Kadang-kadang

by - Isnin, Ogos 29, 2011

 

Kadang kadang ..
aku terasa kesunyian
keseorangan diri
tanpa tujuan hidup

Kadang kadang ..
aku tak pasti
apa yang aku cari
di atas dunia ini

Kadang kadang ..
aku terkejar kejar duniawi
walaupun aku tak lupa Ilahi
namun sering tidak pasti
apa yang aku cari ..

Kadang kadang ..
aku tertanya sendiri
dimanakah akhirnya hidup ini
mati itu pasti
namun bagaimana
siapa di sisi ku nanti

Kadang kadang ..
aku berharap
biarlah kadang kadang itu
hilang dibawa angin lalu
agar aku kembali pasti
hidup ini penuh erti ...

BEN ASHAARI ..

You May Also Like

6 comments

  1. igtkan dialog dalam citer P Ramlee tdi..

    BalasPadam
  2. bersajak pulak abg ben pg2 buta ni.. haha.

    smoge tabah dan yakin mengharungi hidup =)

    BalasPadam
  3. Kadang-kadang,
    aku tak kenal siapa diriku sendiri...

    BalasPadam
  4. kadang2 saya rasa nak commit suicide sebab saya rasa taktau kenapa perlu hidup. amalan tak cukup nak mati? jahil nya saya.

    BalasPadam
  5. Ngadulah pd Allah, sebaik2 trmpat b'gantung... :)

    BalasPadam