Alhamdulillah .. segala perancangan utk adakan majlis aqiqah anak aku ni berjalan dengan lancar .. Terima kasih pada mak mertua aku serta adik beradik wife aku yang telah uruskannya dengan baik sekali ..
Orang tua aku serta adik perempuan aku pun ada gak untuk memeriahkan majlis ni esok ..
Qhaliff lak .. Hurmm .. dah mula kenal muka aku.. Dah kira berani pandang muka aku lama lama tanpa menangis .. hahaha .. cuma pantang dia dengar suara mak dia , mesti wat wat nangis .. Grr ..
Pas kenduri tu nanti , ada projek giler aku kena buat .. Adoi .. Harapnya dapat kejar masa dengan sempurna ..
Haaa .. sapa yang ada kat Kelantan waktu ni , meh la datang esok yer .. Dekat depan kem Desa Pahlawan jer , Kok Lanas ada satu kedai runcit .. Belakang kedai tu jer .. Ok ? Mula majlis lepas Zohor .. Ala kadar jee pon ..
Wife tanya aku ..
“ Camana nak tengok wayang bila dah ada baby ni .. “
Aku jawab setelah berfikir panjang ..
" Mudah jer .. Abang g tengok dulu .. Balik nanti , abang cerita je la kat awak .. ok ? "
Ok la tu kan ? Nasib baik aku cerita sendiri dari aku suruh baca je kat blog bila aku update review tu nanti kan ? Haaa ..
Bukan pe .. Kalau wife g sorang sorang , dia confirm tidur .. Kalau g sekali ngan aku , confirm rindu baby kat rumah mak aku ..
Kalau bawak dia , sah sah semua orang tengok aku ngan wife dari tengok skrin tu nanti ! Haaa ..
Dua dua jangan pergi ? Mana boleh ! Aku kan blogger .. Mesti nak kena update punyaa !!
OK tak alasan ??? Kelebihan bekerja sebagai blogger ni .. hahaha ..
Ala .. nanti download je la SNOW WHITE AND THE HUNTSMAN ..
Wah .. wah .. wah … Dulu , aku mmg suka nak botakkan kepala ni .. Kalau nak diikutkan , skang ni pon aku nak botakkan kepala ni tapi wife tak kasi .. huhu ..
Amacam ? Hensem kan kan ? Lalalala …
Makin banyak kempen keselamatan jalan raya , makin banyak lak kes kemalangan jalanraya .. Hehe .. Camana tu ? Mungkin angka menunjukkan penurunan tp kena ingat satu , yg mati tu mungkin anak orang , bapak orang , laki orang , bini orang atau ada yang kena mengenai dengan kita sendiri.. Camana tu ?
Tadi sewaktu aku balik dari Kota Bharu , menuju ke Kok Lanas melalui Ketereh , jam 4.50 petang lebih kurang gitu laaa .. Jalan raya di kedua lorong sesak giler ! Kenapa ? Kat bawah ni laa punca utama ..
Kemalangan ! Bertembung depan depan .. Perghhhh .. Giler dasat .. Tu yang kat belah kanan bahu jalan pon ada tu .. Nyawa ? Tak tau .. Tak sempat aku nak turun , semakkan diri dengan buat temubual kat situ ..
Aku cukup pelik dengan manusia yang suka memandu laju terutama di kawasan kampung , atau jalan bandaran yang terang terang kita tau banyak kereta atau pun pengguna jalanraya yang lain termasuk pejalan kaki ..
Dan nak lagi best , spesis suka potong queue ni ! suka sukaaaa mak bapak je potong tanpa hiraukan orang lain !! Adoiii .. Nak tercirit dah ke ??
Maaf la yer .. aku ni mungkin kolot sebab terlalu fikirkan keselamatan diri walaupun orang kata , nak mati ni kat mana mana boleh tapi aku tak la nak ‘jemput bala’ tu datang ..
