Aku ingatkan takde la orang kenal aku kat situ .. Tau tau , bermula dari jeti nak g island hopping tu , aku dah ditegur .. Kemudian , di Tasik Dayang Bunting akhirnya dia ajak bergambar .. Huhu.. Best part .. Aku boleh tanya soalan bodoh kat dia .. Gugup punya pasal !
“ Awak kenal saya ke ? “
Aku nak tanya kat dia memula tapi takut rasa cam kurang ajar la pulak … “ Saya kenal awak ke ? “ Atau “ kita ada berkenalan kat mana mana ke ? “
Tapi sepatutnya apa patut aku tanya ialah ..
“ Awak blogger ke ? “
Kan senang gitu ? Tapi apa nak buat .. Sesekali bila datang bengap tu , mmg gitulah aku ..
Sekurang-kurangnya aku mengaku kan ? Tak la hipokrit !
Rasa menyesal tanya soalan bangang tu bermain di kepala otak aku .. Haish… Bila dah selesai , aktiviti tu .. kat jeti , aku ditegur sekali lagi dan kali ni oleh adik dan kawan dia yg mana selama 4 jam bersama dalam bot , dia diam je ! Loh..
Aku pelik bila dia ajak bergambar .. Dan kali ni aku tanya ..
“ Adik kenal abang ke ? “
Dia gugup jap .. “ Kenal kot ? “
“ Kenal kot ? Kenal kat mana ? “
“ Akak akak tadi tu dok bercerita pasal abang .. tu yang tau tu.. “
Erkk…
" Abang ada web kan ? “
“ Aah.. “
Aku sebut nama Ben Ashaari..
“ Haa.. kenal kenal.. tau.. penah dengar.. “
Loh.. gitu lak .. Kemudian bergambar sekeping dua dan berpisah di situ.. Akhirnya aku melemparkan senyuman setelah 4 jam buat muka ganas !
Tapi , mmg aku segan bila perempuan tegur aku .. Entah kenapa.. Mmg gitu.. Rasa malu je walaupun dah tua beruban !