Nampak dah ? Rasa-rasa korang sampai tak ?? Hehe .. Sapa laa kontraktor nih ..
Beberapa jalan di ibu negara dijangka sesak bermula pukul 7 pagi Isnin ini.
Laman Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur menyatakan jalan-jalan terlibat ialah Jalan Duta dari kedua-dua arah, Jalan Kuching, Bulatan Segambut, Jalan Khidmat Usaha, Jalan Ibadah, Jalan Dutamas, Jalan Persiaran Dutamas dan Jalan Hikmat Usaha.
Jalan-jalan berkenaan menuju ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Bangunan Kompleks Kerajaan, Hentian Bas Jalan Duta, Masjid Wilayah dan sekitarnya.
Dinasihatkan , sila guna pengangkutan awam . Kenapa eh ? Lagi mau tanyaa eh ?? Heehhe…
Kesesakan itu dijangka berlaku berikutan perhimpunan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim ekoran keputusan Mahkamah Tinggi berhubung tuduhan kes liwat Ketua Pembangkang itu terhadap bekas pembantu peribadinya, Muhd Saiful Bukhari Azlan. - BERNAMA
Aiseman .. masih belum ada jawapan yang tepat ni ! Semua salah ! salah ! salaaaahhh !! Kat Facebook dah aku bagi namun masih tetap takde yang betul ..
Cuba teka jenis air ni .. Perasa apa .. Haaa… Mereka yang dah teka , takde yang betul.. Hampir nak betul je .. Amacam ? Ada berani ?? Tak payah buat entri pon ! Just tinggalkan jawapan korang jer .. Hehehe ..
Haa.. Jawapan lalu , korang leh tengok kat SINI .. Untuk kali ni , aku bagi cara paling best di samping korang leh promote blog korang sekali .. Amacam ? 2 dalam 1 ..
Tinggalkan jawapan korang kat SANTAI BEN ASHAARI ( klik nama tuu ) .. Sapa paling pantas dan tepat sekali jawapannya , dia akan dipromote malam ni .. Cepaatt !!
Sedap ke ?? Alamak .. Nak kata camana eh ? Hurm.. ok ok..
“ Sedap ke tak , inilah rezeki aku hari ini .. Alhamdulillah.. Kenyang perut buat sementara waktu .. “
Senang je kan ?
Wargkhhh …. tua sudah kawan ku ini .. Eh , bukan dari dulu ke ? Hahaha.. Maklumlah , dari dulu dia dok bahasakan diri ‘ PAK TUA’ ngan aku sehinggalah aku tau rupanya sebaya je dia nih haa ngan aku ..
Apa yang bagusnya kawan aku sorang nih ? Tatak sombong punya sama blogger baru !! Haa.. tapi ngan blogger lama , dia sombong laa.. hahaha.. Tak la.. guwau jer ..
Ok , malas nak bebel lebih.. kang lagi banyak airmata dia keluar.. Sensitif jiwanya .. Tu korang lom tengok dia layan OMBAK RINDU lagi ! Hafal dah lagu dia wooo .. Siap bantai karok sewaktu masak kari kepala ikan wooo .. heheh..
Buat Mat Gebu , empunya blog www.tiffinbiru.com .. Selamat menyambut harijadi yang ke 36 .. Semoga dimurahkan rezeki dan dipanjang umur … Dan paling penting , teruskan menjadi anak yang baik serta sabar dalam menjaga kedua ibubapa mu itu .. Jangan lupa kata-kata ku itu .. Nak ulang ke ? Hahaha ..
Selamat harijadi bro !
Ikan Bakar .. Sebuah drama yang simple tetapi dilakonkan oleh pelakon-pelakon yang hebat .. Ok .. tu je aku leh kata .. Hehe..
Apa yang nak disampaikan dalam filem ni adalah mengenai cinta, tanggungjawab serta pengorbanan seorang ibu dan juga isteri yg perlu menjaga dua hati , suaminya yang mengalami masalah kesihatan dan juga anaknya ..
Keseluruhan , drama ni biasa je bagi aku … Cuma cam biasa , Rusdi Ramli berjaya membawa wataknya dengan baik ..
Hurm.. Yang menarik perhatian aku adalah lagu latarnya .. Hehehe.. Memang aku dok menyanyi sampai skang ni haa.. Lagu tu bertajuk JIKA KAU KEKASIH yang dinyanyikan semula oleh ZILA AF4 dan penyanyi asalnya adalah LINDA.
Layan lagu JIKA KAU KEKASIH
Download lagu Jika Kau Kekasih ? Takde .. hehe ..
