“ Dua keluarga kerugian hampir RM200,000 selepas disamun dalam dua kejadian berasingan selang dua jam masing-masing di Putra Heights dan Taman Saujana Puchong, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian pertama, seorang jurutera lelaki yang tinggal bersama ibunya di sebuah rumah dua tingkat diikat dan dipukul tiga suspek yang kemudian melarikan barangan kemas milik ibunya, tiga telefon bimbit serta kereta Honda Civic miliknya.
Dalam satu lagi kejadian jam 12.30 tengah malam, enam sekeluarga cemas apabila dua lelaki menceroboh rumah mereka di Taman Saujana Puchong, Bukit Puchong, di sini, sebelum menarik ibu mereka dan mengacukan pisau ke lehernya.” – Hmetro
Kes samun , rompak , culik … Nak kata semakin berleluasa tu , tak patut la sebab takde statistik yang dikeluarkan untuk menunjukkan bukti naik turunnya kes tersebut tapi bagi aku la , bila adanya kes begini ianya menunjukkan tahap keselamatan kita perlu dipertingkatkan.
Aku bukan menuding jari pada mana mana pihak sebaliknya kita sendiri kena amik inisiatif untuk menjaga keselamatan kita dan juga keluarga kita .
Zaman ni , manusia semakin hilang pertimbangan . Orang jual orang , bunuh dan banyak lagi adalah seperti perkara biasa . Tu belum lagi kes pergaduhan hingga ada yang hilang nyawa .
Setiap hari kita tengok kes kes begini ada di dada akhbar .. Aku rasa lebih baik kita tingkantkan keselamatan kita terutama di dalam rumah dan orang perempuan pon kena lebih berhti hati .
Mencegah lebih baik . Apalah sangat wang jika nak dibandingkan dengan keluarga kita , kan ?