Bukan mudah . Seringkali perempuan ‘melaungkan’ ADIL ! ADIL ! ADIL ! , bila si suami ‘menjerit’ , HIDUP POLIGAMI ! HIDUP POLIGAMI ! HIDUP POLIGAMI !
Dasatkan ? Mereka mahukan keadilan bila bab bermadu . Tapi bila tak bermadu , mereka adil tak ? Haaa… Jom kita check , wahai suami suami sekali alam ..
Bila tang anak , anak senantiasa dilebihkan berbanding suami .. kan ?
- Bab pekerjaan .. Mak aih.. G kerja , macam nak g kenduri Datuk Datin tu haa.. Grand gituu .. Tapi dok umah , baju kelawar pon koyak 9 ! Kan ?
- Bila nak balik kampung , tang dia kalau boleh , sebulan laaa nak duduk ! Tang laki ?? “ Bosan la bang kampung abang tuuu “
- Tang makan ? Masak ala kadar sbb penat keja atau jaga anak seharian .. Tapi bila adik beradik atau kawan kawan datang rumah , “ Woi orang kampung , aku nak buat kenduri ni haaa.. Jemput la datang !!! “ ..
- Tang shopping !! Walaupun guna duit sendiri , kena ingat .. tanpa izin suami , isteri tak leh g kerja. Dan tujuan isteri tu g kerja adalah untuk bantu suami ! Bukan suruh sedekah kat tokey shopping complex tu haaa !!
Tu baru 4 ! Banyak lagi kalau nak ditaip .. Tapi cukuplah .. Blog aku ni ramai pembaca perempuan. Kang semua pakat boikot aku , cuma tinggal lelaki tulen dan yang palsu jer ..
Apa pon , aku tak kata lelaki ni sempurna .. Lelaki tetap sama cam perempuan. Untuk berlaku adil sebenarnya , kita takkan mampu . Hanya Allah saja mampu berlaku adil . Kita ni mampu berperikemanusiaan dan bertimbang rasa .. Tu jer..
Jadi , dalam apa jua tindakan kita , fikir-fikirkan juga perasaan orang lain .. OKeh ?