Sapa kata berblog buat masa ? Selain menjadi usahawan , berblog juga membina persahabatan tanpa kira status dan jantina ! Yang penting tau batasan .. kan kan ?
Dan hari ni , seorang sahabat blogger telah selesaikan satu masalah yang memang cukup malas bagi aku untuk menyelesaikannya ! Kalau tak penat gak aku nak ke sana sini apatah lagi dengan wife aku yg sarat mengandung tu ..
Buat Ira , aka BELOG MTT … jasa anda akan dikenang sampai bila bila !! Selesai satu perkara … Alhamdulillah .. Hanya Allah saja mampu balas kebaikkan anda..
Yeargh.. walaupun sekadar animasi , aku tak sangka pulak Ultraman pon ada sekolah !! Hahaha.. Dah umur 36 , baru tau rupanya bukan ada 6-7 Ultra je.. Banyak rupanya ! Dah la tu , siap ada kelas lagi .. Hahahah ..
Haaa… aku tau ni dari movie yang aku download kat internet .. Hahaha.. Sangap punya pasal .. Layan ultraman .. Hehehe..
Kira ada macam seni mempertahankan diri gak la eh ? Hehehe.. Tak tau pulak jurus atau jenis apa diorang pakai .. Sepakan dan tumbukan dasyat .. Cuma aku pelik je la , nape bila dah nak mati atau hujung hujung , baru guna laser ? Terus meletop raksase .. Hehehe…
Kena tipu je kita ni yer .. Tak pe la.. katun je pon ..
Kadang-kadang penulis blog amatur macam aku ni , akan melahirkan perasaan ke dlm bentuk penulisan yg ringkas dan mudah utk difahami.
Apa yg disampaikan adalah apa yg dirasakan ketika itu .. Fahami dan berfikirlah. Bukan g selak satu satu entri yg lama kemudian cari salah mereka yg lampau..
Setiap hari kita bersolat dan berdoa meminta ampun .. Fahamkan kenapa kita buat gitu ..
Published with Blogger-droid v2.0.2
Yelah , blog aku bukan blog agama tapi inilah kesedaran namanya ..
Tapi cuba kita fikir kembali eh .. Segala dosa yang ada di depan mata kita sekarang ni sebenarnya kita menyokong dalam diam .. Tak percaya ? Bukan semua la yang sokong .. Ada yang dah tau dan lama dah menolaknya ..
Buka mata eh ! Paling mudah ialah hiburan ! Filem .. Dalam tu ada yang tak menutup aurat .. Berpegangan tangan atau bersentuhan antara satu sama lain yang pastinya bukan halal bagi mereka .. Betul ? Kita tengok je ? Eh ? Yelah , mereka yang dapat dosa .. Kita tengok yang baik jer .. Betul ? Tapi kalau kita g tonton , bukankah kita sokong gak ?? Seperti menonton lumba kereta di jalanan .. Polis kata tu dah salah ! Tapi kenapa bab ni , tak salah lak ?? Sedangkan dalam agama terang terang dah kata salah ?
Kita sebenarnya mengalakkan mereka lagi ! Cuba kita tolak ! Pakat tak nak tengok selagi ada unsur unsur gini … Beb , kita nak besarkan anak kita dalam dunia camana ?? Kalau sekeliling kita penuh dengan unsur-unsur gini , kita nak sorok anak kita dalam rumah je ?
Memang benar kita bagi didikan .. Jangan lupa dugaan Allah.. Kita bendung dari sekarang sebelum dugaan yang amat mencabar turun pada anak kita .. Kita sendiri pun ada yang gagal walaupun punya dinding yg kuat (kononnya la) ..
Fikirkan kembali .. Kita sokong mereka berpelukan dalam filem.. Bergaduh dan banyak lagi unsur-unsur yg tak patut ditonjolkan .. Beb , budak sekarang tak tau apa itu nasi kangkang .. Tapi bila dah tengok kat tv/filem , baru mereka tau , ‘ ohh… itu rupanya .. Dari tak tau , mereka dah tau .. Rupanya ada cara nak menundukkan orang lain.. Walaupun tau itu dosa besar , apakah gerenti mereka tidak akan lakukan seperti mana dah bagitau berpegangan tangan yg bukah mahram itu haram hukumnya ? Membuka aurat itu haram .. Tapi mereka tetap buat kan ?
Fikirkan kembali .. Apakah yang kita nak untuk anak cucu kita di masa depan ? Inilah masa untuk membetulkan kembali .. Kita mulakan dari diri kita.. Mereka takkan buat untuk kita sebaliknya , kita mulakan perang dulu.. Tolak hiburan yang tidak berlandaskan ISLAM !