Dulu , sewaktu aku budak budak la kan .. selalu menjerit nak keluar bermain .. Kalau tak bagi , aku teriak bagai nak keluar anak tekak .. Dan aku dapat laa hadiah dari mak aku yakni hanger baju singgah di kaki .. Bila bapak aku balik , dapat lagi saguhati .. Menarik kan ? Dan satu perasaan ‘bengang’ ada dalam hati , waktu tu ..
Bila dah besar skit , dah pandai bukak pintu sendiri maka … makin mudahlah aku lesap dari rumah .. Bukan g mana pon tapi g bermain dengan rakan rakan sebaya yang tinggal berhampiran .. Mula-mula area rumah , lama lama jauh dan semakin jauh hinggalah masuk ke dalam hutan mahupun ke kawasan perlombongan .. Skang tempat tu dah dijadikan taman perumahan .. Dapat tau kat mak aku , mmg kena libas kaw kaw punyaaaa .. Cam biasa , saguhati lagi dari ayah aku.. Serik ? Serik la gak .. 4-5 jam je seriknya .. hehe
Bila dah ada anak ni , aku faham dua perkara .. Yang pertama , perasaan ibu duduk di rumah dan jaga anak sepenuh masa.. Tu belum lagi yang memasak , mengemas serta jaga anak 3-4 orang macam mak aku .. Lebih dari tu , lagi la kan ? Memang para suami patut respek isteri mereka yang berkorban demi menjaga waris mereka .. Jangan ingat dok umah goyang kaki je tau . Ingat senang je nak goyang kaki .. Huh ..
Yang kedua , menjaga anak anak yang dah pandai berjalan , bercakap dan rasa dah cukup besar ni ! Ni bukan mudah untuk seorang ibu nak kendalikan .. Resepi utama , pendidikan agama perlu kuat dalam diri anak anak untuk mereka senantiasa berfikir baik buruk sesuatu perbuatan .. Semua tu , kerana sayangkan anak ..
Tak mudah weehh .. Tak mudah !! Jadi para suami jgn ingat , kerja kat opis tu konon cukup beri tekanan .. Duduk rumah lagi pon sama tau ! Tak nampak dunia lagiii ! Haaa.. Rutin sama jer setiap hari .. Dah tu , ‘waktu kerja’ tamat , bila semua dah tidur ! Tolong tolonglah isteri anda tu yer ..
Tabik spring kat semua ibu di dunia ni ..Semoga Allah berkati anda semua ..