Dalam usia 20an dulu , ada gak aku g ikut kengkawan g layan drift dan drag ni .. Aku tengok sekali tu jer la.. Takde la tahap nak layan sampai berkali kali sebab bagi aku sukan begini , sukar mendapat tempat di hati pemimpin yang mana akan member dana untuk melakukan di tempat tempat yang lebih selamat untuk melakukan pertunjukan mahupun pertandingan . Ini Malaysia ! Kalau nak menyanyi sambil gelek , boleh .. Nak nyanyi dengan pakai ketayap , tunggu Ramadhan baru laku ! Hakikat ..
Kita dah tau mengenai insiden yang berlaku di Hari Belia 2012 yang melibatkan acara drag .. Ada yang kata , ada yang mati .. ada kata cedera parah .. Mana satu yang betul atau tak , aku pon tak tau laa .. Tapi peliknya kan , kenapa acara ini dibenarkan ? Dan kenapa takde pihak yang menganjur HARI BELIA ni takde yang memantau ?
Ok .. aku petik satu kenyataan dari akhbar online , SINARHARIAN ..
“ Ahmad Shabery berkata program perlumbaan itu diatur oleh penganjur yang berpengalaman namun beliau difahamkan tidak ada satu badan yang khusus yang menyelia dan mengawasi perlumbaan seperti itu.”.
Kenapa dibenarkan buat juga walaupun tau takde badan yang khusus akan menyelia ? Bila jadi begini , sapa yang bertanggungjawab..
“ Beliau turut dimaklumkan pihak penganjur telah memberi amaran supaya orang ramai berada di belakang bahagian yang dibenarkan, namun apabila sesi itu berlangsung ramai yang tidak mengendahkan arahan tersebut disebabkan kawasan tersebut terlalu sesak dengan kira-kira 10,000 penonton. “
Ok , kalau aku jadi penganjur , perkara pertama yg akan aku buat ialah berhentikan seketika dan mintak semua penonton berada di tempat yang dibenarkan ! Dan kemudian letakkan pengawal di situ .. Kita tau , malang tak berbau. Tetapi sekurang-kurangnya amik tindakan dari dok cakap saja !
Mungkin ada yang akan komen , benda nak terjadi dah .. nak kata apa kan ? Salah tu .. sepatutnya kita kena fikir segala kemungkinan yang boleh terjadi melainkan , ianya tetap nak terjadi seperti kereta melayang masuk ke tempat duduk penonton .. Tu mmg tak leh nak kata apa dah .. Kuasa Allah .. Tetapi ni , lagi terang dan nyata penonton berada di kawasan yang tak dibenarkan. Kenapa tiada tindakan tegas ? Bila dah jadi perkara gini , sapa nak pening ? PM gak kan ? Haaa .. Sapa yang senyum ? Tu korang tau la kan ..
Nasihat aku lak .. kalau sukan sukan yang melibatkan nyawa walaupun bolasepak (main dalam waktu hujan lebat ) , elok elok la renti kan .. Dah tau pon sukan untuk menjaga kesihatan , maka jagalah .. Bukan nak tunjuk sapa bagus sapa kuat !
Maka kembali kita tanya pada diri kita , apakah perlu sukan lumba kereta ni ? Kita tau , semua orang ada kereta .. Bila dah tengok menda gitu depan mata mesti ada yang gatal nak cuba kat kereta sendiri .. kan ?
Kalau nak buat gak , sediakan gelanggang kereta di setiap negeri yang mana semua orang boleh layan asalkan bayar dan murah !
Ni baru kereta .. motor lagi ? Main basikal dah laa …
Drift yang pernah dibuat di Putrajaya baru baru ni .. Aku amik gambar ni di tepi jalan berhampiran dengan kawasan yang buat pertandingan ni .. Terbuka ! Ada nampak sebarang tanda yang mereka pentingkan keselamatan ? Aku amik gambar jap dan balik sbb risaukan keselamatan .. Mati katak wehhh ..
