“ Huarghhh .. Ngantuk.. Malasnyaaa nak g kerja esok .. Ok la , dah tanggungjawab.. Nak kata apa dh kan ? Nak tak nak , kena tidur .. Nak tengok bola pon takut takut sbb risau mengantuk esok .. Bosannya Isnin sbb lama lagi nak tunggu Jumaat .. “.
Bukan mudah untuk miliki semangat untuk mengatasi mental yang lemah bila melibatkan perkerjaan kita ni .. Apatahlagi bila ada yang punya ‘isu’ di pejabat . Bertambah giler malas nak g kerja ..
Itulah yang berlaku pada aku . Aku dok fikir sampai bila aku nak hidup gini ? Korang boleh baca kat blog aku ni , entri 2 tahun lepas .. Macam macam cerita korang leh dpt dari mula aku bangun tidur hinggalah aku nak lelapkan mata , aku update dlm blog .. Sehari hampir 20 entri okeh !
Keputusan yang aku amik ni sebenarnya amat menakutkan buat mana mana manusia yang dah sebenarnya boleh dikatakan ‘selamat’ tetapi aku mengubahnya kerana aku tak nak terikat dengan kehidupan yang susunannya A-Z .. Cukup dengan yang wajib aku tunaikan. Yang lain , aku boleh mengubahnya asalkan tidak salah di sisi agama .
Aku nak jogging di kala orang g kerja .. Aku nak shopping di kala orang bizi bermeeting .. Aku nak bertekak dengan orang yang mana satu tika dulu aku tunduk pada dia .. Aku mampu lakukan sekarang kerana aku telah mengubahnya ..
Aku rasa bebas sangat walaupun punya tanggungjawab yang berat untuk aku pikul hingga akhir hayat aku . Bukan kekayaan yang aku kejar sebaliknya kehidupan yang tenang dan gembira yang aku ingini disamping keluarga tercinta ..
Aku telah mengubahnya walaupun ianya berat. Masakan negara mampu maju jika tiada perubahan .. kan ?