Respek dengan kebijaksanaan beliau !

by - Ogos 27, 2011

 

Kali pertama aku bertentang mata dengan dia , sewaktu menemani bos aku bermesyuarat dengan PM serta menteri dan juga pegawai kanan kerajaan yang lain di pejabat PM , di Putrajaya ..

image

Sewaktu itu , aku sempat update lagi entri dalam Pejabat PM tu selepas bertentang mata dengan mereka yang bertanggungjawab dalam merancang dan menaikkan ekonomi negara ( baca SINI )

Kenapa aku keluarkan cerita pasal gabenor Bank Negara ini ? Akhbar hari ni mengeluarkan satu berita mengenai beliau ..

"Gabenor Bank Negara terima gred A"

GABENOR Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz (atas) sekali lagi disenaraikan sebagai Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia 2011 dalam kaji selidik dijalankan majalah kewangan Global Finance.

Zeti menerima penarafan gred A oleh majalah kewangan itu bersama-sama Amando Tetangco dari Filipina, Fai-Nan Perng (Taiwan), Glenn Stevens (Australia), Riad Salameh (Lebanon) dan Stanley Fischer (Israel).

Beliau juga menerima penarafan itu pada tahun lalu dan 2009. Kecuali pada 2008, Zeti menerima gred A secara berturut-turut sebelum ini sejak 2003.

Sementara itu, Pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) Ben S. Bernanke menerima gred ‘C’ dalam penilaian tahunan dijalankan Global Finance sejak 1994 itu. - BHARIAN

Siapakah  beliau ? Mari kita baca serba sedikit mengenai TAN SRI DR ZETI AKHTAR AZIZ ini yang aku petik dari wikipedia.

Y.M. Tan Sri Dato' Ungku Dr. Zeti Akhtar binti Ungku Abdul Aziz (Lahir 27 Ogos 1947) yang merupakan anak kepada Profesor Diraja Ungku Aziz dan Sharifah Azah Aziz, adalah wanita yang pertama dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia. Beliau juga dilihat sebagai salah seorang wanita yang begitu berkuasa di Malaysia.

imageYM. Professor Diraja Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid

(Merupakan seorang tokoh yang paling disegani terutamanya dalam bidang pendidikan dan seorang ahli ekonomi yang banyak menyumbang idea kepada agama, bangsa dan negara. Ia juga memenangi Hadiah Budaya Asia Fukuoka IV 1993. )

 

Pada 13 September 2010, Zeti terpilih sebagai antara Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia oleh majalah Global Finance.

Beliau dilahirkan di Johor Bahru, Johor dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Assunta, Petaling Jaya pada 1958. Pada tahun 1970, beliau menerima Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dalam bidang Ekonomi Analitikal dan kemudiannya melanjutkan pengajian beliau ke peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bidang kewangan dan ekonomi antarabangsa pada 1978.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Penyelidik ekonomi di Pusat Penyelidikan dan Pembelajaran Bank Pusat Asia Tenggara (South-East Asia Central Bank Training & Research Centre) pada tahun 1979 hingga 1984. Kemudian beliau dilantik sebagai Penolong Pengurus Jabatan Ekonomi di Bank Negara Malaysia.

Pada tahun 1994, beliau telah dilantik sebagai Ketua Jabatan Ekonomi Bank Negara Malaysia. Pada 1 September 1998, beliau dilantik sebagai Pemangku Gabenor Bank Negara Malaysia selepas Datuk Ahmad Mohd Don mengundurkan diri. Kemudian pada 1 Mei 2000, beliau dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia ketujuh dan wanita pertama dilantik dalam jawatan tersebut.

Beliau juga pernah dilantik sebagai Pengarah Pengurusan Danaharta Nasional Bhd dari tahun 1998 - 2000. Beliau juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Bhd sejak tahun 2004.

Pada 20 April 2011, beliau telah dilantik semula sebagai Gebenor Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 1 Mei 2011.

Beliau berkahwin dengan Dr Taufik Ayman dan dikurniakan 2 orang anak.

Pada 13 September 2010, Dr Zeti terpilih sebagai antara Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia oleh majalah Global Finance. Ia berdasarkan faktor kawalan inflasi, sasaran pertumbuhan ekonomi, kestabilan mata wang dan pengurusan kadar faedah. Turut menerima anugerah ialah Ketua Bank Pusat Australia Glenn Stevens, Stanley Fischer (Israel), Lee Seong-tae (Korea Selatan), Fai-Nan Perng (Taiwan), Durmus Yilmaz (Turki) dan Trichet (Kesatuan Eropah).

Sumber - wikipedia ..

BEN - Inilah baru dikatakan antara contoh wanita yang berjaya ... Tabik !

Selamat Hari Wanita ... 

You May Also Like

9 comments

  1. wah...ni org yang bijak2 nie :)

    BalasPadam
  2. sy berjaya membaca entry ni smpai habes!
    tahniah xila!

    BalasPadam
  3. oooo... best nya cop duit

    BalasPadam
  4. agak ragu2, sbb sangka dr. zeti belum berkahwin ... bila saya baca artikel abg ben nie, baru saya tahu semuanya ... tima kaseh ^_^

    BalasPadam
  5. yep..beliau salah seorang hamba Allah yang hebat..wanita hebat

    BalasPadam
  6. Zeti, great woman with a great mum & dad ;)

    BalasPadam