Nama kucing ni Stewie.. Umur dia 5 tahun.. Berasal dari Nevada , US.. Panjang dia ? 48.5 in. - Guiness
Cer tengok video dia.. ehehehe ..
Nama kucing ni Stewie.. Umur dia 5 tahun.. Berasal dari Nevada , US.. Panjang dia ? 48.5 in. - Guiness
Cer tengok video dia.. ehehehe ..
Perghhhhhhhhhhh..... Gila babas !! Babas pon tak gila camni ahh.. Aku punya sut dulu pon dipamerkan gak.. Tapi kat kedai dobi jeer.. Hehehe..
Dipetik dari Yahoo
"
Selepas menggemparkan ramai dengan pengumuman persiapan majlis perkahwinan yang dikhabarkan mencecah RM12 juta, pasangan kontroversi, Memey Suhaiza dan Norman Hakim yang bakal diijabkabulkan 24 September ini mencipta satu lagi sejarah dalam dunia perkahwinan selebriti tempatan.
Baru-baru ini digemparkan di beberapa laman sesawang hiburan bahawa busana pengantin rekaan pereka tersohor dunia, Vera Wang yang bakal dipakai oleh Memey semasa majlis resepsi bertemakan New York di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur akan dipamerkan di Muzium Negara sejurus selepas majlis tersebut tamat.
Bukan sahaja gaun ciptaan Vera, malah sut persalinan Norman serta kasut pengantin bertatahkan mutiara tajaan Rafflesia turut akan dipamerkan yang disifatkan wajar sebagai tatapan generasi akan datang.
Tentu sahaja perkhabaran ini mengundang keterujaan pasangan bakal mempelai ini kerana ia pertama kali berlaku di Malaysia. Namun tidak kurang juga yang mengecam bukan terhadap gaun tersebut, sebaliknya mempersoalkan keistimewaan si pemakai yang tiba-tiba dijulang tinggi waima pencapaian karier seninya tidaklah segah mana juga belum pernah mengharumkan nama negara seperti mana penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza yang wajar mendapat penghormatan sedemikian. Jika dinilai dan ditimbang tara dari segi populariti dan pencapaian, gaun perkahwinan milik Siti lebih wajar dipamerkan untuk tatapan ramai.
Video Persiapan Persandingan Norman & Memey .. Klik SINI
Amacam ? Ada sapa pasni mau letak sut mereka kat Muzium Orang Asli ? Ada ruang kosong lagi tu.. hehehe .. Jangan maki hamun yer.. Tak baik.. Apa yang mereka buat , itu antara sesama mereka dengan Allah.. Kita sendiri pon tak baik mana kan ? :)