Memula wife tak caya bila aku kata Qhaliff adalah aku sewaktu baby dulu terutama tang pipi dan mulut dia .. Mata pon ada wooo ..
Huhuhu .. Harap tamo ikut perangai ayah dia yang panas baran ni haa .. hehe ..Tamo eh Qhaliff ..
Memula wife tak caya bila aku kata Qhaliff adalah aku sewaktu baby dulu terutama tang pipi dan mulut dia .. Mata pon ada wooo ..
Huhuhu .. Harap tamo ikut perangai ayah dia yang panas baran ni haa .. hehe ..Tamo eh Qhaliff ..
Keputusan akan mula keluar pada Jumaat persamaan 13hb Julai 2012 , jam 12 tengahari.
Calon boleh menyemak menerusi laman web http:upu.mohe.gov.my atau di talian hotline 03-8870 6767, Helpline 03-8870 6777 dan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS); UPU RESULT (no KP) dan SMS ke 15888.
Tahniah buat yang berjaya. Yang tak dapat tu , jangan putus asa .. Ada banyak pusat pengajian tinggi lagi yang ada dalam Malaysia ni .. Teruskan niat murni anda ..
Sumber : Hmetro / MOHE.
Huarghhhhhhh .. Ngantuk tunggu ..
Akhirnya , aku pakai aku punya sendiri .. Ni bukan kali pertama .. Nak guna dengan lebih mantap , g duk kat lobby .. Confirm mabeles !
Tiada yang percuma di Malaysia ..
Baru tonton video yang ditunjukkan dalam Buletin TV3 yang memaparkan seorang warga emas terbaring di atas jalan raya akibat diragut oleh sampah masyrakat yang tak berhati perut ..
Selepas kejadian , terdapat orang ramai lalu lalang kat situ tapi tak buat apa apa pon .. Jangan kata nak g jengok , telefon polis pon tak .. Apakah benar rakyat Malaysia sudah hilang keprihatinan ?
Bagi aku , tak .. Rakyat Malaysia sekarang lebih pada berhati hati memandangkan banyak kes kes penipuan berlaku kebelakangan ini. Ini membuatkan mereka takut untuk membantu .. Jangan kata mereka , aku sendiri pon was was nak g bantu .. Lainlah jika ada rakan bersama aku .. Tu pon masih perlu hati hati .. Yelah , penyangak skang bukan guna pisau cukur dah .. guna pistol , parang laaa ..
Camana tu ? Kalau korang camana ? Hurm.. kesian mmg kesian tapi betul ok la kan ? Kalau sebaliknya ? Sapa nak kesian lak kat kita kan ?
Nak keluar malam g beli makan pon dah takut skang ni .. Tak de hati perut ke diorang ni ? Kalau takde keje sangat , g la ternak ikan talapia kat lombong ke .. Haihhhhhhh …
Setelah menempuh perjalanan lebih kurang 2 jam lebih . maka sampai la ke Kuala Terengganu .. Negeri ke 3 yang Qhaliff dah pergi .. Hehehe .. Nanti dah besar dia tau , dia dah g negeri negeri ni .. Ada bukti nii .. Haaa .. Takde la nak bergaduh ngan daddy dia nanti nak kata tak pernah g Terengganu .. Haaa ..
Kat hotel ni , bilik mmg ok .. Kira puashati la duduk apatah lagi tak payah bayar .. Hahaha .. Ok .. nak rehat sat .. Penat tak ilang lagi .. 3 kali ulang alik amik barang Qhaliff .. Ni baru sorang anak ! Kalau 3 ??? Perghh ..
Bertolak kul 7 pagi .. Sampai rumah mertua di Kelantan , hampir 3 petang . Banyak pit stop termasuk Qhaliff BAB ( buang air besar ) ! .. Alhamdulillah .. lega sebenarnya kalau tengok Qhaliff BAB ni .. Maklumlah , dia 4-5 hari gak baru sekali jalan .. Dia bf ..
Dalam kereta , tak banyak karenah .. Tidur dan menyusu jer .. kira nak layan game tu , tak leh la lagi kan ? hehehe .. Kang dia mintak , aku lak pengsan . huhu ..
Bila dah sampai , dia tamo tidur sampai ke malam . Kalau tidur pon , jap jap je .. Masa dukung je la ok .. Kalau tak dukung , letak atas tilam .. masak laaa !
Apakah dia jet lag ? Maklumlah ni kali kedua dia jalan jauh .. Kali pertama , masa g Johor tu .. Bezanya ni , mmg jauh benar ni .. hehe ..
Esok .. nak ke Kuala Terengganu lak .. 3 hari kat sana .. huhu .. Aku kena jaga dia .. Honeymoon ? Takde maknanyaaa … Pastu baru balik Kelantan semula … Minggu depan , Melaka lak .. huhu …
Semalam , mak mertua aku pelawa makan pulut durian .. Aku tak ingat aku pernah makan atau tak pulut durian ni … sebab aku spesis buaya .. asal bergerak depan mata , aku ngap .. sedap tak sedap , belakang kira ..
