Insaf aku .. Dok mengeluh memanjang je kita ni kan ? Ada je tak cukup .. Bila tengok berita di TV9 tadi , terpanggil aku untuk mengupdate dalam blog untuk membantu menyebarkan permintaan anaknya ..
Aku google dan jumpa artikal mengenai penderitaan Md Rahim Jatim, 57, dari Kampung Jerung Seberang, Pengkalan Berangan , Terengganu.
“ Menurutnya, penyakit kulit misteri itu dihidapinya sejak berumur 25 tahun, iaitu sebelum dia berumah tangga dan sejak itu sudah berpuluh doktor serta bomoh ditemui, namun sehingga kini penyakit kulit misterinya itu masih belum menemui sebarang penawar.
Saya sudah habis berikhtiar tetapi penyakit misteri ini tidak mahu juga sembuh. Namun, saya reda dengan keadaan diri saya, mungkin ia tidak dapat dipulihkan. Tetapi saya berharap ada pihak sudi membantu untuk mengubati kaki saya yang cedera ditimpa pokok.
Saya tidak mampu bekerja selepas kejadian pokok tumbang menimpa kaki ketika membersihkan kawasan hutan kira-kira lima tahun lalu. Lebih menyedihkan, sejak belakangan ini saya sering bermimpi kaki ini pulih dan saya dapat berjalan semula,. “
Bagi mereka yang ingin membantu keluarga ini boleh menghubungi Mohd Amirul menerusi talian 0111-9302549.
Boleh baca dengan lebih lanjut di blog DUNIA ITU . Bagi yang sudi , kongsikan di FACEBOOK dan update dalam blog ..
Penderitaannya bukan dia saja yang rasa , malah ibu kandungnya pon mengalami penyakit yang sama ..