Jika kau benar seorang sahabat ..
ika kau benar seorang sahabat ,
adakah perlu meminta sahabatnya berkorban masa untuknya ?
adakah perlu menyusahkan sahabatnya ?
sanggupkah menegur keburukkannya ?
Jika kau benar ingin bersahabat ,
sanggupkah kau berkongsi rahsia ?
relakah kau menerima kecacatannya ?
atau perlukah aku mengikut telunjukmu ?
Jika aku ingin bersahabat ,
biarlah Allah menentukan keikhlasan kita
kau hanya perlu memahami .. siapa aku ... siapa kau ...
bergelak tawa bersama ..
tika kepayahan , aku rela keseorangan ..
waktu itu , persahabatan teruji ..
Sahabat ..
hari ini kita bermesraan ..
tidak mustahil esok kita bermusuhan ..
terlalu intim persahabatan
terlalu besar jurang permusuhan ..
maka terlalu hampir perpisahan ..
Salam dihulurkan ..
Senyum diberi ..
Hati gembira tak terperi ..
Pada Allah , aku mensyukuri ..
Sesungguhnya ...Sahabat tiada tanding taranya ..
Dialah isteri ...
7 comments
esok nak masuk meminang
BalasPadamsahabat ialah seorang yang sentiasa menerima keburukan dan kelemahan sahabatnya dengan seikhlas hati :)
BalasPadamnguuu...puitis untuk isteri~
BalasPadamSahabat...
BalasPadamSalam Merdeka Raya bt Ben Ashaari & Azila Mohd Zain...
Maaf Zahir Batin andai tersilap tulis dan komen ye..halal mkn dan minum jika ada selama bersama...
Moga dipanjangkan umur kita akan bersua di hari raya nanti...*roger2 le klu ke Sedenak tu :)
persahabatan umpama madu, tetapi lama-kelamaan ia mampu bertukar menjadi racun... jgnlah bsahabat kerana harta benda, pangkat darjat tetapi bsahabatlah dia kerana kekayaan budi, keikhlasan jiwa, semurni kasih & semanis senyuman.
BalasPadam:) suka baca . terima kasih. untung isteri Ben :)
BalasPadamlike.
BalasPadam