Kemudian dia hidangkan .. Aku tak tau nak amik atau nak wat camana .. Dia suruh aku campurkan dengan sedikit santan ( dah bercampur air suam ) , gula merah skit , kemudian amik durian seberapa banyak yang kita mahu .. Jangan lupa tinggalkan kat orang belakang skit yer ..
Dan gaulkan .. Perghhhhhhhhhhhhhhh … 3 kali aku tambah !!
Sebenarnya pulut durian ni takde bezanya dengan nasi durian yang biasa mak aku buat bila durian berlebihan kat rumah. Bila dia buat seperiuk , maka seperiuk laaa aku makan .. Kira pakat berebut laa ngan mak sendiri ! Hahahahha … Menariknya , kira makan sejuk sejuk pon lazat ok !! Huhuhu ..
Cara nak buat nasi durian ni , aku dah bagitau kat Mat Gebu . Memula dia hairan gak sbb tak biasa dengar .. hehehe .. Tapi bila dah try test .. hehehe .. Nak tau resepi nasi durian ni ? Buat masa berbuka puasa nanti pon sodapp woo .. Klik SINI ..
Selamat menjamu selera . Jangan tidur lak lepas makan .. hehe .. boyoi nanti .. cam aku .. hahahah .. Abiss laaa. .
Yang ni ‘ gila berani ‘ !
Ni ‘ gila ‘ publisti ..
Ni ‘gila’ apa , tak dapat dipastikan lagi ..
Macam macam ‘gila’ melibatkan blogger , ada atas dunia ini .. ‘Gila’ bergambar .. ‘Gila’ glamer .. Aku pon ‘gila’ gak satu tika dulu .. Gila update blog ! Hahaha .. skang dah kurang sbb ‘gila’ jaga anak !
Jangan gila aka tak waras , dah la yer .. Bahayaa ..
Sampai kat Kuala Lipis tadi , aku terperasan satu sekolah ni sedang mengadakan sukan sekolah . Ramai budak dengan baju sukan berwarna sedang bergembira di tepi padang sekolah . Tersenyum je aku lihat .. Terimbas kembali aku saat saat di sekolah dulu ..
Seingat aku , mak bapak aku tak pernah hadir ke sekolah waktu sukan sekolah . Aku tak kasi . Aku tak nak mereka berjemur di bawah panas mentari . Lagi pon , aku tak amik apa acara masa tu kecuali bila dah darjah 6 . Tu pon gara gara cikgu paksa sbb aku wakil sekolah untuk sukan bolasepak. Jadi , mesti boleh lari pecut punya kan ? Tapi tetap tak kasi diorang datang !
Sekarang ni , aku dah faham .. Ibu bapa yang hadir tu , bukan semata mata datang utk melihat anak mereka menang dalam acara yang disertai anak anak mereka sebaliknya macam tak percaya yang anak mereka sudah besar dan mampu berlari dengan pantas atau sudah ‘bermasyarakat’ .. Petah berbicara dan juga bijak.. Satu perubahan serta perkembangan yang mereka tak sedar berlalu begitu pantas .
Itulah yang aku rasa bila lihat Qhaliff skang ni .. 3 bulan yang berlalu berasakan begitu sekejap sangat .. Sehari demi sehari aku lalui bersama Qhaliff .. Dari ibunya mengandungkannya .. pelbagai karenah yang ditempuhi bersama .. Melahirkankanya .. Sakit .. Berpantang.. Ke hulu ke hilir aku dibuatnya .. Segalanya dah berlalu .. Sekarang , masa membesarkan Qhaliff ..
Alhamdulillah .. syukur pada Allah kerana panjangkan umur aku untuk melihat segala keindahahan ciptaanMu ..
Patutlah mak bapak aku gembira bila anak anak mereka balik ke rumah .. Walaupun penat , diorang tetap melayan . Sapa sangka , anak anak kecik mereka yang selalu mereka perambat dengan tali pinggang , dah berkeluarga dan punya waris masing masing ..
Huhu.. pantas benar masa berlalu ..
Mengantuk giler !! Wife duduk kat belakang ngan Qhaliff . Aku keseorangan di depan . Radio lak , jap ada jap takde .. Nak pasang cd , player lak dah rosak . Huhu.. Nak tukar set baru , malas lak .. heehhe .. Duit semua tuuu .. Berjimat skang ni .. Banyak benda lagi penting nak diutamakan ..
Bertolak dari KL selepas subuh , keadaan mendung saja .. Sejuk gitu .. Bila dah masuk Kuala Lipis , cuaca semakin hangat .. Aku mula menguap . Berbekalkan Red Bulls 3 tin , tak dapat menghalang mulut aku dari dok menganga ..
Berenti dan tukar driver 2-3 kali. Aku sempat rehat dan lelap dalam 20 minit gitu .. Pastu kembali drive sbb Qhaliff menjerit .. heehe .. Ok la tu .. Tapi tak lama kemudian mengantuk semula .. huhu ..
Terus terang , ada la 3-4 kali terlelap .. Betul puas paksa mata ni haaa .. Akhirnya wife bagi burger Mcdonalds .. Hahaha .. Cerah terus mata dan kembali memecut hingga sampai rumah mak mertua ..
