Dalam entri Kali pertama jumpa , aku terus buat wife benci pada aku ! , ramai kengkawan kata aku tak gentlemen.. Hehehe.. Sebenarnya itu adalah rahsia aku bagaimana aku memikat wife aku tika itu..
Hahahahha.. Korang tau apa wife aku kata dalam hatinya selepas jumpa pagi tu ?
" Aku takkan jumpa dah mamat nih !! "
Tapi pelik tak ?? Kenapa wife aku boleh jumpa aku selepas itu lagi ? Untuk pengetahuan korang , aku jumpa dia lagi selepas itu untuk bawa dia membaiki telefon bimbitnya yang rosak di Bukit Bintang Plaza !
Itu perjumpaan kedua la.. Niat nak tolong dia jer.. Tak de lain dah .. Tapi dalam diam simpan perasaan gak .. Hehehe.. Best part ! Hahaha.. Nak tau ??
Sejurus turun lrt di stesen Hang Tuah , aku bawak dia berjalan ( dia dengan kasut tumit tinggi sebab baru lepas kerja ) dari situ hingga ke Bukit Bintang Plaza yang mana ambik masa dalam 15-20 minit jugak la ..
Berpeluh beb ! Hahahahha.... Saja duga weh ! Ni namanya nak test awek .. Kalau dia mampu tahan ujian ringkas ni , bermakna boleh bawak g majlis la ... Hahahaha.. Kejam kan ?
Ini namanya reverse psychology .. Nanti aku cerita lagi eh .. hehe..