Satu-satunya koleksi peribadi yang di miliki pelukis tersohor Norway, Edvard Munch, ‘The Scream’ iaitu antara lukisan terkenal dalam sejarah memecahkan rekod dunia hari ini apabila berjaya dijual pada harga AS$119.9 juta di Sotheby, New York.
Persaingan sengit antara tujuh pembida yang menawarkan harga tertinggi bagi hasil kerja seni itu dilelong dalam tempoh hanya 12 minit dengan mendapat tepukan gemuruh penonton.
Rekod sebelumnya dipegang pelukis Sepanyol, Picasso, ‘Nude, Green Leaves, and Bust’ yang dijual pada harga AS$106.7 juta pada 2010.
‘The Scream’ adalah salah satu daripada empat hasil karya yang menggambarkan kekecewaan dan putus asa pada zaman moden. - Bharian
BEN : Wow … Banyak sangat dah duit diorg ni .. Huhuh..