Kenapa entri segmen letak header saja ?

by - Rabu, Ogos 24, 2011

 

Aku pernah buat beratus segmen sebelum ini .. Dah yang terakhir ialah bloglist Aidilfitri sebelum ramai fikir aku 'makan trafik  blogger ' baru ..

Walaupun aku malas nak jelaskan tapi tak pe la.. aku jelaskan gak la.. Korang ada nampak entri SEGMEN SOMALIA tu ? Berapa ramai yang join untuk menghebahkan niat baik IRM tu ? Tak ramai join pon.. apatah lagi blogger blogger lama.. takde .. Jadi camana aku nak sebarkan ? Bagaimana aku nak bantu mereka ? Cara yang dapat aku fikir dari dulu sampai sekarang ialah , SEGMEN yang amat mudah tanpa buat sebarang ayat atau cerita... Letak je header .. Dan berapa ramai yang join berbanding SEGMEN SOMALIA tu ?

Dan , berapa ramai blogger lama join ? Bila diorng join segmen ringkas , secara tak langsung mereka akan nampak segmen Somalian tu .. 

Sayangyan segmen somalia kurang dapat sambutan ..G la tengok sendiri.. Kalau aku senaraikan , apakah mereka akan join dengan ikhlas ? Pasti mereka join sbb nak trafik .. Kenapa aku suruh letak header ? Sbbnya itu segmen dari BENASHAARI.COM .. sama seperti korang letak gambar ada watermark .. 

Bila aku buat segmen mudah , ramai yang nampak segmen kebajikan tu.. Dan ada penambahan malah ramai yang promote di FB mereka dengan cara klik LIKE ..

Ini strategi .. takkan nak perjelaskan semua ni ? Haish... Kalau mereka dok kata segmen aku takde info , meh aku senaraikan segmen aku dulu dulu ..

GEGAR BLOG : Dibuat mengikut kumpulan dan terjahan melalui contest.. Setiap kumpulan satu soalan .. Semua dapat pendedahan blog blog yang join .. Malah ada hadiah lagi .. Selain promosi blog mereka selama 24 jam ..

KAULAH PELITA HATIKU - khas untuk Hari Ibu ..

KALAULAH AKU ITU DIA - Segmen memberi ruang pada rakan rakan mengkritik blog antara satu sama lain dengan lebih berhemah.Tujuan mendidik blogger agar lebih berhemah dalam mengkritik setiap entri ..

AKU BENCI PEROKOK - Tengok tajuk pon tau dah ..

TERIMA KASIH IBU - Tau kan ?

BLOGGER LELAKI VS PEREMPUAN  - Santai ..

Dan banyak lagi ... Segmen Puasa .. Aidilfitri... Cuma apa yang berlaku sekarang ialah , mereka nampak segmen akhir akhir ini .. yang mana yang mana lebih pada untuk pancing segmen SOMALIA..

Kita nak blogger baru ni buat entri berkualiti.. maka entri mereka yang bakal  terhasil berapa kali seminggu ? Entri isu apa ? Bukankah dengan cara join segmen , kenalkan mereka dengan blogger blogger lain , akan memberi mereka lebih semangat untuk berblog kerena mereka punya ramai rakan blogger yang sama level ?

Tahukah korang 2 tahun dulu sewaktu aku berblog , newbie terlalu pandang tinggi pada OTAI ? Sampaikan mereka nak buat entri pon takut dikritik ? Ada sapa sapa backup mereka waktu tu ?

P/s  : Wahai abang tegap  .. g bertadarus .. Bawak insafkan diri.. Komen anda sangatlah berbaur irihati .. 'abg taff ' ? Apakah itu ? Tu cara nak didik newbie tinggalkan komen ?

You May Also Like

25 comments

  1. kihkih , pedaaaaaasssss . sabar abg ben 10 :)

    BalasPadam
  2. terasa mcm ni entry agak pnjg zaty bca skrg ni ..:)

    lbh suka yg ringks n padat ... mcm iklan milo..:P

    BalasPadam
  3. jadi diri sendiri adalah lebih baik...keep it up abg ben..

