Aku tak tau la kot kakitangan sementara mahupun kontrak ni termasuk 'dilindungi' oleh CUEPACS ataupun tidak .. Tapi kalaulah 'YA' , apakah nasib kakitangan yang aku katakan diatas itu pada perbentangan bajet 2012 nanti ?
Apa yang diperjuangkan oleh CUEPACS masa ni ialah BONUS 2 BULAN dan TINGKATKAN UMUR PERSARAAN.. Umur persaraan ni , umur diorang ke ? Sampai bila nak keje ? Yang nak masuk keje ni camana yer ?? Yang nak naik pangkat isi kekosongan camana pula yer ?
Maaf cakap la yer .. Mungkin aku tak tau .. Tapi apa yang aku tau , CUEPACS ni kena la turun padang gak .. Tengok di sektor awam sekarang ni .. Yang isi tempat tempat kosong ni , adalah kakitangan kontrak .. Jangan perlecehkan kakitangan kontrak.. Mereka yang kontrak ni , 'boleh kena terajang keluar' bila bila masa je.. Bila tak diperlukan , maka tamat kontrak tanpa sebarang penghargaan langsung ! Begitu ke ??? Kalau yang tetap ? Oh ya , lupa ..itulah kelebihan penjawat awam tetap .. kan ?
Aku bukanlah cemburu atau nak sangat .. Aku kesian kat adik-adik aku kat pejabat aku dan juga mereka yang dah berkhidmat di sektor awam ni.. Mereka tugas kadang-kadang melebihi dari yang tetap .. Apa cer ?? Ada sapa sapa pandang akan pengorbanan mereka ?? Apa ??? Gaji dah dibayar ?? Kira tugas kontrak ni membantu yang tetap je la yer ? Yang tetap ni tugasnya dah cukup membebankan eh ?? Benarkah ???
Maaf yer kawan-kawan yang tetap ni.. Aku bukan cemburu .. Tapi keadilan perlu sama rata .. Mereka yang kontrak ni pun , kena maki .. Kena marah dek orang awam.. Mereka semasa dimaki hamun dek orang awam , sedikit pon mereka tak kata ;
" Eh , jangan maki kami.. kami cuma kontrak .. Kami tak dihantar mengikuti sebarang kursus seperti yang tetap pon ! " ..
Mereka terima seadanya dan membuat laporan pada pegawai atasan.. Mereka diamkan saja .. Asalkan mereka terus bekerja sehingga bila pon tak tau la ..
Kenapa tak mintak swasta ?? Camana la nak mintak swasta .. Ada kekosongan ? Cuba fikir yer .. Kerajaan nak pakar-pakar berada dalam sektor awam .. Ingat mereka yang kontrak ni masuk ke sektor awam ni lepasan SPM ke ?? 90% mereka punya degree atau master .. SPA kena la bagi kelonggaran sedikit .. Buat panggilan khas .. Ni berkhidmat bertahun-tahun , tak dipandang langsung akan pengalaman mereka.. Pastu dengan pengalaman begitu , suruh keje ngan swasta ? Bila swasta naik , sibuk nak tarik masuk gov ! Apa cerita ni ?? Contoh ada banyak ..
CUEPACS .. Bukak la mata !!! Meluat asik perjuangkan perkara yang sama setiap tahun !! Pikir bonus je memanjang ! Setiap tahun kos sara hidup mmg akan meningkat punya la.. Takkan itu je perjuangan anda ??
Sekali lagi , maaf buat yang terasa .. Bagi yang tak terasa tu , aku tau korang buat keje dengan penuh amanah .. Aku ? Lama dah ilang semangat .. Setiap tahun menanti dengan sabar .. Apa yang aku dapat , setiap tahun berita duka.. Dari sebuah unit yang besar , akhirnya tunggu aku je nak 'bersara' ... Tu pun bakal diberi penghargaan dengan sebuah senyuman berbanding yang tetap ..
Menarik bukan ? Berkhidmat untuk kerajaan .. Hurm... Duit rakyat gak tu .. Lupa eh ?
CUEPACS = Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam atau Congress of Union of Employees in the Public And Civil Services .
Blog Pilihan : KaK LimAh Si SupiR