Bukan mudah nak memecahbelahkan sesebuah keluarga tu . Memerlukan kreativiti , idea serta usaha yang berterusan . Dan akhirnya , sebuah lagi keluarga berjaya dihancurkan dek kerana ketaksuban mereka mengejar populariti .
Syukur pada Tuhan kerana mereka berjaya melakukannya dan berjaya mendedahkan aib artis tersebut ke masyarakat . Mesti artis tu bertambah malu. Begitu juga keluarganya . Tahniah buat blog tersebut.
Untuk menjatuhkan seseorang , mmg sukar. Untuk menaikkannya pula , memerlukan masa tetapi ramai tak berminat nak melakukannya , pada zaman ini . Zaman ini , ramai nak lihat jatuh tergolek dari bangun berlari .
Apa nak dibuktikan dengan pendedahan tersebut ? Artis itu jahat ? Tak layak disanjung atau tak boleh duduk di muka bumi ini ? Ahaa .. aku tau .. Mesti nak bagitau yang artis ni poyo je lebih kan ? Kira berlagak suci la kan ? Jadi dengan pendedahan video gambar bogelnya tu , berjaya la buktikan yg dia tu bukan begitu ?
Aku rasa baik jadi paparazi dan ikut mana mana artis g solat dan amik gambar dia .. Kot mereka pon pura pura je solat. Kalau betul solat , tak payah la siar dalam blog. Apa kes kan ? Sapa nak baca kisah gitu ..
“Saya akui kontroversi ini bukan sahaja mengaibkan, malah turut memporak-perandakan kehidupan saya sekeluarga. Bayangkanlah, apabila isu dibesarkan sehingga terpampang di muka hadapan akhbar semalam (Isnin), ibu bapa saya mula dihujani pelbagai panggilan dan kecaman daripada sanak saudara dan kenalan.
“Apa yang saya kesalkan, apabila saudara mara lebih mempercayai laporan-laporan tersebut berbanding penjelasan darah daging mereka sendiri,”.
Samada dia buat tau tidak,bukanlah hak kita untuk dedahkannya . Sian mereka .. Camana mereka nak berdepan dengan masyarakat ? Janganlah kita lupa , kita juga punya aib sendiri.. Janganlah berlagak suci sangat ..