Rasanya tak sampai seminggu kot aku layan Instagram ni , dah cecah 100 Followers .. Bukan tanda aku popular ke apa tapi bila kita dah ada ‘nama’ dan dikenali dalam dunia maya , mmg mudah la utk buat apa saja ..
Tapi , jangan amik kesempatan pulak ! Ada yang gunakan populariti utk tipu orang .. Hurm …
Sombong laa dia .. Tamo tengok mata daddy langsung .. kena main kejar kejar mata laa ngan dia untuk kasi dia pandang daddy dia ni .. Hahaha .. pantas lak tu dia lari kan mata dia .. Hahaha ..
Baby sememangnya penghilang stess mak ayah dia .. er , terutama mak dia la .. haha ..
Terkejut gak bila ada rakan di FACEBOOK bagitau ada kemalangan melibatkan salah satu aktiviti yang diadakan di Putrajaya semalam. Dengarnya dari acara drag race .. Kesahihan ? Ada yang menafikan tapi menariknya ada blog mengeluarkan gambar melibatkan kemalangan tu .. Hurm ..
Hurm .. perkara gini kadang kadang tak perlulah nak disorokkan sebab ramai mata melihat dan ada yang amik bukti sbb tau akan ada pihak beria menafikan . Ini sebenarnya memburukkan lagi nama penganjur .. Akui dan selesaikan dengan cara baik .. Senang gitu kan ? Rakyat lebih hormat mereka yang jujur dan bukannya bijak berselindung .
Apa yang perlu , tahap keselamatan perlu dipertingkatkan . Bukan apa , aku sendiri pon pernah tengok drift kat Putrajaya ni .. Jarak penonton dan peserta tak jauh .. Kalau terbabas ? Memang tak cerita banyak punya laa ..
Sumber gambar : PanggungOpera
Hurm … kekadang aku tergaru garu kepala gak .. Kita ni sebagai rakyat , mmg disogokkan dengan pelbagai jenis hiburan .. Macam macam hiburan yang ada kat tv tu .. Aku tak tau la kot mungkin ada yang hiburan mampu memberi kesan positif dalam corak pemikiran terutama pada belia seperti rancangan rancangan nyanyian realiti , lawak jenaka .. Tapi berapa peratuskah ‘khasiat’ yang ada dalam rancangan rancangan seperti tu ? Ni kira macam makan makanan ringan atau amik contoh maggie je la kot.. Asal ada tuls protein , vitamin , rembat ! Janji perut kenyang .. kan ? Untuk jangka panjang ? Huhuh …
Kini , belia kita sebenarnya cukup bijak berfikir dlm apa saja isu dan ini mampu mengubah situasi negara .. Tapi , apa yang aku nampak , dengan longgokan hiburan yang tak langsung bermanfaat ini membuatkan belia semakin lemah utk ‘bangkit’ sbb dah terlalu ‘ berlemak’ dan ‘sedap bersantai’ ..
Tertanya gak aku sebenarnya .. Ini ke yang dikehendaki oleh negara kita ? Betul .. aktiviti untuk belia ada bnyk yang beri manfaat .. sangat banyak .. Tapi fikir semula eh .. buka mata semula ehh .. Kalau benar mampu membina generasi yang bijak berfikir serta mampu memimpin , kenapa bila PRU , yang dicalonkan banyak muka muka lama ? Kenapa tak letak muka orang muda ? Nape eh ? Sebab takde pengalaman ? Tak mampu menarik pengundi ? Belia dok bz beraktiviti ? Atau tak minat berpolitik ? Yeke ?
Aku bukan bicara soal politik atau hentam kerajaan mahupun aku peminat parti pembangkang .. Aku cuma nak tau , sampai bila ‘singa singa’ ni nak dilekakan dan ditidurkan ? Masih tak perasan kah ?
