Benci gila ! Serius !!
Satu kesilapan aku dari dulu hingga sekarang , aku terlalu percayakan orang dan lebihkan orang lain dari diri sendiri .. Sememangnya , aku tak pernah belajar dari kesilapan dulu..
Masih aku ingat lagi .. bila ada kawan benci kat seseorang tu , dia cerita kat aku .. tak pasal pasal aku pon turut benci padahal aku tak tau apa apa cerita pon .. Hanya kerana percayakan kawan !
Satu hari tu , dia baik ngan budak yang dia benci tu .. tapi aku ? Sememangnya terus bermusuhan hinggalah ke dalam padang bola.. Mesti gaduh punya kalau bertemu .. Waktu tu , mana kawan yang menabur kebencian tu ? Hanya memandang saja ..
Kecewa .. Kebencian tu akhirnya aku tamatkan dengan bersalaman serta bermaafan .. Tiada lagi benci .. Ya Allah.. Betapa damainya hati ini .. Bayangkan bila ada benci di dalam hati , ibarat mendukung satu batu besar kat belakang badan.. Badan ibarat mati .. Hanya penuh dengan negatif saja.. Jauh sekali nak dapatkan keamanan di hati ..
Aku sedar semua tu .. Muda lagi waktu tu.. Tapi berlagak matang .. Matang la sangat !! Konon bijak sangat la aku masa tu .. Padahal ? Satu haram pun aku tak tau apa apa ..
Tapi pengalaman mematangkan kita .. Membesar dengan mengisafi akan segala kesilapan lampau menjadikan kita lebih dewasa dan berani mengharungi liku liku kehidupan ini ..
BENCI tak membawa kita ke mana mana .. Sebaliknya mengekalkan kita di satu tahap yang tidak memberi sebarang keuntungan malah kerugian .. Mahu bergerak tapi syaitan membisikkan ' kata kata cintanya ' agar terus menurut hawa nafsu ..
Teringat kata seorang kawan .. " Kau sapa nak benci orang ? Benci ni hanya milik Allah .. Kita ni hamba yang hina jer .. Tak layak langsung nak bencikan orang lain.. "
Sekarang .. apa saja yang aku tak suka , aku berdepan dengan kenyataan.. Beri sebab musabab .. bukan berkata di belakang.. Aku tak suka sikap benci yang mana dulu bermaharajalela di dalam hati aku..
Benar tak semestinya berani ..Benar hanya kerana Allah .. Takut tak semestinya salah .. Takut hanyalah kerana Allah ..
18 comments
Ai rasa semua org terkena kes gini
BalasPadamYg kiter d pihak betul Akan nmpk salah
So now ai pow mampu dgr jer nk msk cmpr prob org mmg dah serik...(>人<;)
orang kata benci bermakna sayang..hehe
BalasPadamtapi sekarang ni ramai orang suka berdendam.. ni yang susah ni..
sokong abang ben . benci x kemana :)
BalasPadamya betul..saya sgt setuju dgn pendapat en ben.
BalasPadamkebencian itu ibarat sebatang pokok yang boleh tumbuh segar dan mekar jika kita siraminya dengan baja kemarahan dan dendam...
kebencian itu juga boleh dicabut dan ditebang jika di gunakan kapak kemaafan...rite?
Tidak tenang hidup seseorang jika ada kebencian di dalam diri.
BalasPadamexperience is the best teacher :)
BalasPadamerm.. betul tu bro ben.. saya pun skarang dah tak ade nk benci sapa2.. kalau dulu di sekolah..mesti gaduh r.. silap sikit je.. pukul..
BalasPadambawak2 bersabo bang,. di bulan mulia ni tiap kejadian ade hikmah nyer tu,.
BalasPadamjom terjah blog saye ade pelbagai informasi terkini ada disini,
antara tajuk info terkini,
amaran angin kencang dan ribut gelora di pantai timur malaysia,
BN kedah adakan simulasi pilihanraya oktober ini,
ketua wanita pkr gelugor peluk islam,
dan pelbagai informasi terkini lg sengsasi ade di blog saye,. jom ramai2 kita terjah,.
benci mmg xmmbawa kte kemana, sekalai kte bnci org ntah2 ramai lgi org yg bncikan kte :)
BalasPadamsabo jek la.. ^_^
BalasPadamhehe...
BalasPadamsy fhm entry ni
just nk share...
kawan ade 2 jer...
1)merosakkan kita
2)mberi kebaikan kpd kita
yg penting..pilihan kiter..
kiter buat dier bukan dier buat kiter.. :P
Benci benci lama lama sayang! :)
BalasPadambenci itu salah satu dari penyakit hati..
BalasPadambenci tu kan sifat negatif yg harus dijauhi.bagusla kalau xde sifat benci dalam hati.mesti tenang je hati tu kan.
BalasPadamp/s : suka ayat dlm last paragraph tu :)
1 kelemahan yang seharusnya dibuang..
BalasPadamBawak banyak la beristirgfar.. semoga perasaan tu kembali tenang
benci sebab orang cerita sedangkan kita cuma dengar cerita sebelah pihak. aduh. tak patut.(macam dah terbuat jugak je)
BalasPadamBenci, yup it's really a strong word. Betul kata2 yang di atas yang, kita sapa nak benci orang :D.
BalasPadamMak selalu kata, kalau tak suka apa2 yang orang buat kat kita, tak sukalah perbuatan itu, bukan orang itu :D
macam mana kalau benci pastu minta maaf pastu org tu buat hal balik dgn kita? saya tak dapat maafkan org tu smpai skang. sbb dah banyak kali sgt.
BalasPadam