“ Ayah , nak g mana tu ? “
“ Nak g stadium la.. malam ni Malaysia lawan Syria ! “
“ Oh .. ari tu Malaysia lawan Indonesia kan ? Ayah g tgk kat kedai mamak kan ? Ni nak keluar lagi .. “
“ Bukan selalu ayah keluar .. “
“ Memang pon .. tapi selalu je ayah tengok bola.. Hari sabtu ahad ngan bola omputih .. ni bola malaysia lak .. hurm .. Mak , jom main game kat bilik .. boring la .. “
Hurm … Sibuk benar kehidupan kita ni kan ? Senantiasa penuh dengan agenda .. Kalau tak dengan kerja , dengan aktiviti bersama kawan ..
Dengan keluarga , cukuplah dengan sejam dua atau bawak g bercuti bila ada duit lebih .. Atau cukuplah memberi makan pakai ..
Tapi terlupakah sewaktu nak angkat nikah dulu , segala janji yang dilafazkan ? Terlupakah segala janji sewaktu bercinta dulu , ‘dia’ adalah segalanya ?
Bila berkeluarga .. maka buatlah cara berkeluarga.. Berseronoklah bersama keluarga .. Sesekali sekala , dengan kawan tak pe la .. Masa kita adalah emas buat keluarga kita ..
Jangan sampai menyesal di kemudian hari kerana masa dibazirkan begitu saja ..
Ben : Aku jerit dalam rumah pon ok dah .. Yang penting , sokongan ..