SKMM perlu disiplinkan blogger tempatan yang sebar fitnah

by - Selasa, Ogos 23, 2011

 

Huih... dasat .. Kalau begini , setiap kali ada 'khabar berita ' dari burung kelicap , kita kena tunggu kesahihan dari akhbar harian atau pihak pihak berwajib dulu .. baru leh sebarkan ..

Ini bermakna , segalanya kena ikut 'big boss' dulu la yer ? Huhu.. baik buat segmen ... lalalalala ... Nak tanya , kalau 'diorang' sebar fitnah lak camana ? Sapa nak disiplinkan lak ?

 

JOHOR BAHRU 23 Ogos - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diminta “mendisiplinkan” blogger-blogger tempatan yang menyebarkan pelbagai bentuk fitnah terhadap kerajaan dan pemimpin-pemimpinnya.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan yang juga Ketua Penerangan UMNO berkata, SKMM perlu bertindak segera terhadap blogger terbabit kerana fitnah dan tohmahan kini berleluasa di alam maya.

"Kita berharap pihak yang bertanggungjawab seperti SKMM dapat mendisiplinkan blogger-blogger yang menyebarkan fitnah dan tohmahan. SKMM perlu bertindak,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri kempen kibar Jalur Gemilang bersama Pertubuhan Pemandu Kereta Sewa dan Teksi/Limosin Malaysia (Petekma) di Dataran Bandaraya di sini, hari ini.

Beliau berkata, jika pihak bertanggungjawab itu membiarkan fitnah dan tohmahan berleluasa di alam maya tanpa sebarang tindakan, ia akan memberikan gambaran kepada rakyat bahawa apa yang didakwa itu adalah benar. - Bernama ( UTUSAN )

You May Also Like

10 comments

  1. *banyak woo...
    *lagi dilarang, lagi dibuatnyo...
    *erk....betul ker burung kelicap? huhu..bukan burung terkukur ker? :p

    BalasPadam
  2. a'ahkan..
    kalau "diorang" yg sebar fitnak mcm na lak kan..

    fuh..dasaaat..kena disiplinkan lagi tu.. barulah..

    harap kalau "diorang" yg sibar fitnahm diorang pun kena diiplinkan.. baru adil..

    BalasPadam
  3. waaaa
    isu blogger
    isu hangit nih
    hehhehee

    BalasPadam
  4. huhuhu .. bodoh punya SKMM ... dia pulak buat byk rasuah ...

    BalasPadam
  5. setiap sesuatu ada peraturannya dan rasa tanggungjawabnya. tapi kita selalu lupa & emosional.

    BalasPadam
  6. baik join segmen abg ben..kekekekeke..tp da lame kot xjoin..haha jgn mare.. :p

    BalasPadam
  7. salam...

    betuilah cam kata nabi SAW...

    di akhir zaman fitnah akan datang kepada umatku bergelombang-gelombang...

    lepas satu...satu...

    klu camtu baik buat blog tutorial cam aku ni haaaaa...

    hohohoho

    BalasPadam
  8. _________________________________________________________ _________________________________________________________ ✄░▐█▀▀░█░█░▐█▀█░▐█░▐▀──▀█▀░▐█░▐█ █▀▀ ✄░▐█▀▀░█░█░▐█──░▐██▌────█─░▐████ █▀▀ ✄░▐█──░▀▄▀░▐█▄█░▐█░▐▄───▀─░▐█░▐█ ▀▀▀ _________________________________________________________ ✄ ✄──░▄█▀▀█░▐█░▐▀░▐██▄░▄██▌░▐██▄░▄██▌ ✄──░▀▀█▄▄░▐██▌──░█─░█─░█──░█─░█─░█─ ✄──░█▄▄█▀░▐█░▐▄░▐█────░█▌░▐█────░█▌ ________________________________________________________ ____________________________________________________________ KERANA MEMBLOCKING FILE SHARING ____________________________________________________________

    BalasPadam
  9. Tapi media-media kerajaan boleh pulak membuat fitnah dan tohmahan?


    Terbaru dari Logokoko:

    [U] Gadis comel

    [U] Kentut durian

    [18SX] Haaa??? Video seks Paris Hilton tersebar lagi???

    BalasPadam
  10. toksah la duk cerita2 hal yang berkaitan kerajaan ke pape,berhati2 semasa menaip cukup lah ...

    BalasPadam