tersentuh bulu anjing yang terlekat pada badan kenderaan apa hukumnya.sekian terima kaseh

    BalasPadam
  47. Haram ke saya jaga anjing ditempat kerja saya security..

    BalasPadam