Dari Hmetro - Umpan populariti artis
Makin galak pembikin filem buat filem gengster .. Kenapa ? Sebab rakyat Malaysia suka tengok.. Bukti ??? Tuuu .. KL Gengster laku tak hengat punya !!!
Diorang kata filem gengster tu punya motif yang bagus .. “ Jangan jadi gengster !! “ .. Betul ? Berapa ramai yang mampu fikir gitu ? Aku berani kata , mereka lebih teruja babak gaduh dari babak insaf tu haaa !!
Amik contoh filem Hong Kong yang terlebih dahulu dah bikin filem gengster ni dan ditayangkan di Malaysia .. Kenapa makin menjadi jadi lak gengster di Malaysia ?? Filem Hollywood ? Mungkin ada yang kata , masa tu di Malaysia tak de gengster .. Sekarang baru ada dan inilah masanya nak bendung , melalui filem !
Alahai.. kalau nak bendung , dalam filem tu dari mula hingga 10 minit terakhir dok tunjuk negatif jer .. Bila nak abis , baru tunjuk babak taubat ! Apa jadahnya ? Kalau gitu , diorang pikir , nanti nanti je la insaf !
Ini lumrah pemikiran manusia .. Bukan semua mampu fikir baik buruk apa yang mereka tonton .. Bila tengok Harry Porter , mereka nak jadi Harry .. Bila tengok Vampire , diorang nak jadi pontianak .. Tu siap buat kelab tu , budak kecik ke ??
Filem dibuat berdasarkan peristiwa sebenar ? Memang la.. Lebih lagi di Malaysia ni .. Pembikin filem bukannya ada idea sangat nak bikin.. Tengok kejadian sebenar pada masyarakat sekeliling lalu dijadikan filem dan TAMBAHKAN LAGI IDEA AGAR LEBIH SEDAP DITONTON !! Tang ni yg salah ni ! G tambah rempah ratus supaya lagi best dan ianya menjadi idea kembali pada mereka yang tonton terutama yang tak matang lagi pemikiran mereka !
Apa yang aku boleh kata satu jer pada penonton filem di negara Malaysia ni .. Pembikin filem takkan bertanggungjawab terhadap apa yang terjadi pada korang .. Mereka cuma fikir keuntungan.. Kalau korang terpengaruh dengan apa yang ada dalam filem tu , maka itu kesilapan korang sendiri ! Sapa suruh tak fahamkan filem tu ..
Akhir kata dari aku , sebelum nak bawak anak , keluarga atau diri sendiri ke panggung tu .. fikirkan semula .. Berbaloikah ? Kalau setakat nak tengok sepak terajang ni , tak payahlah .. Cari filem yang benar-benar unik , lain dari yang lain untuk ditonton .. Kita bagi pembikin filem pening kepala menghasilkan filem yang benar-benar berkualiti untuk ditonton ! Kita bayar , mereka buat ! Baru best !