Bienda selamat melahirkan anak perempuan pada 26 Februari lalu melalui pembedahan dan menamakannya Lavienda Namiraz . Haa .. Apa maksud nama Lavienda Namiraz ni ? Kalau Lavenda ni tau la kan .. Bunga Lavenda la kan .. Namiraz ni ? Tu nama orang belah asia barat la tu .. hehe ..
Berbalik pada Bienda .. Dia telah melahirkan bayi seberat 2.95 kilogram itu secara normal tidak kesampaian dia bersyukur dan gembira kerana semuanya berjalan dengan lancar dan selamat.
Bienda berkata dia terpaksa menjalani pembedahan demi mengelakkan sebarang kemungkinan buruk kerana leher bayinya terbelit tali pusat.
"Kalau diikutkan saya dijangka bersalin pada 10 Mac depan. Apabila saya dan suami buat pemeriksaan pada Sabtu lepas, belum ada kontraksi yang membolehkan saya bersalin.
"Apabila pulang ke rumah, saya mula alami kesakitan yang berpanjangan selama 12 jam sehingga memaksa kami ke hospital semula pada Ahad.
"Apabila diperiksa, bayi saya berada dalam keadaan terlentang dan lehernya sudah dibelit tali pusat. Atas dasar keselamatan, saya teruskan juga bersalin secara pembedahan," katanya.
Apa pun , tahniah buat Bienda dan suami Kamarul Zariman Abd Rahman .. Dan syukur pada Allah segalanya selamat ..
Gulp ..
Sumber – Mstar