“ Polis menahan 400 orang Mat Rempit termasuk 30 wanita yang keseluruhan berusia 16 hingga 32 tahun dalam operasi membanteras kegiatan lumba haram di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini awal pagi tadi. “ – SinarHarian ..
Dah tak pelik zaman ni .. Semua nk jadi superhero .. Tak payah dah pakai seluar dalam kat luar atau bertubuh sasa .. Cukuplah dengan keberanian yang diluar jangkaan yang bisa mengujakan sesiapa saja yang menyaksikan aksi mereka tetapi tetap menjerit panggil mak bila tergolek atas jalan raya !
Ingatlah kawan kawan .. Nyawa korang tu , bukan milik korang . Penat mak bapak korang bela dari kecik , berusaha menjadikan korang anak yang cemerlang tetapi kenapa keje tak berfaedah gini gak korang cari ?
Hiburan ? Apakah ini hiburan yang benar benar memberi manfaat untuk kemudian hari ? Kalau ya , sila bagitau kat mak ayah korang .. Kemudian lihatlah betapa kecewanya di muka mereka .. Berbelas tahun bela , dan inilah ‘hasilnya’ ..