Alhamdulillah .. Perangai gini jgn dibuat .. Memang aku berenti bila mengantuk.. Tidur jap tapi bila kat tempat tempat tak boleh berenti , camana nak berenti kan ? Haaa ..
Waaa .. Sewaktu dalam perjalanan ke Kelantan tadi , ternampak papan tanda ni haa … Lebuhraya Rakyat ! Lebuhraya yang sedang dibina tanpa tol berkonsepkan wakaf di mana kos pembinaan serta penyelenggaraannya dibiayai sebahagian daripada dana hasil sumbangan derma dan wakaf oleh rakyat dan syarikat swasta, termasuk syarikat berkaitan kerajaan …
Wife bagitau aku . Nak join derma sekali . Aku ok kan ajer .. Benda baik, apa salahnya kan ? Lagi pon aku sendiri akan guna .. Untuk kegunaan gak kan ? Orang kata , saham akhirat .. Kita nak bina sebuah masjid , tak mampu la kan .. heeheh ..
TG Nik Aziz menandatangani plak perasmian pembinaan Lebuh raya rakyat Kota Bharu - Kuala Krai ( HarakahDaily )
Semoga ianya dapat memberi manfaat pada penggunanya nanti .. InsyaAllah ..
Maaf , ni bukan artikal politik … Aku kan ulang alik Kelantan . Lagi cepat lagi bagus kan ?
Rupa Qhaliff sebulan yang lalu … Kira ni last Tok Ma ( nenek ) dia tengok sebelum balik Putrajaya ..
Terkini .. 3 bulan entah berapa hari .. Malas nak kira .. Suka Tok Ma dia jumpa cucu dia ni haa .. Tapi tak larat nak dukung sangat .. hahaa.. Aku pon tak larat nak dukung sangat .. Huhuh .. Tapi tak pe .. Dukung selagi boleh .. Nanti dah dapat kaki , letih lak nak mengejar .. Aku kejar , ngan tali pinggang sekali haaa … Siapp ler …
Konon ! Silap silap manja ngan aku .. huhu ..
Pelik .. Satuu .. Duaa... Tigaa .. Empatttt !! Biar betul ?? Setiap kereta yg selisih pasti bagi lampu besar kat aku .. Apakah pintu kereta aku tak rapat. ? Atau ada hantu atas bumbung kereta aku ???
Aku perlahankan kereta dgn tujuan nak periksa kereta aku . Tp hati terdetik gak mungkin bukan .. Hurmm ..
20 minit kemudian ..
"Cik , mintak lesen .. "
" Haa ?? .." Aku terpinga pinga ..
"Mintak lesen baru .. "
" Ooo.. dgr Mykad baru .. Jap eh .."
Skali JPJ daaa ... Nasib baik dah slow kan kereta .. hehe ..
Bila dah periksa lesen , diorg bg jalan .. Dan aku pulak bg lampu besar kat kereta bertentangan utk amaran .. hahaha .. Yang faham cam lori treler akan angkat tgn tanda terima kasih ..
Hahahaha .. adoiiyaii..
Merangkak pon belum boleh , tetiba jalan ? Menurut mak aku la kan , anak anak buah aku ramai yang tak merangkak.. Terus je bertatih .. kenapa ? Ni haaa .. Pakcik pakcik diorang ajar terus bertatih .. citer banyak takde punya .. huhu ..
Qhaliff , dari dalam perut mmg kuat menendang .. Kuat okeh ! Selalu gak aku kena tendang ngan dia terutama ketika dok siapkan dia .. Tu pasal aku nak test kaki dia .. Aku berdirikan dia , dan automatik kaki dia , dia luruskan .. boleh berdiri ! Tapi kemudian dia lembikkan balik .. Hahahhaa .. nak suruh dukung memanjang la tuuu .. Sedap benar dok peluk daddy ehhhhh ..
Rasanya nak skip merangkak .. Apa pendapat anda yang punya pengalaman dalam bidang ni haa .. Hehe .. Terima kasih ..
Kebelakangan ni , aku ajar dia meniarap .. Nak kasi dia kuatkan leher dia skit .. Kalau tak , dia suka kasi lembik je leher dia tu .. Tapi tak lama pon .. Dalam 3-4 minit jer atau sampai dia berbunyi tak selesa .. hehe ..
IKLAN
Anak anda kurang membaca Al Quran?
Anak anda belum menguasai Al Quran?
Anak anda bosan & jemu bila disuruh baca Al Quran?
Jangan risau lagi! Kini MY FISRT AL QURAN FOR KIDS InsyaAllah mampu mendekatkan diri hati anak anda dengan Al Quran!
HUBUNGI Ummah Sentral sekarang untuk order!!
Website : http://ummahsentral.com/
Facebook : https://www.facebook.com/UmmahSentral
Antara tips yg aku dengar orang tua tua cakap , gosokkan kat belakang leher dia dan baca selawat .. Ada sedikit doa gak tapi aku tak hafal .. hehe ..
Korang ada tips atau petua lain nak kuatkan leher bayi ni ?