“ SEGALANYA IKHLAS “
Cerekarama TV3 istimewa ini sempena Maulidur Rasul yang bertajuk Al-Ikhlas dilakonkan oleh Nasir Bilal Khan , Lisdawati , Fauziah Nawi , Shoffi Jikan , Wan Suhaimi dan Abu Bakar Omar ( suka gila lakonan dia ! ) sangat menarik sekali ceritanya ..
Diarahkan oleh pengarah yang tidak asing lagi iaitu Raja Ahmad Alaudin . Pastinya drama ini akan jadi lebih mantap ditambah dengan pelakon antara yang terbaik di Malaysia .
Sinopsis drama ini boleh baca kat SINI yer ..
Pendapat aku mengenai drama ni ?
Nasir Bilal Khan membawa watak Solah dengan baik sekali dan memberi kesan pada aku. Dan dan aku nak IKHLAS dengan apa saja aku buat tapi sukar kan ? Yang penting cuba dari tak buat langsung kan ?
Shoffi Jikan , bawak watak Zaki .. Serius , serupa samseng ! Hidup giler watak dia .. Hahaha .. Bagus sekali ..
Hanim .. Lisdawati .. Hurm … Dia punya watak eh ? Dia punya perasaan serba salah terhadap pada Solah kerana telah putuskan pertunangan mereka dulu ..
Keseluruhan bagi aku … Cerita ini memang menarik dan patut lebih banyak cerita cerita begini dari cerita …. hurm… Membentuk peribadi penonton dengan drama yang penuh teladan dan keinsafan yang berteraskan ISLAM .. Tak semestinya dengan cerita hantu atau syirik .. Walaupun benar ianya wujud tapi kita mampu tangkis pemikiran begini di zaman ini ..
Antara babak yang memberi sejuta pengajaran ..
Solah mengutip bangkai anjing di tengah jalan .. Kenapa dan mengapa ? Hehe .. Takkan tak leh pk kan ? Persoalannya , berapa ramai sanggup buat cam dia buat ?
Apabila kita diberi hidayah .. Tak kira masa.. Tak kira waktu ..
Cam biasa .. Kalau takde sakit hati atau fitnah , bukan cerita melayu la kan ?
Penutup yang boleh dijangka tapi tetap memberi keinsafan terutama pada skripnya ..
Zikir Hasbi Rabbi oleh Ustaz Zulkarnain senantiasa menjadi lagu latar cerekarama ini ..
Download ? Sapa suruh tengok bola .. hahaha ..