Kelmarin kan , sewaktu wartawan TV3 tu datang untuk rakaman segmen HARI BAPA di NONA , TV3 nanti tu , ada la aku berborak ngan dia .. Panjang gak la ceritanya .. Apa yang menyebabkan dia tertarik hingga nak temuramah aku ? Katanya , entri aku yang pernah aku buat satu tika dulu membuatkan dia mencari aku ..
Hurm .. Sebenarnya kan , bukan mudah nak bagi tips pada rakan rakan blogger ni terutama yang senantiasa rasa dirinya dah cukup cemerlang .. Bukan pe , diorang baca .. terasa pastu mulalah membahaskan untuk ‘memenangkan’ apa yang mereka rasa . Tapi satu hari nanti , akan terasalah kebenarannya tips tips tu kerana tips tu bukan sorang dua yang bagitau ..
Mungkin betul dan tak salah pon apa yang dia rasa tu tapi kata tambahkan lagi dengan tips tips dari rakan blogger yang mungkin berguna untuk dia jika benar nak berblog secara serius ..
Sebab itulah kita dapat lihat , banyak blogger senior ni jarang nak berkongsi tips . Mereka lebih selesa berbicara mengenai hal mereka saja .
Sapa rugi bila ilmu ni tidak dikongsikan atau bila dikongsikan maka mulalah kutuk mengutuk secara diam , berlangsung ..
Hurm ..