Kan cantik lagi menawan .. Alhamdulillah .. Tahniah buat pelakon yang pernah popular menerusi siri Dunia Anita dan Trilogi Cinta ini kerana berhijrah ke arah hidup yang lebih dituntut Islam , dengan mengenakan hijab selepas menyambut ulang tahunnya yang ke 30, pada 9 Jun lalu.
"Saya tiada apa-apa alasan kenapa saya mengambil keputusan untuk bertudung tetapi ia datang daripada hati saya sendiri selepas menyambut hari lahir yang ke 30 pada 9 Jun lalu.
"Insya-Allah, imej ini akan kekal selamanya kerana ia adalah satu perkara yang dituntut oleh agama," ujarnya kepada mStar Online .
Dan menariknya , dia ada mendapat tawaran berlakon dari sebuah produksi sebagai watak utama untuk siaran TV3 baru-baru ini namun terpaksa menolak kerana pengarah mahu dia membuka tudung.
"Saya boleh terima kerana ia watak utama dan akan ditayangkan di TV3 tetapi terpaksa menolak kerana saya mengenakan hijab bukan suka-suka. Tidak mengapa kerana ia bukan rezeki saya buat masa ini," katanya.
Harapnya selepas ini lebih ramai selebriti berhijrah ke cara hidup yang dituntut oleh agama Islam .. InsyaAllah ..