“ kenkadang saya rasa sangat putus asa bila dapat komen yang negatif tau.rasa malas nak blogging lagi. rasa nak putus asa. setiap kali rasa lemah tu datang, saya mesti blogwalking ..cari dan baca apa yang ada kat blogger yang hebat-hebat .. entry diorang biasa..lebih kurang je dengan apa yang saya tulis. tahap kecewa terlebih tu kenkadang saya rasa ada entry saya yang lebih best dari diorang. ok. yang ini memang nak sedapkan hati sendiri. :)
antara blog yang saya akan terjah blog en.ben nih lah. sebab en.ben byk cerita tentang pengalaman benar kan? sekarang en.ben dah berjaya. dah rasa kemanisan nya kan? setiap kali semangat saya hilang, entry-entry macam nih la yang beri sokongan ..walaupun secara tak langsung.. kenkadang saya tak log in blog pun. saya google je.. baca enrty en.ben nih buat saya rasa tercabar. in a positive way lah. saya rasa nak sangat-sangat
kalahkan folowers en.ben tu.
:) sekian.terima kasih. “
Sebenarnya kan , apa yang kawan kita rasa ni mmg majoriti blogger akan rasa .. Setahu aku la .. Kenapa boleh jadi gini ? Puncanya ialah , kenapa orang tak nak baca blog kita ??? Padahal entri kita tu lagi menarik , berinfomasi dan kekadang lebih bagus dari blog blog yang lagi popular ! Bila pikirkan gitu , maka putus asa !
Persoalan yang patut dijawab oleh blogger tu sendiri ialah .. KENAPA KITA BUAT BLOG ? Kita buat , untuk orang baca atau kita buat kerana suka suka ? Jawapan tu , korang patut tau sendiri .. Dan setiap jawapan punya stategi yang berlainan untuk menarik orang masuk membacanya .
Macam aku kata ari tu .. er , dalam ENTRI SAMPAH tu .. pembaca bukan nak baca sangat artikal yang macam tesis PHD .. tapi majoriti nak entri yang rileks ,santai namun ‘berisi’ ..
Apa yang patut para blogger buat ialah , SAMPAIKAN apa saja yang korang lalui , alami, rasai dengan kejujuran dan ikhlas .. Hari ni , takkan ada orang baca , tapi kita fikirkan esok lusa ..
Macam aku buat , aku menulis .. bukan untuk hari ini .. tapi aku tau , esok lusa mereka akan mencarinya ..
Menewaskan blogger lain , bukanlah cita cita aku sedangkan dulu aku berfikiran begitu .. Aku sedar , apa yang patut aku buat sekarang ialah SAMPAIKAN seberapa banyak info dan pengalaman hidup buat rakan rakan pembaca ..
Bab $$ , adalah bonus .. Sapa rajin , dia dapat lebih ..