Aku tak perasan memula .. Wife yang bagitau aku.. Kesian katanya tengok budak tu.. Aku tanya la budak mana... Dijawabnya salah seorang kakitangan KFC di situ..
Aku toleh. Hensem dan lembut sangat orangnya.. Badannya kurus dan agak bongkok sedikit. Pergerakkannya perlahan seolah olah malu dengan keadaan sekeliling.
Rasanya waktu dia berehat untuk makan malam. Selepas dia membasuh tangannya , dia kembali ke meja yang menempatkan makanannya.
Diangkat tangannya agak sama paras dengan mulutnya lalu membaca doa .. Agak panjang doanya.. Aku rasa adala dekat 2 minit .. Hanya untuk membaca doa makan !
Bukan kitorang je perasan tapi ada satu pasangan lagi perasan.. Yang menariknya, budak ni buat tak tau jer.. Selepas baca doa , dia capai nasi lalu baca bismillah .. Agak kuat suaranya ketika membacanya.. Dan makan tanpa hiraukan keadaan sekeliling. Perlahan je setiap suapannya..
Kesian tapi bagus orangnya.. Muka dia mmg kalau nak bergaduh dengannya takkan sampai hati.. Aku rasa berkat amalannya yang senantiasa berdoa menyebabkan orang kalau tengok jadi kasihan..
Semoga Allah murahkan rezekinya..