Aiyoo .. Apa kes laaa .. Takkan tak leh fikir kot ? Kalau nak fikir positif , takkan semua LELAKI yang dok atas kerusi tu tak sihat dan isterinya pula dok letak pala atas bahu .. kan kan ? Takut isteri boring ? Amboiii … pikiaq la sket ! Orang lain pon ada bini gak dalam tu ..
Serius memalukan .. Di klinik kerajaan tadi tu haaa .. Ramai lelaki duk bantai duduk atas kerusi sedangkan ada perempuan yang hamil berdiri ! Haishh .. Kalau dah bergelar atuk tu lain la.. Ni muda belaka !
Si isteri ni pon satu hal gak .. Takkan tak suruh laki diorang bangun dan tunggu kat luar ? Aku boleh .. Brother tu boleh .. Pakcik tu pon boleh ! Kenapa korang yg lain tak leh ? Ada gout ke ?
Dan pada yang tak tau tu , meh aku bagitau .. Kalau takat nak check up biasa kat klinik kerajaan , si suami tak dibenarkan masuk yer .. Sila tunggu luar .. Kalau korang masuk gak kan , akan ada suara sumbang ..
“ Jap lagi tu kena halau keluar la tu .. “
5 saat kemudian .. mmg akan keluar !