Dalam diam tak diam . widget FOLLOWERS aku dah mencecah lebih 24 ribu .. Satu angka yang aku tak pernah jangkakan langsung .. Ok , sebelum ada yang kata ..
“Alaaa … Ada blogger lagi banyak dari tu , tak kecoh pon !! “.
Sebelum nak bunyi gitu adalah lebih baik masuk ke blog dia dan blog aku (genre) serta lihat masing masing punya gaya hidup .. Aku lelaki yang dah berumur an tahun.. Eh , tertinggal angka lak .. Dan juga dah pon beranak pinak .. Sepatutnya blogger lelaki cam aku ni , sukar untuk mendapatkan angka begitu apatah lagi aku tak amalkan I FOLLOW U …
Dulu kan , dunia blog pernah kecoh dengan isu isu seperti TRAFIK , RANKING , FOLLOWERS dan banyak lagi .. Pastu jadi laaa puak puak dalam dunia blog ni .. Tak senang nak satukan mereka ni lebih lagi bila MELAYU .. hehehe .. Maaf , kenyataan yang harus kita terima .. Bukan isu perkauman tapi inilah yang harus kita telan .. Bangsa lain , aku tak tau ..
Bercerita mengenai FOLLOWERS ni , baru baru ni aku kan ada cerita kat korang mengenai SESI DIALOG BLOGGER BERSAMA INSTITUT INTERGRASI MALAYSIA ? Ada kaann ? G cari entri tu pada Jumaat lepas .. hehe .. Rugi tak baca ..
Ok , semua blogger dikehendaki memperkenalkan diri dan ketika itu pengerusi akan tanyakan satu soalan ..
“ Berapa ramaikah followers blog anda ? “
Bila aku terdengar dia kata gitu , maka aku tersenyum .. Apakah benar FOLLOWERS tak penting ? Dan kenapa dia tanya begitu ? Untuk apa ?
FOLLOWERS adalah penting kerana mereka ini mempercayai kita .. Maksud FOLLOWERS yang aku ini adalah mereka yang rajin singgah membaca blog kita setiap hari .. Bukan peminat tetapi mereka ini seperti sudah percaya dengan kita .. Ibarat kawan rapat datang untuk berborak setiap hari ..
Itu satu kes .. Kes satu lagi .. Bila ada job job untuk blog seperti advertorial , mereka juga akan tanya dua soalan ..
“ Berapa UV harian dan juga bulanan ? “
Dan ..
“ Berapa Followers awak ? “
Tahukan korang , jika dapat job dari agensi begini , mereka akan bayar korang mengikut jumlah kedua dua tu ..
Jadi .. korang rasa penting tak FOLLOWERS ni ? Maka ramailah akan mula buat I FOLLOW U , U FOLLOW ME selepas membaca entri ni ! Kan ? Sila baca sambungan di perenggan baru ..
Selain dari tu .. mereka juga baca blog korang dan juga melihat komen komen yang ada ! Hehehe ..
Campur kan semua tu , barulah blog kita ada kuantiti dan juga kualiti .. Baru leh masyukkkk …
Bayangkan eh , dalam keadaan kenderaan menunggu giliran utk melepasi jalan yang sedang dibaiki .. maknanya keadaan masa tu di kedua dua lorong adalah sesak sebab tunggu giliran untuk dilepaskan .. Aku pandang cermin sisi aku .. Kelihatan sebuah bas ekspress yang aku kenal sangat sedang melakukan kesalahan dan ianya sangat membahayakan penumpang di dalam tu ..
Nampak tak ? Kejadian berlaku pada jam 4.30 petang .. Aku sempat tweet serta logkan lokasinya .. huhu .. Tak sampai Kuala Krai lagi .. Tak lama kemudian , banyak kereta serta kenderaan berat lalu lorong tu .. Kelam kabut dia masuk ! Tak pasal pasal pemandu lain susah !!
Kemudian bila semua kenderaan dah lepas , aku tgk bas tu mmg dipandu laju laaa .. hingga dia berada di belakang aku dan ikut rapat sangat !! Perghh .. giler ! Kalau aku tekan break kan ? Confirm .. confirm !!
