Nak cabul pelajar dia sendiri ??? Gila ke apa ? Apa dia ingat pelajar tu takkan buat laporan ke ? Atau dia pernah buat gitu terhadap pelajar lain tetapi tiada tindakan diambil keatasnya maka sbb itu dia berani buat lagi ?
Gila dan bangang sama sekali pensyarah ini .. Ni la akibatnya mengikut nafsu serakah sangat ! Kan dah tak pasal pasal jadi kes polis .. Haih… nasib kamu la labu selepas ni ..
“ Pensyarah miang. Itulah gelaran buat seorang lelaki yang juga pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Lembah Klang berusia 50-an apabila mencabul seorang pelajar perempuan dalam biliknya di universiti berkenaan, kelmarin.
Lebih keji, pensyarah itu didakwa cuba memaksa pelajar berusia 23 tahun berkenaan melakukan aksi ringan-ringan dengan mengumpan untuk meluluskan pelajar itu dalam peperiksaan selepas mangsa enggan melayani kehendak seksualnya.
Bagaimanapun, keengganan mangsa memenuhi permintaannya menyebabkan pensyarah itu mula bertindak kasar dengan meraba serta mencium gadis terbabit menyebabkan berlaku pergelutan dalam bilik berkenaan.
Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, mangsa bernasib baik apabila berjaya keluar dari bilik pensyarah berkenaan sebelum membuat aduan kepada pensyarah lain dan kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini.
Sumber berkata, kejadian bermula ketika mangsa mahu ke bilik pensyarah berkenaan bagi menghantar tugasan yang diberikan. “
- Hmetro
Kalau ikut nafsu , 5 minit puas tapi sengsara seumur hidup di muka bumi ini.. Akhirat , tak tau la nasib camana lagi ..