    BalasPadam
  4. semuanya pasal niat di hati ..

    saya suka dgn segmen abg ben .. walau pun saya berblogging baru 2 bulan ..
    =D

    BalasPadam
  5. teringat lagi zaman dulu2...tahun lepas kot..seronoknya berblog..muhibbah sangat..tapi skang ni tah la...makin kacau bilau..

    eka sendiri naik melalui segmen..bukan hari2 pon kita join segmen ni..haishhh

    BalasPadam
  6. anyway, masing2 punya cara nak tarik perhatian, sebab tuh orang suruh belajar dan terus belajar ... biar kita belajar dari bawah sebab semua perkara tak semudah petik jari ... semua orang boleh cakap ini tak betul, itu salah tapi setakat mana ilmu kita perolehi untuk mengatakan orang itu salah, cuba fikirkan secara baik, buruknya ... cari fakta & buat research apa boleh diperbetulkan sebelum mengkritik orang.

    BalasPadam
  7. salam bro ben
    walaupun sejak 2008 saya berblog
    tapi saya tiada ilmu berblog
    sebab blog saya masa tu
    cuma diari seorang graduated housewife.
    tapi bila join segmen bro ben
    banyak manfaat saya dapat
    teruskan bro ben.
    salam aidilfitri utk bro.maaf zahir batin,andai sepanjang tinggalkan komen di blog bro,ada terkasar bahasa dan sebagainya.wassalam

    BalasPadam
  8. blogger skrg gila trafik jea..rilex abg ben..nama pun manusia..keep it up!saya mmg suka join segmen abg ben.:)

    BalasPadam
  9. Dear Ben Ashaari,

    Awak tahu tak tahun lalu saya mula berblog blog awak adalah blog pertama yg saya follow?

    Awak tahu tak saya tahu susun post/widget segala kat blog adalah dari tips2 dari blog awak?

    Awak tahu tak followers saya kebanyakkannya dtg dr segmen2 anjuran blog awak?

    Awak tak tahu kan?kan?kan? hari ini saya nak awak tahu dan semua sahabat2 blogger yang lain tahu yang awak terlalu byk membantu newbie.

    Kenapa lah isu tarik traffik ni makin menjadi-jadi?
    Pandai2lah tarik traffik dgn cara sendiri.

    *Bising lah bisingggg!*

    kita santai2 maaa blogging...

    *reverse physology nih!*

    Sekian harap maklom,
    Abby Salvatore

    BalasPadam
  10. erm.. sungguh pedas leteran tu..
    semua masih dalam proses utk belajar.. biarlah apa org nk kat..kita dgan cara kita..
    saya pun ada buat sticky post pasal somalia tu..

    tapi.. tak ramaipun, yg komen.. maklum la.. blog saya pun, bukannya blog popular..

    . tak pe.sekurang2nya saya dah berusaha.. dan saya buat ini dgan ikhlas.. bukan sebab abg ben tau.. haha.. happy blogging ben..

    BalasPadam
  11. apa leh buat mate....bab nak hebahkan hal kebajikan nie memang agak kureng sikit....agak payah nak dapat perhatian dari blogger dalam hal macam nie baik yang baru atau lama.....aku pun tak paham.....apa-apa pun tindakan hang tu dah betul....pedulikan orang lain....at least awal-awal page orang akan nampak hal nie.....terpulang pada diaorang nak join ke tak.....

    BalasPadam
  12. jangan amik hati sgt dgn apa org ckp abg ben. biarlah dorang tu. mulut dan hati orang tak semuanya boleh kita jaga. lagipun segmen abg semua ada bagi manfaat kat org ramai, bkan setakat utk dptkan traffic semata2. kdang2 entry/segmen abg mmg ringkas je, tp banyak mesej yg kita bleh dpt kalau kita fikirkan secara positif. mcm yg segmen somalia tu, kn abg ada sebut yg xkn listkan link. tapi ada jugak yg join kan? sbb apa ada yg join? mesti sbb dorg ikhlas nak menolong. semuanya tu bergantung pada niat.

    tapi biasalah, dlm dunia nia ada org yg pentingkan diri. so siapa yg msuk segmen stakat nak traffic tu mmg pentingkan diri lah. maknanya xikhlas.

    sabar ye dengan apa yg orang nak cakap. jgn biarkan org lain jtuhkan semangat kita.

    panjang sgt ke komen sy ni? malu lak..

    BalasPadam
  13. ramai penyokong nih...join 2 kakilah cenggini.

    *kaki yg menyokong en ben...