Dalam keadaan tu sebenarnya aku dah sangat keletihan mata .. Bukan mengantuk tapi letih mata .. Jadi , nak tak nak aku pasang lampu isyarat ke kiri dan masuk ke gerai berhampiran ..
Nak tau ?? Bas tu langsung tak perlahankan laju dia .. Perghh .. menderu terus sedangkan dia hampir giler dengan aku !! Sungguh kurang ajar !! Aku takkan naik bas spesis ni ! Bas ni dah banyak kes dah .. Tapi settle gitu jer .. Haihh ..
Aku salute bas Mutiara ! Diorang bawak mmg cool jer ..
Dulu kan , aku sering tertanya tanya mengapa orang Kelantan ni pantang dapat cuti panjang mesti nak balik Kelantan ! Dulu tu , masa aku mula mula kawin ngan orang kelahiran negeri Kelantan la yakni isteri aku ler ..
Bila dah lama lama , aku sedar dan aku faham .. Best wooo balik Kelantan ni .. Walaupun ada yang kata Kelantan ni kurang kemudahan seperti tempat hiburan atau sosial tapi bagi aku , Kelantan ni sebenarnya dah cukup mewah dengan ‘hiburan’ mereka tersendiri …
Cam aku la kan , sejak wife aku balik pantang ni aku sendiri dah ulang alik Kelantan mau mau 4 kali dah dalam tempoh sebulan lebih .. Aku sendiri tak sangka laa … tapi tak rasa apa pun malah seronok lagi jalan jauh walaupun penaat …
Dan sekarang , aku kembali lagi ke Kelantan .. Hehe.. Kali ni sbb Isnin ni ada kenduri aqiqah .. Jemput la datang ke Kok Lanas , Isnin ni eh … kalau sudi la ..
Seronok pe datang Kelantan .. Jangan pulak ada yang bawak beras sendiri datang sini .. Ada kes gitu sampai ingat kat Kelantan ni takde beras .. Sampai gitu teruk sekali tanggapan mereka kat Kelantan ni .. Huhu ..
Ileks ar .. aku bukan pro mana mana parti politik .. Mana yang ok , aku cerita laaa .. kan kan ?
Hurm .. Bila aku tengok jiran jiran berhampiran dengan rumah baru aku tu , dok sibuk mengubahsuai rumah , aku rasa mmg perlu kot buat sedikit pengubahsuaian pada rumah lebih lebih lagi rumah yang kita beli sendiri .
Kenapa aku berfikiran gitu ? Kebanyakkan rumah terutama yang macam rumah aku beli ni hanya basic je cantiknya .. Kira kalau nak nampak cantik lagi , kena la buat penambahan sendiri la maksudnya .. huhu .. Kalau ada duit , semua okeeehh jer . hehe .. Sebab tu kena menabung semasa muda ..
Pengubahsuaian rumah mmg memberi pulangan yang lumayan jika ianya benar benar menepati citarasa pemiliknya. Bila balik kerja , tengok rumah cantik dan selesa , pasti ilang segala penat dan tak sabar nak bersantai di dalam rumah .
Pengubahsuaian rumah juga memberi kesan psikologi yang positif pada mereka yang punya anak besar. Mereka rasa ‘aman dan tenang’ di rumah yang cantik dan juga tersusun .
Persoalannya ... Tang mana nak diubah terlebih dahulu ? Berapa kosnya ? Wow ... Sapa tak nak ubah rumah kan ? Semua orang nakk wooo ..
Kalau aku la kan , aku berminat nak ubah tang ruang tamu rumah aku , dapur dan juga ada satu bilik tu .. Aku plan nak jadikan hall untuk family di bahagian atas .. Tapi aku ada gak plan nak jadikan satu bilik untuk mini gym/membaca ! Camana tu ? Masalah gak sebab bahagian atas Cuma ada 4 je bilik .. Nak gak ada bilik tidur tetamu kan ? Perlukan aku korbankan bilik mini gym / membaca tu ? Hurmm ..
