Hurm .. Bila aku tengok jiran jiran berhampiran dengan rumah baru aku tu , dok sibuk mengubahsuai rumah , aku rasa mmg perlu kot buat sedikit pengubahsuaian pada rumah lebih lebih lagi rumah yang kita beli sendiri .
Kenapa aku berfikiran gitu ? Kebanyakkan rumah terutama yang macam rumah aku beli ni hanya basic je cantiknya .. Kira kalau nak nampak cantik lagi , kena la buat penambahan sendiri la maksudnya .. huhu .. Kalau ada duit , semua okeeehh jer . hehe .. Sebab tu kena menabung semasa muda ..
Pengubahsuaian rumah mmg memberi pulangan yang lumayan jika ianya benar benar menepati citarasa pemiliknya. Bila balik kerja , tengok rumah cantik dan selesa , pasti ilang segala penat dan tak sabar nak bersantai di dalam rumah .
Pengubahsuaian rumah juga memberi kesan psikologi yang positif pada mereka yang punya anak besar. Mereka rasa ‘aman dan tenang’ di rumah yang cantik dan juga tersusun .
Persoalannya ... Tang mana nak diubah terlebih dahulu ? Berapa kosnya ? Wow ... Sapa tak nak ubah rumah kan ? Semua orang nakk wooo ..
Kalau aku la kan , aku berminat nak ubah tang ruang tamu rumah aku , dapur dan juga ada satu bilik tu .. Aku plan nak jadikan hall untuk family di bahagian atas .. Tapi aku ada gak plan nak jadikan satu bilik untuk mini gym/membaca ! Camana tu ? Masalah gak sebab bahagian atas Cuma ada 4 je bilik .. Nak gak ada bilik tidur tetamu kan ? Perlukan aku korbankan bilik mini gym / membaca tu ? Hurmm ..
Perkara perkara begini kena ada perunding ke ? Maklumlah , nanti rumah jadi carca marba lak .. Sapa yang pening ? Aku jugaaa .. Sapa yang bersalah ? aku gakkk .. Tu baru masuk soal bahagian mana nak diubah.. Belum lagi soal kos !
Seperti yang aku jangka , pelbagai kontraktor dah standby depan umah aku sewaktu aku datang amik kunci rumah aku tu . Pelbagai harga , service yang mereka tawarkan .. Sampai la aku hampir termakan kata gak laaa.. Nasib baik ada rakan rakan pembaca di blog , awal awal lagi dah nasihatkan agar berhati hati ..
Hurm.. susah sebenarnya nak cari kontraktor yang bagus dan jujur .. Ramai yang makan atas angin .. Dapat job , tapi pass kat orang lain .. Hasilnya ? Hancur .. Masalah tu kan ? Dah tu camana ? Cuba bagitau aku ? Nak ubahsuai rumah tapi pening pk camana nak ubah .. Kan ?
Bila tengok jiran-jiran sepantas kilat buat pengubahsuaian rumah , terasa best pulak .. Cepat benar diorang dapat kontraktor dan idea untuk buat pengubahsuaian tu .. Huhu .. Aku gak terkial kial .Tapi kalau aku ada idea pon , kena tunggu chief de mission yakni wife aku .. Dia gak la yang akan luluskan semua idea idea tu .. Nak tak nak .. kena tunggu dia abis pantang dulu dan baru leh buat keputusan nanti ..
Duit dah standby .. Alhamdulillah , sama sama simpan lepas kawin ari tu .. Nasib baik ada wat kerja tambahan .. hehe .. Kalau tak , susah gak nak buat renovation ni sbb perlukan duit yang boleh tahan gak la banyaknya . hehe ..
Jadi , korang yang dah beli rumah dan juga duduk rumah mak ayah ni rasa la kan .. perlu tak buat pengubahsuaian rumah ni ? Cer bagi pendapat skit .. Kalau korang ada rumah sendiri , nak buat tak ? Apa yang korang rasa nak buat ? Haaa .. Mana tau aku leh curik idea korang tu .. Hehe ..