Lelaki .. Ada dua jenis .. Pertama , ingat dosa.. Dan kedua taknak ingat dosa ..
Yelahh, aku tau laaa.. perempuan pun gitu.. Sekarang ni , aku cerita pasal lelaki sbb aku lelaki dan tau selok belok lelaki camana .. Okeh ? Aiyooo ..
Perempuan oiii .. Lelaki ni , sebelum dapat korang terutamanya di awal perkenalannya memanglah dasat sekali ! Korang tak suruh pegangkan payung pon diorang sanggup pegang walaupun warna pink ! Sanggup wehh ..
Lepas kawin ? Tu tanya akak akak korang tu… Berapa % lelaki yang masih romantik selepas kawin dan aku pon tergolong gak dalam peratusan yang sedikit tu.. Hahahahha.. hampehh..
Lelaki yang bukan lelaki ni ramai skang ni .. Punya agenda tersendiri. Kalau belum nikah , ada yang plan nak kekah korang dulu .. Tapi ada gak perempuan yang mangkuk sanggup di kekah sbb tak nak kehilangan lelaki dia tu .. Ini namanya bangang.. Maaf yer.. Bahasa kasar .. Lebih baik kasar dari kelar anak sendiri !
Haih.. Perempuan perempuan.. Lelaki ni mmg dah mudah ikut telunjuk syaitan.. Walaupun bukan semua tapi jumlahnya besar dik oiii .. Kalau dah ikutkan ‘nasihat’ syaitan tu , maka lelaki amat mudah memujuk rayu perempuan. Perempuan yang lagi mudah tergoda dek hasutan syaitan , ibarat magnet .. terus melekat !
Kalau dapat ala ala Raihan atau Rabbani tu , syukur la korang.. terus ajak nikah tau.. Ni kalau dapat ala ala hollywood tu , cukur je laaa yer !
Ada yang lelaki tak tunjuk belangnya sebelum kawin. Tapi lepas kawin , belang tarungnya keluar ! Abissss laaa.. Ni berlaku kalau pasangannya banyak duit ! Maka sedikit demi sedikit dia kikis .. Silap silap bini dia pon dia jual !
Hati hatilah.. Rupa tu penting tapi dalaman tu lagi penting.. Dunia semakin ke penghujung dan manusia semakin mundur ke belakang…