Perkara perkara begini kena ada perunding ke ? Maklumlah , nanti rumah jadi carca marba lak .. Sapa yang pening ? Aku jugaaa .. Sapa yang bersalah ? aku gakkk .. Tu baru masuk soal bahagian mana nak diubah.. Belum lagi soal kos !
Seperti yang aku jangka , pelbagai kontraktor dah standby depan umah aku sewaktu aku datang amik kunci rumah aku tu . Pelbagai harga , service yang mereka tawarkan .. Sampai la aku hampir termakan kata gak laaa.. Nasib baik ada rakan rakan pembaca di blog , awal awal lagi dah nasihatkan agar berhati hati ..
Hurm.. susah sebenarnya nak cari kontraktor yang bagus dan jujur .. Ramai yang makan atas angin .. Dapat job , tapi pass kat orang lain .. Hasilnya ? Hancur .. Masalah tu kan ? Dah tu camana ? Cuba bagitau aku ? Nak ubahsuai rumah tapi pening pk camana nak ubah .. Kan ?
Bila tengok jiran-jiran sepantas kilat buat pengubahsuaian rumah , terasa best pulak .. Cepat benar diorang dapat kontraktor dan idea untuk buat pengubahsuaian tu .. Huhu .. Aku gak terkial kial .Tapi kalau aku ada idea pon , kena tunggu chief de mission yakni wife aku .. Dia gak la yang akan luluskan semua idea idea tu .. Nak tak nak .. kena tunggu dia abis pantang dulu dan baru leh buat keputusan nanti ..
Duit dah standby .. Alhamdulillah , sama sama simpan lepas kawin ari tu .. Nasib baik ada wat kerja tambahan .. hehe .. Kalau tak , susah gak nak buat renovation ni sbb perlukan duit yang boleh tahan gak la banyaknya . hehe ..
Jadi , korang yang dah beli rumah dan juga duduk rumah mak ayah ni rasa la kan .. perlu tak buat pengubahsuaian rumah ni ? Cer bagi pendapat skit .. Kalau korang ada rumah sendiri , nak buat tak ? Apa yang korang rasa nak buat ? Haaa .. Mana tau aku leh curik idea korang tu .. Hehe ..
Hehe .. jap lagi nak balik Kelantan.. Aku rasa malam baru sampai sebab , balik ngan orang tua aku yang mana gemarkan kereta bergerak di bawah 100kmj dan kerap berenti berehat .. Heheh .. Tak kisah la.. janji sampai kan ?
Skang aku kat rumah orang tua aku .. Di Cheras .. Awal pagi lagi aku dah duduk depan rumah untuk update blog . Dalam rumah , capaian internet aku automatik jadi terhad. Keluar je pintu , signal jadi 3G .. Masuk je dlm rumah , EDGE ! Itulah keistimewaan ‘burung biru’. Haaa.. Dasat kan ? Dasaat ..
Kat luar rumah ni , ada macam macam .. Pagi pagi , dah dengar bunyi manusia ‘meletopkan’ ekzos motor mereka .. Bunyi dia , pasti membingitkan telinga kita . Bagus la.. mmg boleh cair taik telinga yang dah keras membatu ni ..
5 minit bunyi motor yang kononnya besar cam Harley Davidson tu , bunyi kereta lak ! Perghh .. Aku tetiba terasa suasana final Rally Dunia lak ! Dasat , dasat !
Menda menda gini kan , mmg boleh bikin mood penghuni taman ‘gembira’ lalu mensedekahkan ‘doa doa ‘ penerang hati buat mereka ..
Tertanya gak dalam hati .. sedap sangatkah bunyi kenderaan mereka cam tu ? Nak lari laju mana dalam Malaysia ni ?