    BalasPadam
  14. aku baru je buat blog dalam 1 jam yang lepas. selalu jugak baca blog bro ben ni.tapi tak komen pun. bila baca2 post bro ben yang banyak tentang tolong newbie. so lepas ni aku bole la singgah blog ni selalu. :)

    BalasPadam
  15. owh...aku langsung x tahu apa2 tentang blog...
    biasalah aku budak baru....banyak kena belajar...
    tunjuk ajar ku sifu.....

    BalasPadam
  16. Aku mmg x puas hati yang duk kutuk segmen Bro Ben. Kalau dapat, siap lah. Aku tumbuk2 muka tu

    BalasPadam
  17. salam.

    mungkin ini semua cuma satu propaganda.

    mungkin ada yang tak dapat feedback daripada join segmen dari bro ben.

    saya sendiri pon kadang-kadang memang tak dapat sangat. sebab bila kita join segmen, ia atas usaha kita juga untuk melibatkan diri, bukan mengharap trafik kosong semata-mata.

    saya dah belajar dari buat segmen, dan mostly cuma tunggu suap, bukan nak mencari suapan.

    lagi satu, mungkin ada yang tak berapa suka dengan cara kita. well said, everybody have their own way.

    mungkin ada orang yang backlink bro ben tapi bro ben tak tengok dia, orang tu mungkin terasa. normal la tu, saya sendiri pernah buat. bro ben tak melawat, saya senyap jela. HAHA

    apa-apa pon, mungkin bro ben kena lebih selalu menerjah blogger-blogger ni, ini cuma pendapat saya jela.

    saya dulu selalu komen, tapi sekarang lagi prefer silent reader. sebab saya rasa rendah diri.

    what goes around comes around.

    happy blogging

    BalasPadam
  18. selamat pagi.
    kuatnya ammar yasir ni.
    gambar dah cantik.nampak berpelajaran.
    tapi sayang~ =)

    salam bro ben.
    thanx for the explanation.
    really appreciate that. =)

    gua tanak panjangkan sangat hal ni.
    terserah pada abang.
    gua cuma nak luah apa gua rasa.
    maaf.

    cuma kalau sudi jawab.
    boleh gua tahu.
    apa yang dimaksudkan dengan newbie?
    pada abang berapa lama masa yang dirasakan seseorang itu masih lagi seorang newbie.
    sebulan?
    setahun?
    setahun hanya sekali.merayakan hari yang mulia ini?

    i need a clear answer.
    just by your opinion.
    terima kasih =)

    BalasPadam
  19. biasa la tu..orang dengki ni sentiasa nak menjatuhkan orang lain, walaupon orang tu saudara sendiri :)

    BalasPadam
  20. @hafizudin

    salam , selamat pagi .. terima kasih . Utk pengetahuan , aku tak suka guna perkataan otai , newbie , popular , femes dan banyak lagi.. kenapa ? Bagi aku , semua blogger sama jer .. yang membezakannya ialah pengalaman ..

    Bagi mereka yang baru buat blog dan baru berblogging , aku lebih gemar gunakan blogger baru .. Bila dah ramai komen guna newbie , aku pon terikut sekali .. sebab mereka lebih suka gunakan tu maka aku gunakan perkataan itu untuk penjelasan kepada mereka ..

    Yang penting adalah pengalaman .. Sekian .. Selamat berpuasa .

    BalasPadam
  21. baik.
    terima kasih sudi menjawab =).
    gua pun baru buat blog sebenarnya bang.
    baru dua bulan lebih.
    pengalaman gua = ciput.seciput ciputnya.

    pada gua biarlah orang nak kata gua perasan bagus ke apa.

    "boxerkedut ni baru merangkak dah nak tegur-tegur orang.ehh siallah.
    nak tumbuk rasa!
    Ehh.ehh.pui!"

    biarlah.
    sebab pada gua.
    dengan perbualan terus kepada orang yang dah berpengalaman dalam blog macam BA.

    i think its much2 better.
    experience worth most everything.

    so gua harap kata-kata gua diambil sebagai bualan dua orang lelaki.
    seorang yang dah berpangkat abang.
    dan seorang yang masih bayi.

    again.
    terima kasih ben ashaari!

    nice.selamat berbelog. =)

    BalasPadam
  22. betul tu abg ben...yg join segmen somalia tu 84 orang jer...

    BalasPadam
  23. PHD ada di mana2.. :)

    saya ada tag bro Ben di :
    http://aj-xplored.blogspot.com/2011/08/seo-kontes-aku-anak-malaysia-merdeka.html

    BalasPadam