Dulu , sewaktu aku tengok orang dok dukung baby , aku nampak kesian jer baby tu .. Samada guna tangan atau baby carrier .. Kalau guna stroller pon , pk tak panas ke dalam tu haa ?? Macam macam fikir memandangkan takde pengalaman mengenainya masa tu ..
Setelah punya Qhaliff , maka baru aku sedar hal hal gini .. Kalau tak selesa , masakan mereka buat kan ? Pasti mereka dah buat kajian dengan teliti .. Dan anak kita bukanlah yang pertama yang gunakannya ..
Sama gak kalau guna car seat … Sbb tu kena cari yang betul betul selesa .. Ok , bab harga tu , biasa la.. mana ada barang ok harga murah kan ? Kecualilah mmg betul betul punya lelong atau beli kat tempat yg tak kisah sangat bab untung rugi ni ..
Kedudukan Qhaliff pada gambar pertama nampak pon tak selesa je kan ? Gambar kedua pula cam ok kan ? Camana tu ? Kedudukan car seat ada 3 ubahan dan dia dalam kedudukan terakhir yang mana sesuai untuk newborn .. Dan kedudukan di dalam kereta pula terbalik .. mengadap ke belakang dan bukannya mengadap pemandu ..
Lagi pun keutamaan adalah keselamatan .. Cam contoh semalam , bila aku break kereta secara mendadak kerana dapati kereta depan memberhentikan keretanya secara tiba-tiba.. Bayangkan kalau wife dok pangku dia atau baringkan di tempat duduk belakang ? Wife sendiri pon kata nasib baik dia dalam car seat .. Kalau tak mmg dah boleh terlepas Qhaliff …
Berapa banyak bayi tercampak keluar dari kereta bila berlakunya kemalangan ? Selesa atau keselamatan ?