Alhamdulillah .. sejuk hati membacanya .. Mungkin ada yang cuba mengaitkan dengan publisiti murahan atau politik , maka ada baiknya yang ini kita bersangka baik .. Apa salahnya bukan ? Duit dia dah berlambak lambak.. Tak salah buat kebajikan .. Jangan fikir bukan bukan..
Dari KOSMO
Kesedihan tiga beradik yatim piatu selepas kehilangan ibu yang maut dalam kemalangan awal pagi kelmarin sedikit terubat apabila mereka diambil sebagai anak angkat oleh seorang pengusaha produk kesihatan terkenal.
Presiden dR. Rozmey Group, Datuk Dr. Che Rozmey Che Din berkata, beliau akan menanggung segala perbelanjaan sara hidup bulanan termasuk belanja sekolah tiga beradik itu.
“Saya berhajat untuk mengambil tiga beradik ini sebagai anak angkat dan perbelanjaan sara hidup setiap bulan akan saya tanggung.
“Sekiranya ketiga-tiga beradik ini cemerlang dalam pelajaran dan mahu melanjutkan pengajian ke universiti, saya juga akan tanggung perbelanjaan untuk menghantar mereka ke sana,” katanya di sini semalam.